Monday, September 16, 2013

Banyak yang fikir negative dari positive

Assalamualaikum. Well hi readers.

Aku dah buang apa yang aku patut buang, pada yang ada menyimpan apa2 lagi tu eloklah buangkn juga. Jangan tengok sebelah pihak je and terus judge. Thank you :')

Monday, August 26, 2013

Mingle with them

Assalamualaikum, hey readers :)

Yayy! Alhamdulillah design process and production semua berjalan lancar. Even lately aku selalu lemau, badmood, lenguh otak. *eh. otak tak boleh lenguh. Tapi hakikatnya diri ini tak lah seteruk yang aku fikir. Even takde mood aku still boleh siapkan kerja. Tiba-tiba macam baru tersedar I need to find better ways to describe my emotions because I feel like emmm nobody actually knows what I’m saying bila badmood. *sigh. Yang orang tau bila aku badmood, aku suka tidur and buat kerja aku sendiri. Sedar-sedar kerja dah siap. fuyohhh. Terror sgt iols. Nak badmood selalu lah kalau mcm ni. Kerja mesti siap cpt. hahahahaha. ok tak tak. Gila kauuuuu. Takkan nak badmood je ade yang org simbah air kumbahan dekat muka aku kangggg -_-

Selain busy dengan kerja aku juga sangat teruja bergaul dgn bff adik aku. Tahu tak betapa diorg tu sweet and comel plus kelakar nak mampuih. Aku belum start ckp diorg dah gelak, diorg belum cakap lagi aku dah nak gelak. Guane ni. Sawan aku dibuatnya. Best sebenarnya keluar dgn kawan-kawan adik. Lagi-lagi bila diorg cakap, "kakak mai ni ***** laaaaaa..." HAHAHA ok part tu aku patut skip rasa macam letak diri sendiri dalam bakul pastu aku angkat sorg2 -_-

Disebabkan aku ni super-oooover-friendly person, aku senang lekat dgn budak mahupun org tua. kadang-kadang terfikir jugak, adakah org terasa aku seperti alien yang menjengkelkan? Tak kot. *ayat sedapkan hati. hewhew. Tak sabar nyewwww nak berhuha-huha dgn bebudak tu lagi. Especially dgn shaz, arina, lani and adnin. Korang jangan berperangai comel sangat ok aku rasa nak gam korang lekat kat dinding. Ok taktau apa motif nak gam budak2 lekat kat dinding.


Arina cantik. Dah la baik, cantik pulak. grr grr


Burppp. kenyang makan kat rumah shaz. Selamat hari raya semua! :D

Thursday, August 22, 2013

Cemburu biar celik, jangan buta.

Assalamualaikum, hello readers.

Berkurun dah tak menaip. Sampai lupa cara nak menaip.eh tak. Itu tipu sgt. Well memandangkan hormon aku tak berapa nak stabil, maka aku malas nak menaip pepanjang. Perangai aku yang gila, otak macam separa waras dengan tidak ni kadang2 org fikir aotototo bahagianya hidup mcm takde masalah. Dlm sedar tak sedar, aku dah usaha nak buat and bagi yang terbaik untuk org sekeliling. Tapi ternyata aku gagal. Kadang tu manusia plg rapat paling dekat and plg hampir dgn aku sendiri suka berkelakuan aneh. Aneh dari segi mood. Aneh dari segi layanan. Aku tak tau hubungan aneh ni akan berlanjutan sampai bila. Cemburu tak habis-habis. Pilih kasih. Cari aku bila susah lupa aku bila senang. Magaddddd. serious aku kena lalui benda ni forevahhhh? Sampai hari tua ku? Memang beginilah perasaannya selagi aku berdamping dgn mereka yang tak reti lansung jaga perasaan org. Selfish. Cuma perasaan mereka yang diambil kira. Aku tak pernah harapkan kaki sesiapa untuk aku berdiri and jalani hidup ni. Cuma aku sebagai manusia, perlukan manusia lain sebagai pendorong and pembakar smgt aku nak jadi insan lebih berguna kelak. Susah sgt ke kita nak hidup sesama kita saling respect each other, bantu yang memerlukan, pujuk yang berduka , lalui detik susah senang bersama, berkongsi gembira bersama. Susah sangat ke kita sbg manusia nak praktikkan tu semua? Sampai bila la nak biarkan hati yang keruh tu terus keruh.

Wednesday, June 19, 2013

Mengingatkan diri sendiri

Assalamualaikum, hello readers

Again. Ehh, jangan muntah puhleaseeee. Sebenarnya kan, masa umur aku mcm anak-anak ayam berhingus tu aku fikir dalam hidup ni kenapa la nak kena ada orang bersedih sedu sedan dalam percintaan. Woiseh. Percintaan terus. On kan mood-mood lagu bumiputera rockers* Masa tu mmg kepala tak fikir apa lah, exam ke, test ke, kerja sekolah tak siap ke. Tak ku pedulik! Yang aku tau nak pergi main lumba lari dgn ank2 jiran je kerjanya. Tu cerita 15 tahun dulu.

Sekarang ni usia dah cecah 24 tahun and perasaan yang dulu tak pernah aku ambil kira tu..aku dah dah rasa sekarang. Sebagai wanita. Eh perempuan. Eh ke macam perempuan nak kewanitaan? Diam farah. Kau baru 24 tahun. Belum nak berapa wanita sangat sebenarnya. Ughh. Confused. Umur 24 tu kira dah wanita keeeee -___-

Tak banyak aku nak merepek entri yang ni sebab emosi tak stabil, nanti salah tulis kena saman pulak. hewhew. Cuma sebagai kaum hawa, ingin ku berpesan sesama kita semua termasuklah dengan diri sendiri. Kita jangan sesekali cuba nak ganggu hubungan orang lain. Jangan cuba nak test la kononnya. Kalau kita rasa kita cantik, kita pandai, sexy, menggoda ke apa. Simpan tu semua untuk suami kita. Bukan duk menggatal dengan pasangan orang. Sebagai kaum hawa kita kena faham perasaan masing2. Apa perempuan lain rasa, itu yang kita rasa. Lelaki ni memang sifat semulajadi dia pantang ada peluang. Tu pun satu hal juga. Tp tulah, hubungan dengan manusia memang macamtu. Lumrah. Sakit hati, makan hati, kena banyak sabar tu memang sangatlah perlu. Ada few things happened yang sangat mengecewakan diri ini. Tapi takpe, kerja banyak. Focus dekat kerja lagi baik dari sakit otak nak fikir pasal benda bodoh. Maka kesimpulannya disini, hanya hubungan dengan Allah swt yang tak berpenghujung. Jagalah hubungan kita dengan DIA, insya'Allah Dia jaga hubungan kita dengan manusia :)



Believe or die

Assalamualaikum, well hello gheaders :)

Ghindu titew tark? yeck. *tampar muka sendiri. Haaaaaaaaiiii ebribadeh. sementara hai yang panjang kepala ligat berfikir nak mula dengan merepek apa. Hmm. Seems like kepala ni memang dah tak lalu nak berfikir secara kritikal. Maka biar jari gempal ni yang taip ikut suka dia. Bertenang. Tarik nafasssss. Mmmmm. Kemudian kentut. Okay lega.

First of all, Alhamdulillah. Hampir 2 minggu dah aku kerja dengan ABC. Company practical aku dedulu. Before masuk tu mcm tak percaya James call untuk interview. Apa dia? Interview? Apakah position yang bakal aku gendong? eh gendong. DESIGNER?! Ya Rabbi. Dah aku cubit perut sendiri. Rasa macam mimpi. 5 tahun aku belajar design tapi tak pernah terfikir nak jadi designer. Yeah i knw, teruk betul budak tak ada matlamat hidup ni. -__-

Percaya or tak. Sekarang aku dah terjerumus dalam lembah kehidupan sebenar seorang yang bergelar designer. Even belum sepenuhnya berpengalaman jadi designer, tapi diri ini telah pun merasai bahang kehangatan dan kesengsaraan seorang designer mencari idea untuk memuaskan hati client.  Dari seorang pelajar pereka industri, masuk-masuk ABC teruih kena build up 3D interior, exhibition, expo and reno building. HAHAHAHAHAHA ok part ni memang aku rasa macam bukan jari gempal aku yang taip. Serious selama aku hidup sebagai pelajar IDE ni aku memang menyampah, benci and meluat tahap badak sumbu kalau disuruh buat 3D. MEMANG BENCI 3D. Paling suka upah budak lelaki buat 3D. Duit makan habis untuk 3D. Yang hairannya duit makan habis dekat 3D pun, tapi tetap tak kurus2 budak ni. Hm.

So yeah, yang penting sekarang. Aku dengan gembiranya boleh taip ayat ni. AKU DAH MULA MENCINTAI 3D SEPENUH JIWA DAN RAGAKUUUUUU. Tahu tak perasaan bila kita berjaya build up 3D dari design yang mulanya hanya ats sekeping kertas? Kemudian bagi merealisasikan 3D tersebut kita ke bahagian produksi. Bila berjaya tengok design tu seketul depan mata rasa nak menjurai air mata. HAHAHA emogurlxz betul. Kesimpulannya sekarang ni, Farah Fatinnadia dah boleh buat 3D. Eventho nak muntah buat banyak salah, tapi skrg dah boleh! Yayyyyy!



Friday, April 26, 2013

Gembira bukan kepalang

Assalamualaikum, heyyo readers :)

Salam jumaat buat semua. Aku baru perasan, kalau aku update blog hari jumaat kan mesti aku berkobar-kobar mendebarkan. Kobar mendebarkan? Ughh tak sedapnya bunyi! Tak boleh jadi cikgu bahasa ni. Mesti kena demam denggi malaria semua student aku ada cikgu macam ni.

Yang sebenarnya aku nak coretkan rasa gembira di hati. Gembira bukan kepalang. Serious sampai sekarang aku tak faham kenapa mesti gembira bukan kepalang. Bila tanya mama, mama cakap malas lah nak explain sebab dia terror sangat. Malas nak tunjuk kehandalan bahasa. Kay foineeee maaa -__-

Mmm, lantak la gembira bukan kebatasan ke kepalang kuning ke. I don't care. Wooopssss. I don't care I don't care perlahan sikit. Nanti ada orang terasa, tak pasal-pasal TL twitter dia penuh makian hamunan cacian pasal aku. Namo namo, titew tak shukew cawik gaduh dengan kakak-kakak kawasan. HAHAHAHAHA. Takpe akk-akk semua boleh guna ayat I DON'T MIND dengan DO I CARE kalian tu. titew plomish tak bahan dah lepas ni. kekekeke

Haaa tengok tu, merepek sampai 3 paragh. *lempang muka sendiri sampai biru. Aku gembira bukan sebab apa, cuma sebab jualan shawl kami boleh habis satu batch less than 20mins! ALHAMDULILLAH. Rasa lepas ni macam nak buat beli 3 shawl free 1 shawl. Hmm, kena nantikan hasil perbincangan dgn najwa and fatyn ni hihi. Beautiful ladies out there, kitorang ni bisnes sebab nak kalian kelihatan pwettayyyyy selalu dengan pattern and design yang kitorg carikan. Happy gila kot bila tengok wanita sarungkan hijab yang cantik di kepala. Haih. Susah nak describe perasaan ni. Tapi memang kalau nak bagi satu ayat untuk perasaan aku terhadap bisnes yang kitorg jalankan.

 "KAMI SANGAT GEMBIRA KALIAN KELIHATAN CANTIK BERHIJAB"

wahhh, kami sangat gembira gihtewww. hihi. Yes tu lah yang aku rasa saat ni. Bila kita pilih corak tu eventho ada mata org nampak tak cantik tapi yang paling penting niat dekat hati memang pilih corak shawl tersebut untuk semua orang yang memakainya nampak cantik. 

Kepada semua customer yang setia and percaya dengan we ols, berjuta lemon terima kasih aku ucapkan. Muahhhh! Thank you sayang-sayangku :-*

Ok nah nak share gajah comel banyak warna sedang mempamerkan diri di sunway pyramid. Beranikan diri try warna yang tengah in. Lets lets!





Friday, April 19, 2013

Budak sekarang dah advance

Assalamualaikum, hi readers :)

Memandangkan esok cuti, dengan ini aku secara gembira dan tanpa sebarang paksaan membuat keputusan menhapdet blog tershayang. shayang shangat shambil nyanyi lagu shae. *vomit. Siang tadi aku pergi servis kereta dekat Perodua Jln Tandang, PJ. Ada seorg abang ni dengan anak dia tgh berborak dengan sorg pakcik ni sementara tunggu kenderaan masing-masing diservis. Ecey ayat aku macam dekat kaunter pertanyaan lanjut pulak. Tsk. Berbual punya berbual, secara tak sengaja aku tercuri dengar perbualan mereka. Pakcik tu muka penuh rasa kesal menceritakan duit dia hilang dekat mekah 2k duit malaysia. Abg tu pun bagi respon yang sungguh-sungguh rasa simpati. Tiba-tiba anak lelaki dia yang umur lingkungan 5 tahun tu dengan tenang berkata, "Pa, pakcik ni hilang duit RM2000? Kalau tak hilang tu dah boleh beli Iphone satu kan papa kan..Ish rugi betul.." Nak terkentut aku dengar budak kecik ni membebel pasal Iphong. hahaha gila wei tahun 2013 budak umur 4 5 tahun boleh tahu nak buat apa dengan 2k. Entah macam mana la zaman anak aku nanti. Hmm T_T

Menduyungkan diri

Assalamualaikum, hi readers. Salam jumaat :)

Setiap kali pergi wedding mesti aku tak ada baju majlis rasmi. Amboi. Rasmi terus u ols. Tu lah rasa sangat kasihan dengan diri sendiri, sedih jangan cakap. Sedih bukan kepalang bila lihat orang lain boleh pakai baju cantik mengerlap ngerlip pergi wedding. Walaupun lah aku memang tak bernafsu pun nak pakai liplap liplap. hewhew. Selalu kena pakai baju pergi class, eww sangat kan. Baju corak comel-comel warna taknak kalah. Tak nampak dewasa lansung. Boleh muntah sangat dah kalau belek balik gambar pergi wedding org dgn berbaju class. Yeckkkkk -__-

BUT NOW..
aku tak perlu bermuram durja lagi,

KERNA..
aku dah beli 5 helai kain mermaid untuk bekalan masa hadapan. Walaupun aku tahu ini lame and tersangat outdated tapi aku nak bagitahu jugak aku ada 5 color kain mermaid. nyohohoho.

Tuddia kawan-kawan sekolah semua dah membesar dengan dewasanya :-O

Fatyn selalu jadi mangsa peragaan. Thanks boo

Hmmm. Next..siapa punya wedding? sila jemput aku. Akan ku hadir dengan kadar segera. <3



Friday, April 12, 2013

Wai wai tell me wai

Assalamualaikum, hello readers :)

Tajuk entri macam orang kena tinggal laki. Alhamdulillah hbgn aku dgn si boyf baik-baik je walaupun aku selalu busy mengalahkan rosmah m. woops. Sebagai manusia biasa yang memang takkan pernah lari dr kesilapan, apa yang aku boleh harapkan dlm hbgn ni biarlah ia kekal hingga nafas yang terakhir. Aku tak suka  nak riak or takbur berapa lama aku dengan pasangan. berapa gembira aku dengan dia, kerna hakikatnya Tuhan tu boleh tarik semua yang kita ada bila-bila masa tak kira siapa.

Tuddia mukadimah jumaat kay chuols. Aku tak kerja today, so-oo yayyy! Niat di hati nak siapkan doodle bestfreng. Ieka lokman pasti menanti dgn penuh rasa penantian nyanyian blackrose. eh? blackrose ke?
Dalam minggu ni serious aku takde idea lansung nak conteng arang ke muka? eh. tak. Takde idea lansung nak doodling. Ieka nak minggu ni tapi tak siap laaaaaaagi. Apa aku nak nyonteng ni. sobs. Tukar getah braces ni bikin aku pusing. Gusi terasa berdenyut bahkan gigi terasa mahu tercabut. Ketat betul dr zarita dera gigi aku. Idea, janganlah cenggini. Demi bestfreng aku kau kena muncul jugak. tsk. Selalu tengah makan pun idea ada, tengah mengemop lantai pun idea doodle tu ada. Minggu ni tiba2 buntu. Ahhhh wai oh waiiii. Adakah punca ketandusan idea kerana aku telah berkelahi dengan segerombolan minah rempit? -__-


Monday, April 8, 2013

Boleh tiru. eh?

Assalamualaikum, hi readers :)

Berapa bulan aku tegar membiarkan blog aku bersendirian. Menjandalah blog ini buat seketika. Ok aku dah start tak tahu nak tulis apa. Tadi masa mandikan kucing masa tgh struggle cuci punggung dia aku rasa macam banyak idea nak menulis. Habis cuci punggung kucing terus lenyap segala idea. T_T

Oh, aku rasa manusia zaman ni tentu sekali tahu instagram tu apa kan? Yes yes tempat manusia mengupload koleksi foto masing-masing. Ada yang tak nak kalah, upload gambar muka bersinar-sinar cahaya keimanan flawless gila sebiji hama tak berani lekat dekat muka. Ok rupanya camera 360 haha i ols guna camera tu jugak okay. Hari hari terasa diri ini menipu. Ughh. Tapi apa kan daya, diri ini tak dapat menolak camera tersebut.

Selain hari-hari busy dengan sediakan karipap. Aku bersama si gedik tapi cantik muh babyboo najwa and fatyn berganding bahu jual shawl secara online.  Material yang  dipilih paling senang nak pakai, selesa, panjang and lebar. SERIOUS. tak tipu. Camera 360 je yang suka nipu. thehehe.

Sooooo, ladies out there follow eh instagram titew to get the latest update on sales <3



Bila pakai tak rasa panas and mudah bentuk. Yes ladies,material shawl ni viscose kay uols. Viscose tu tak cepat kedut and tak perlu iron. So Yeayyyy for those yang memang dilahirkan malas iron meng-iron. Bila pakai shawl selebar ni diri akan rasa sgt selamat. Boleh tutup belakang dan juga menutupi dada sekalian alam. Mmm selamat bukan?  :)

Okay rasa macam dah nak dekat last paragrph dah ni. haha melalut sampai lupa tajuk entri. Since kitorang jual jual ni, ramai pulak nak tiru. Bukan masalah tiru apa, berniaga tu standard la siapa-siapa pun boleh berbisnes tapi agak la wei kalau semua benda nak tiru sebijik bijik. Tahukah anda itu memang menjengkelkan. Before kitorg jual shawl on9 ni pun dah mmg ada berjuta lemon org lain jual shawl. Not naise sebenarnya jadi copycat. Idea boleh datang dari mana-mana. Bukan harapkan hasil dari meniru bulat-bulat cara orang lain. C'mon lah takkan jual selendang pun nak buat onar jugak? Tapi tak mengapa, semua benda dalam dunia ni boleh ditiru. Tapi hasilnya takkan sama. :)


Mmm okay taknak emo-emo. Jangan lupa follow intagram titew tauuuuu, design yang ada insyaAllah tak mengecewakan kalian. Cuma akan rasa kecewa bila kakak ipar najwa borong habis habisan. Btw, Thanks kak shima and thanks pada semua yang shopping dengan kitorg. Mwah! much love, fara. :-*


Sunday, February 24, 2013

pelupa yang terlupa

Assalamualaikum, hi readers :)

Akhirnya! baru dapat ku merapu dekat blog.Punya lah berjela-jela panjangnya janggut cuba nak log in lupa password. Boooooooleh tak, lupa pass? Nampak tua disitu. Hmm. masa banyak idea nak update punyalah membuak buak rasa nak menaip. Tak boleh sign in! Mcm tak percaya aku baru berusia 24 tahun dah lupa benda remeh macam ni. Mmm entah entah aku sebenarnya lebih tua dari usia. Okay farah, sila takut sekarang.

Tak banyak pun aku nak coretkan kat sini. Sekarang busy buat kerja kahwin je. Sibuk dengan wedding org lain, yang aku entah bila nak kahwinnya entah T_T

Aku rasa lah kan, lama dah tak belajar ni. Macam dah malas nak further study pun adoooo. Macam malas la, belum betul2 malas lagi. Aku rasa seronok la berniaga skrg. Rasa mcm nak pergi ambil kurus..eh kurus buat apa. kursussss. kursus untuk expand lg bisnes karipap tu. Tak larat la hari2 buat secara manual. Banyak sangat. Mahu terkeluar tulang bahu aku. Ade pekerja pun lemah gemalai. Aku dah la mmg alergik dgn yang lemah longlai ni. Tsk T_T

Memandangkan aku tak pernah buat keputusan seberat ni, aku rasa dah tiba masanya aku decide. Nak belajar ke atau nak fokus betul2 dekat apa aku buat sekarang. *Eh.yang serius sangat menaip ni aku ke hantu raya aku ni? Mmm 10 org aku tanya pendapat, 10 10 bagi pendapat yang berbeza. Tak kurang hebat yang menentang, tuddiaaa taknak kalah. menentang habis habisan aku tak nak sambung belajar. Relax lah, belajar kat mana mana and bila bila pun boleh kan? sampai liang lahad kita kena cari ilmu. Maka aku rasa tak salah if aku nak kerja sekarang. Mm..Buntu buntu. Last last, kerja tak belajar tak. Kahwin dengan duda anak 5. woish minta dijauhkan! -______-

Friday, January 4, 2013

Lets lets!

Assalamualaikum, hello readers :)

Fabulous fridayh! moga jumaat ni akan jadi hari yang indah buat kalian. InsyaAllah. Mood baik harini, menaip pun tak sonsang hahaha. Before lupa, aku taknak update entri baru pun sebenarnya. Mata dah rabak nanti salah taip aku merapu lepastu mula lah entri panjang mcm warkah berlagu pilu. Kay chuols, dalam tak sedar aku ada ter-sign-up ask.fm harituuuu. Best jugak main menatang ni weh. Main tanya2 tanpa tahu siapa yang tanya hahaha. Berteka-teki sangat kays. Benda tu aku perasan lama dah cuma tak berani nak buat sbb tak mampu nak terima hakikat soalan yang org tanya aku nanti semuanya membunuh. Memandangkan aku dah malas nak ambil kira org nak tanya apa skrg, haaaa please visit :

 http://ask.fm/farahazlan

Tanya apa kau nak tanya, nanti aku jawab apa aku nak jawab. HAHA adil kan? 
*Berdarahlah hidung aku lepasni baca soalan maut musuh-musuh aku. Hmm

Nanti update lagi, later. Now sleep first! take care. Muah! xo

Wednesday, January 2, 2013

Mahu tapi malu

Assalamualaikum hello readers :)

Lovely ladies luar sana, pernah dengar nama dina toki-o? 1st aku dengar nama dia, aku bayangkan dia putih sebab ade nama tokio di situ haha. Tapi walaupun putih aku bayangkan dia besar macam dinosaur. Hamboi dinosaur terus. *teruk imaginasi budak ni. Dgr nama dia yang ala-ala tokyo drift gitu lalu aku pergi google si dinatokio tu. Ade channel dia pulak dekat youtube. Woishhhh. Salah gila sangkaan aku hahaha. Ingat gemuk mcm aku! Selim benauuu rupanyewrs. Emm emm tulah jangan bayangkan org melalui nama tau, nanti salah bayangkan. Haa not naiseeee. Aku pun menganga mulut lah leka tengok tutorial dia. Senang and comel. Beratus vid dia, beratus tu lah aku duk hadap. Gilo. Macam dah takde kerja lain. Walhal dia ajar lilit-lilit je pun. Haish. Aku teringin nak praktikkan. Cuma em em em bila dgn kawan berani lah. Kalau dgn boyf keluar nak pelik-pelik ni yang lomah lutut den. Kang tak kena gaya, tak sanggup aku dgr komen 'membina' dari dia.

Dia pakai putih, menawan je rupa.
Cuba kalau aku yang pakai, mesti  dah kena tumbuk bertubi-tubi dekat muka. :O 


Buat gadis yang suka xperimen dengan gaya tudung. Pergi lawat dinatokio tu. Senang tapi cantik. Takyah guna banyak pin, nanti bocor kepala kalian. Berjurai-jurai pulak darah siapa nak lapkan? jiran anda? haha.  Thanks ey singgah baca kejap, update lagi nanti muah! xo

Stop being an ass, please

Assalamualaikum, hey readers -_-"

Recently mood aku selalu je tak okay. Baru nak happy, ada je semak samun datang tumbuh dalam kepala ni. Ada yang aku panggil pakcik mesin rumput ni mesin je kepala aku ni kang. Yes I knw masalah memang takkan habis. Tak datang dengan cara ni, dia dtg dengan cara tu. Tapi tu lah, kadang-kadang orang paling dekat sendiri pun suka menambahkan masalah yang dah sedia menggunung ats bahu aku. Hmm, kan best sekarang ni aku baru nak masuk tadika. Mesti tengah happy masuk class, lepastu duduk dekat meja bulat group merah lepastu main kaler-kaler dalam buku mari mewarna. tsk. *angan-angan yg tak mungkin kau capai pada tahun 2013 ni farah. Mmm takpe, tak happy sekarang masa akan dtg mungkin boleh happy? InsyaAllah. Takkan lah sampai ke tua aku nak bermuram durja macam sekarang. hewhew. Tuddiaaaa habis positive dah aku fikir tu. ;p

Haa eh, takpe ke aku nak lari tajuk sikit kat sini, aku rasa aku ni ramai 'pembenci' erti kata lain, haters. Serious do aku mmg tak suka nak musuh musuhan dgn orang. Jangan sebab bf korang yang gatal, aku pulak korg jadikan musuh. Kemon girls ni dah 2013, bawak-bawak lah bertaubat jangan cari pasal and ganggu aku lagi. Jangan buat perangai tahi. Dah tua bangka sangat dah ni nak berperangai tahi and stop being an ass, pleaseeee   T_T

Kalau benci dengan aku sebab aku cantik ke pandai ke, terasa best lah jugak. Ni sebab bf. Euww, sangatlah tak berbaloi kay chuolssss. Marilah kita lupakanlah semua sengketa merepek yang dah lama tercipta tu. Aku tulis ni sebab aku tau korang hari-hari ngintai aku. Igt aku tak tahu lettuw.

Tiba-tba rasa nak post  foto dgn  bestpreng
even mm buruknya gorilla oren ni eee.*Lap air mata skrg.


Tuesday, January 1, 2013

Lame oh lame

Assalamualaikum,hey readers :)

Hari pertama bagi tahun 2013, 1st entri. Nak post yang sopan-sopan lah. *ecey azam 2013 kononnya.Muntah sekarang. Tak rasa nak merapu garu ketiak today. So yeah, memandangkan fb tak boleh on buat masa ini maka follow la saya di twitter. @itsferrazlan. HAHAHA  ketinggalannya farah ni baru nak main twitter. Sooo kesian. See u thereee ;D