Saturday, November 27, 2010

berusahalah selagi mampu

Salam, hi awak semua :')

Ya, saya tahu ni entri kedua harini. Biasalah, sawan saya dah datang. Sawan rajin datang memang macam ni, nak menaip je semua yang saya rasa. Kalau tak menaip nanti perut sakit. Ok yang ni farah menipu*

Aku terbaca surat khabar pagi tadi, err TER? nampak sangat budak ni malas baca surat khabar hari-hari*  T_T
Anak gadis berumur 15tahun lari mengikut boyfriendnya. Dulu umur 13tahun dah buat perangai, tak sekolah sebulan hilang. Jumpa balik hilang balik. Eh dah kenapa semua budak-budak hingusan ni? Nak jadi biskut ke apa? Kasihanlah parents yang penat cari duit nak bagi makan anak, nak sekolahkan anak-anak, nak bagi semua yang terbaik. Memang diorang akan bising marah-marah itu ini. Itu tandanya mereka sayang dan ambil berat. Darah muda macam kita yang selalu tak boleh terima hukum alam memang kalau marah tande sayang ibu bapa terhadap kita.

Kita dah diberi peluang, pergi sekolah untuk cari ilmu. Bukan untuk ibubapa, dorang just nak anak-anak mereka boleh hidup dengan sempurna bila mereka dah takde kelak. Bukan banyak diorang mintak, sikit je. Mereka nak kita berjaya, Yessss, tu je. Kalau sampai ke menara gading tu lagilah menyejukkan perut si ibu bapa.

Berusahalah membuat amal ibadat dan segala kebaikan
Berusahalah mencari ilmu
Berusahalah berkerja kuat mencari rezeki
Berusahalah selagi mampu.


Ini bila disuruh belajar, M-A-L-A-S. Bila disuruh kerja juga M-A-L-A-S. Ape je yang rajin sebenarnya? Oh kalau dating dengan gf/bf rajin la kan? Berkepit 24/7. Kejap-kejap SMS, jap lagi call pulak. Malam nanti wall-to-wall fb pulak, before tidur borak lagi. Bila mak bagi nasihat dituduh membebel. Kalau bf/gf cakap/nasihat/marah laju je dengar dan patuh. Bf/gf kah yang bagi kita makan? Diorangkah yang menanggung sakit perit lahirkan kita? Memang sukar nak nafikan zaman bercinta indahnya macam buat rumah atas bintang.  Tapi kalau tak diingatkan pada diri sendiri, yang cinta sahaja tidak cukup maka segsaralah satu hari nanti. Kalau sekadar couple untuk lafazkan i <3 you, you <3 me. Lupakan je lah. Tapi kalau nak merasa makan rumput ke batu kerikil ke, okay fineeeeeee, tak payah la fikir masa depan. Duduk je melayan perasaan pasangan. Takyah buat apa-apa, tak keluar peluh setitik pun kan ;)




No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.