Entri gembira buat aku dan zida. Tehee. Dia yang selalu busy aku yang seringkali sibuk memang susah nak bersua muka. Bukan setakat batang hidung tak kelihatan, malah bayang-bayang baju di ampaiannya jugak tak ku nampak. Perut aku pecah, ini semua kerja azida. Dia yang buat. HAHAHAHAHA aku betul-betul happy gelak sampai rahang aku dah lenguh. Tangan lembik susah nak pegang stering lori. Eh takk, kereta* ;p
Semalam lepas zida balik office aku terus kidnap dia bawak pergi shopping kasut. Maklum lah orang selalu pakai kasut flat, flipflop mana la ade koleksi pelbagai wedges dan heels terbaru di pasaran. Kasihan zida melayan kerenah aku yang cerewet nak mam*** ni. Cari punya cari sampai ke malam takde pun yang berkenan. Bila ade yang mampu buatku teruja dengan designnya, pasti kecewa datang menjenguk. Size takde! Yaaaaa, size takde okay T_T
Dari petang sampai larut malam asyik gelak sampai lenguh segala saraf. Sepatah aku cakap, 5 6 baris zida gelak. Selangkah aku berjalan, 7 8 baris zida gelak. Ya ampunnnnn, ni la padahnya kalau 2 2 masuk air. Tak boleh dibiarkan lama budak 2 orang ni, nanti tertidur tepi traffic light sbb penat gelak. Bila dah puas gelak dari dalam kereta, keluar kereta, dalam shopping mall, balik masuk dalam kereta semula sampai ucap selamat tinggal pun gelak lagi. Sampai je rumah, aku gelak sorang-sorang dalam bilik mandi. Perut dah pecah, otak pula mereng. Kasihan farah*
![]() |
Kalau rupa aku yang pakai, dah macam sakai turun bukit la ni -.-" |
Thanks zid sudi teman aku <3
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.