Sunday, November 7, 2010

A k h i r n y a

Sekarang hidup dah kembali pulih, tiada lagi sawan-bangun-tidur-terkejut-terkejut-kerja-tak-siap-assessment-dah-dekat. 

Tiada lagiiiii. 

Perasaan yang sukar dikawal, rasa nak menjerit-jerit. Tapi apakan daya, mama kata suara aku kalau jerit buruk benar bunyinya. Mungkin boleh digambarkan mcm suara pondan tua. *Teruknya gambaran untuk diri sendiri -.-"

Ok, dah mula merepek*

Gembira mmg gembira, sedih tetap setia melekat dekat jiwa.*fuhh ayat kau farah, mcam la lekat guna gam 3 second kan. 

Semalam, hari ini dan esok. Sama dan berulang. Belajar, buat assgmnt, pergi assessment, tolong-tolong mama and abah, kadang-kadang jadi driver adik. Terasa mcm nak beli sebuah van, jadikan van tersebut van sekolah. Tipa-tiap bulan aku pau sekor-sekor dari tadika sampai upper 6 la kan. Habislah duit aku berkepuk-kepuk nanti. Susah nak kira. Isk Tak dapat dibayangkan.

Eh dah dah, mengarut bukan main lagi.

Yang aku cuba sampaikan sekarang ni,perasaan sebelum dan selepas asses. Bukan perancangan nak beli van atau bas nak bawak budak sekolah.

Pagi before asses makan dekat cafe, semua yang lepak makan bersama muka sememeh taktidur pulun siapkan kerja malam tadi. Ni lah lumrah budak AD, kalau tak esoknya asses memang malam ni takkan siap. Sape siap tu mmg tak berapa nak diiktiraf AD sgt la. Apesal rajin sgt plak siap awl? Ahhhh takde takde, nanti tak AD la camtu. Ok farah,kau cuba menghasut ke apa ni*


Nervous sampai tak sedar makan guna 3 gerapuuuuu

Nervous lagi sampai milo rasa lain. Milo laici -.-"

mcm dlm rumah org kerdil :D

Najwa dengan peacocknya. Tahniah bit! :D

Farah bela sotong.

Kaki octapus. yeckkk =X

Hi cik Linda :D

Fuhhhhh.


:DD

Muka stress najwa produk belum asses-.-"
Yang ini baru habis furniture, product belum. Haihhhh. Product stress gila vavi nak mateyyyy. Sampai rasa menyampah untuk ambil gambar buat kenangan.Tapi bila dah habis, leganya Ya Tuhannnnn. Tak tergambar! Alhamdulillah dah setel. Ok lah, Nanti rajin updatelah lagi. Till then, jaga diri ye semua. salam! <3

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.