Sunday, November 28, 2010

Seorang yang pelupa

Salam, helloh readers.

Entri ni aku nak share perasaan aku yang bisa disamakan dengan buah-buahan dalam pengisar yang nak dijadikan jus. Benar, aku tak tipu. Bezanya perasaan aku saat ni tak boleh lah nak ditapis macam air buah tadi tu ya -.-"

Pada awalnya senyuman puasku sampai ke hujung cuping telinga kerna berjaya membeli selendang yang ku cari. Terima Kasih abg penjual dekat uptown sbb bg diskaun walaupun hari ini hari minggu. Walaupun muka tak rela nak bg diskaun yang banyak, tapi takpe. Abg dah berjaya lakukannya. Teheeee ;p

Habis semua lorong aku dan wahidah jelajah, tanpa tercicir satu pun lorong. Bukan main hebat lagi berjalan tak sakit kaki kan kalau shopping punye pasal. Cuba kalau cikgu suruh ambil file dekat pejabat guru besar, tiba-tiba je buku lali boleh terkeluar dengan sendirinya tanpa dipaksa. T_T

Aku jumpa selendang, Ok im happy. Aku jumpe cekak comel nak mateyyy! Ok, im happy. Aku jumpe inner colour yang superrrrrr geli comel gilak! Ok ni pun happy jugak. Sampai lah bila balik dah duduk dalam kereta, baca doa naik kenderaan. Tiba-tiba terpandang roadtax. Ahhh ahhh ahhhh tak mungkin. Mata mata aku silap. Kena pakai spec ke apa sebenarnya ni? Tak farah, wahidah pun nampak benda yang sama.

R-O-A-D-T-A-X kau dah mati. Eh siapa yang bunuh roadtax ni? macam mana dia boleh mati? Soalan ni jangan tanya aku k wahidah. Mengundang padah betul anda ni kannnnnn    -_________________-

Ok ahh fine, balik ni aku bawak berhati-hati. Aku takkan bawak laju, aku akan bawak yang paling lembut dijalan raya. Kau pasti akan rasa macam naik awan bergerak, lembut dan mesra alam tanpa henjutan lagi. Kereta belakang hon pun takpe, aku takkan hiraukan. Ok kan wahidah? Pangggggg! Ok pelempang free hadiah istimewa sempena sambutan jubli emas uptown.

Sampai brickfields kan kan kan, aku nampak ade baju kilat-kilat tepi jalan. ( dekat dengan longkang ) Aku igt DBKL saja buat kerja malam-malam sebab sejuk menusuk tulang hitam. Tak panas, kesian dorg sunburn teruk betul. Itu yg aku pikir* Tapi rupanya, mereka polis. Bukanlah DBKL yang sedang menjalankan tugas tanpa sinaran matahari. Kali ni perut aku dah kecut macam span cuci pinggan, jantung aku berdegup di hujung siku. Ahhhhhh aku tak boleh  nak gambarkan cuak aku camne nanti polis tu tanya aku nak jawab apa. Takkan nak jawab, bapak sy pinjam roadtax sy tampal dekat kereta dia kejap. Kejap jee.Hishhh cuakkkkkkk  T_T

Tulah kau kan farah, tadi bukan main happy dapat banyak barang. Sekali nampak kelibat baju kilat polis tepi jalan, biru terus bibir kau hilang darah. Ghehehe ;p

Lain kali tolong jangan lupa, Abah dah pesan jangan bawak kereta tu kalau nak keluar. Bawak kereta mama. Tu lah budak bertuah ni dia umur baru 21 kemain pelupa lagi haihhhh. T_T

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.