Monday, December 31, 2012

VK punya pasal

Assalamualaikum, well hey readers :)

Sementara orang lain duk menghitung masa nak melangkah ke tahun baru, aku tak habis lagi duk godek lappy ni nak on9 fb tak boleh-boleh. Bukan lah nak sangat pun on9. Cuma aku ade 2 misi belum selesai, pertama aku nak unfriend budak annoying tu. Kedua nak on fb untuk berurus niaga. Dua tu jeeeeee puns. haish

Aku sangat tak rajin nak bercerita pasal virus vee kay ni. Bersimpul serabut otak aku kalau fikirkan dia. kalau vee kay ni seorang manusia dah lama aku bakar dia hidup2. Lepastu abu dia aku sapu-sapu dekat dinding toilet. Biar nampak hina sikit. Tsk. SAKIT HATI hohoii.

Okay cut it short, memandangkan aku tak boleh nak on9 fb maka aku terpaksa guna blog ni. Terpaksa kay terpaksa. Sila ambil perhatian faghaiman ku sayang (http://keepcalmandtyping.blogspot.com/). Ni dia dress haritu yang i cakap.

Mereka tampil dengan warna berikut :

 Electric blue
 Turqoise
 Blue yang tak berapa nak baby blue
Peach pink
 Red
Mustard Yellow
Grey
Black
Brown

Ready stock ada 4 color je. Yang lain pre order. xo

Paling penting maxi dress ni punya color alahai nyummy nyummy belaka. Eventho dress ni free size tapi percayalah. Bagi yang kurus, kalau pakai mesti super cantik punya. Kalau yang bambam mcm I pakai pun takde masalah. Kain dia boleh di tarik2 seperti gula-gula getah yoooo. Tak ketat kay young laydehhh. Kalau yang kurus nak pakai ketat, sila ikat tali dekat pinggang tu kuat-kuat serta ketat. Pasti selim melim! Kalau tak nak pakai tali tu, buangkan je. Takde paksaan hahaha.Tak nampak gemuk, tak nampak buncit haha kantoikan diri sendiri*

Sooooooo farah, kita sambung borak dekat twitter. Muah! Okay dah, takde idea nak merepek pukul 10 malam ni. Meroyan nak tidur je, boypreng dgn kawan-awan dia. Tinggalkan girlpreng sedu sedan dengan blog cakap sorang. Tsk. Kbai xo


Walaupun..

Assalamualaikum, helloh :)

Entri kedua, hoyeh rajinya anak ajelannn. Memang rajin tak boleh disangkal lagi dah. Mengantuk tapi mata tak boleh lelap. Ni penyakit apa? Kencing manis ke ni? Woish mulut kau farah, mintak dijauhkan okayyyy. Bila ada masa nak mencarut panjang-panjang dekat sini idea pulak kering kontang. Takpe baybehhhh, biar jari aku menaip dengan sendirinya tanpa di paksa.

Aku kemas lappy tadi, bersepah gambar aku dengan fatin. Ya Rabbi teruk budak berdua ni, folder gambar aku je ade beratus. Dalam beratus tu setiap satu folder ade lagi beratus gambar. Huyo macam tagline zalora pulak aku rasa. Beratus jenama, beribu gaya. Haa tah mcm mana tah bunyi lebih kurang la tu. Boleh korang congkak? Tak farah, bukan congkak tapi congak. Haaa boleh? Banyak bukans? Seram ok tengok muka sendiri ada banyak gila and besepah sana sini. Euwww. Kenapa lah penyakit gila camera ni menular dalam diri aku? wai wai wai. Aisehhmen aku bukan bajet diri ni cantik ke apa nak bergambar sampai berjuta lemon tapi hakikatnya aku mmg suka camera. Tak boleh buat apa dah. Cuma yang paling aku tak suka kalau yang si tukang ambil gambar aku tu manusia yang bergelar lelaki. Ahhh, sangat tak suka. Oleh kerana setiap kali depan lensa camera aksi aku bersama teman seperjuangan ni ibarat aksi minta kaki size 10. Maka aku lebih suka kalau kitorg bersusah payah ambil gambar sendiri. Paling teruk pun, diri sendiri muntah dalam diam tak melibatkan orang lain. Tak gitu fatin kekasih hatiku?



Menyusur dengan tajuk entri, walaupun..

I- Walaupun kitorg berdua paling kerap gaduh and salah faham. Tapi dia lah satu-satunya manusia paling aku selesa nak berdamping *dah bunyi seperti jin nak damping dgn org pulak dah

II- Walaupun dia putih aku hitam, dia tetap tak segan jalan dgn aku HAHAHA

III- Walaupun mulut aku bising macam mesin tebu, tapi fatin tetap tadah telinga walaupun dalam tak sedar telinga dia keluar darah dengar aku berceloteh

IV - Walaupun aku jenis manusia yang kuat berjalan, dia je yang selalu sanggup jadi peneman setia. Ecey. Chooo Chweet. Thank you b, I rili laffffff youhh. xo

V- Walaupun setiap kali keluar makan aku selalu order yang pedas (padahal tahu fatin tak makan pedas). Dia pulak order sup jernih jernih. Bila tak tahan sangat pedas, aku ambil kesempatan untuk makan sup jernih fatin. Rasa yang begitu mengasyikkan! Ringan je rasa sup dia. hewhew.Tapi dia tak pernah kisah kalau aku makan makanan dia. Dia je yang  selalu tak boleh  nak telan makanan pedas aku HAHA


Seeeeee, kitorg mmg tak banyak persamaan. Banyak lagi 'walaupun' kalau aku nak cerita. Kesimpulannya di sini, bagi aku perbezaan sikap sebenarnya bukan penghalang utama kita nak kawan dengan orang. Tak semestinya semua benda nak kena sama. Kadang tu, hubungan yang sama sifat ni sebenarnya boleh mendatangkan rasa bosan and hambar. Wahh hambar tu yang tak tahan tu. Kalau Cik Rodziah nampak aku guna ayat hambar ni dalam essay  f5 dulu mesti terpercik air mata terharu dia hahaha. Ok ok, Nak sambung susun folder yang bersepah ni, macam lalang dah tumbuh merata2 celah lappy. Sehingga bertemu lagi di entri lain, Selamat malam dunia. Dhaaaa. xoxo




Dia yang kata. Bukan saya

Assalamualaikum, hi readers :)

Mm mm *kuis-kuis pasir. Sekian lama aku jadi buaya lupa daratan. Eh, ada ke ayat mcm tu? buaya lupa daratan? bukan buaya darat je ke ayat betul dia? Mmm. Takpe, cikgu BM aku sudah pun bersara rasanya, kerna pada tahun 2007 dulu pun beliau dah kira cukup berusia untuk mengajar. Dia tak rajin baca blog orang pun, *memandai je aku ni. Entah2 dia follow semua student dia. Semata-mata nak tengok student dia jadi manusia ke tak. Hentikan tahap imaginasi yang terlalu tinggi kalah leher jirapah tu farah.

Ini entri hari last bagi tahun 2012. Mak hai, pantasnya masa berjoget. Esok aku akan menjalani kehidupan 2013 dimana usiaku hampir mencicah 24 tahun? Serius sikit, kita tgh cakap pasal umur. Bukan biskut Hup Seng cicah teh o panas. -_-

Ya Tuhan, serious tahap kerisauan terhadap diri sendiri menggunung secara tiba-tiba. Apa je pencapaian dalam hidup aku setakat ni? Macam kapal nak karam je aku rasa. Tunggu masa lanun datanggg tembak pipi aku bagi hilang tembam ni. Pooomm! Aku tak start kerja lagi, sambung belajar pun tak lagi. huwaaaa. KILL ME NOW.

Eh, wai so kelam kabut ni farah? Okay aku berenang, eh bertenang. *kembang kempis hidung pura-pura bertenang. Secara positivenya, umur 24 tu takde lah tua sgt sebenarnya. Banyak lagi benda boleh buat, baru nak masuk 24 kak, belum betul-betul 24 hahaha. Awal-awal tahun ni busy menguruskan hal penting jela dengan najwa sayang. Bagi mereka yang kat luar sana, lemme ingatkan chuols telinga i berbulu lah kalau dgr soalan chuols yang berbunyi 'bila nak kahwin', 'bila nak smbg belajar lg', 'BILA NAK KURUS BALIK, makin teruk dah ni' eh serious weh, kalau kalian boleh tengok betapa telinga aku berbulu dengar soalan ni pasti kalian takkan buka mulut bertanyakannya. Serious. Tak tipu. Mual la weh tanya banyak kali. Aku nak kahwin nak sambung belajar nak gemuk mcm gajah nak hitam mcm tapir ke bukan urusan kaliannnnnn. Tsk.

Jangan lah buat aku mual dengan soalan-soalan macam tu. Bosan weh, bosan sampai rasa nak parut mulut sorg-sorg dengan mesin parut kelapa. Haaaa, kejam kan? yes. Aku ni pembunuh upahan sebenarnya. Ramai yang tak tahu hal ni. :-O

Mukadimah aku 5 parag weh. Lepasni boleh la aku kerja kemas-kemas meja dekat office A.samad said keeee. Sambil kemas boleh belajar cara menulis dengan dia. Supaya aku boleh tulis mukadimah jauh lebih pendek dari skrg. Dengan erti kata lain, mukadimah yang tak melalut ke laut.

Mm pernah tak korg tgk jane by design? Belum start cerita aku dah geli tekak rasa nak muntahahaha. I ni bukannya apa chuols, *gila kau cakap bunyi mcm bedah kampung nak bergossip depan tangga rumah. Cha ckp dekat najwa yang muka aku dengan pelakon cerita tu sama. Paddddiaaa? *sebut loghat kedah tau. Pekat sikit sebut tu! Muka sama? Minah tu mat salleh aku ni bugis jawa toktok. Celah mana yang sama ni chaaaaaaa. Adik aku tgk, dia cakap " pelakon ni patut menyesal muka dia sama dgn kakak aku". Amboi statement adik aku, macam mintak putus pertalian darah je.

1st time tengok, berguling dr bilik ke dapur aku di buatnya! Fikir2 balik, eh terror mata si cha ni boleh nampak muka jawa aku dalam diri minah ni. Aku macam, eh serious org ni wujud. HAHA camno lah muka jawa aku ade iras minah ni. Tang hidung tu lari jauhhh sikit. Terang dan nyata kay lari jauhnya tu. Nak rambut mcm ni, comelnyiewsss.


Jadi sekarang, agak-agak kalau aku usaha gigih kuruskan diri boleh jadi mcm yang kat atas ni tak? Mestilah boleh! Tang hidung je tak boleh jadi mcm tu, sbb hidung semulajadi jawa aku mmg special. Special edition gituwww. wah gituww. Kay lah chuols, penat lah jari jemari gempal ni, setop takat ni dulu. Next entri aku bebel lagi. Bebel sampai putus urat leher. Till then, take care semua! xx

Tuesday, December 4, 2012

Food or Water?

Assalamualaikum, hello readers!

Malam selasa yang indah, mendorong aku menjadi seorang manusia yang sedikit rajin sikapnya. Secara tiba-tiba rajin mengemas, rajin makan *selalu malas. Mengunyah makanan tu satu aktiviti yang memenatkan.Tsk. Sila lihat betapa pemalasnya gorilla ni. Tajuk entri macam nak update pasal jalan-jalan cari makan. Tapi tak, aku nak main 'tahukah anda, tahukah anda' malam ini ye para pembaca sekalian alam.

Tahukah anda bahawa solid foods, especially fruits tu sebenarnya also contain quite a lot of water? Tahukah? Ahaaa, look at these!
200g yoghurt = 165ml water.
Huyooo. Aku rela minum 3 botol besar air dari makan yoghurt hewhew

100g baked beans = 75ml water.
Lap air liur skrg. Sedapnyeeww

1 banana = 105ml water
Patutlah monyet dekat seroja sihat belaka

1 apple = 130ml water
Err, yang aku tak suka ni la banyak pulak kandungan air dia -_-

1 cup of cut watermelon = 180ml water
HAHAHA yang ni aku setuju! Tembikai amat sedap. Yes. Sedap yang amat!

So, minumlah air putih untuk kesihatan kita semuaaaa. Water benefits you in some suprising ways. Bagi yang takut sangat gemuk macam gorilla tu, lebih tepat lagi gemuk macam farah azlan, minumlah air bertong-tong okay? Water helps you to stay slimmmm. Air juga menguatkan tulang, mineral water mengandungi 208mg of calcium setiap liter! Hebat bukan? Jadi, amalkan gaya hidup sihat! Kurangkan air  bergula, telanlah air putih walaupun tak rela.





Monday, December 3, 2012

Aihatechuu mondayh!

Assalamualaikum, helloooo readers :)

Ingat ahad lagi harini, Isnin dah rupanya. 
Monday blues. Aaaaarghhhhhhhhhhhhhhhhh.
Just once, I wud like to wake up, turn on the news and hear.. 'Monday has been canceled, go back to sleep' Ahhhh. Syurgaloka aku dekat situ. Haishh. Wai wai wai do most people suffer from this horrible Monday feelin'? Mmm -_-

Kerana hari ini isnin, dan aku benci isnin. Maka, aku telah buat keputusan. Keputusan muktamad. Tiada siapa mampu ubah. Aku nak pergi shah alam, makan ayam penyet padang jawa, nak makan 2 pinggan siap tapau lagi satu bungkus bawak balik untuk makan malam nyumm nyumm. Lepastuuuuuu pergi fac yang ku rinduwwww jumpa Puan Salwa hantar design glove aku lepastuuuuu hmm nak pergi berpeleseran dengan bangla-bangla depan kota raya. Mungkin ada di antara mereka yang ambil cuti hari ni. Boleh jugak ubat luka lara aku. *Jauhhh kau menyimpang ni farah. Ni kalau menembak dekat padang sasar ni memang satu peluru pun tak kena. Tsk.

Tak tak. Aku belum tegar lagi nak berpeleseran dengan bangla depan kota raya. Itu ibarat, gali kubur sendiri. Aku ni cangkul pun tak reti nak guna, ni kan pulak nak gali kubur sendiri. Oh no no aiiii very the tak weti okay. Kalau boyf aku baca ni, mesti terpercik peluh dekat dahi dia. Tak keruan hidup dia, gf dia berpeleseran dgn bangla?

Kepada sayangku bahu wangi *if you baca blog ni la kan : Saya acah-acah je tadi, nak bergurau dengan awk. Gurauan jarak jauh.

Kay suga baybeh semua, I dah laparz. Siap dah edit gambar babygirlzx kite ni haaaaa untuk online shopppp. Boleh lah makan dgn senang lenangnya ni haha.

thanks love

Lambat dahhhhh, take care. Nanti update lagi convo part II. Till then,muah! byeee










I'm sick of this!


KESALAHAN,
ALASAN.
MMM,OKAY
SEMUANYA BULLSHIT

Wednesday, November 28, 2012

Congratulations to all - Part I

Assalamualaikum, hi readers :)

I knw it's been quite awhile since my last update. Rindu nak merapu, rindu nak runcingkan jari jemari menekan kibod. Senaman ringan untuk jari gempal katanya. Alang-alang dah convo ni, rasa-rasanya aku dah buat keputusan muktamad untuk bekerja sepenuh masa kot. Eh? muktamad tak perlu ade kot di penghujung ayat sebenarnya. Ok, ni serius. Niat nak sambung masters mugkin perlu ku tunda sehingga 2013. Sekarang sibuk menyiapkan diri untuk bekerja di industri sebenar. Aih industri sebenar la sgt. Bunyi sedikit tidak rela. Persetankan semua hasutan jahat, itu semua anasir jahat yang tak mahu aku bekerja. Nak suruh aku goyang punggung di rumah, menepukan lemak sampai obesiti lalu tidak kahwin hingga akhir hayat. Mula dah, dia mula dah.

HAHAHA berbaris mukadimah aku rupanya. Masa untuk ceritakan perkara sebenar. Yang sebenarnya, aku cuma nak post gambar convo. Bukan nak tulis warkah kepada agensi cari jodoh. Serius bukan =B

Mm, seingat aku la kan. Sekolah rendah dulu aku pernah menangis sbb tak nak naik stage. Hari anugerah cemerlang tu bagi aku, mcm hari membunuh org secara kejam yang dilakukan beramai-ramai. Tragisnya bunyi. Walhal hari tersebut nak meraikan  mereka yang berjaya meraih kejayaan kecil. hewhew Ok, senang cerita. Aku tak suka naik stage hahaha tak suka and takkan suka. Kena nyanyi2 masa hari kebangsaan, naik stage. Then, Naik stage lagi masa hari perlantikan pengawas, perletakan jawatan apa bagai. Serious, tak cool lansung kalau naik stage dengan perasaan tak rela. Tsk T_T

Sampai laaaaa ni, jejak kaki ke menara gading dah. But still meroyan bila kena naik stage. Tak boleh ke bagi je sijil or hadiah tu atas lantai dekat bawah je tak payah nak tangga sangatttttt lahaiiiiii lomah lutut den -_-

Yang pertamanya, Alhamdulillah semua dah selesai. Istiadat konvokesyen yang berlansung dengan pahit jerihnya ahad lepas, sebenarnya telah berjaya membantutkan niat kitorg nak bergambar bersama rakan seperjuangan. Janji pukul 1230 start tapi pukul 3 baru nak mula apa jadahnya la diorang buat lama-lama. Darah ni pulak kalau dah tunggu berjam jam lamanya, mula lah nak mendidih. Berkepul asap keluar dekat telinga, hidung jangan cakap lah. Api marak kot yang keluar. TAHU TAK LETIH GILA?! Please la, institusi kena la manage masa  betul2. Tak boleh la biarkan ibu bapa atok nenek cucu cicit yang dtg konvo tu menunggu punya lama dekat luar hall. Yang dalam kena air cond mmg nikmat la kan. Yang kat luar tu yang kat luar tu? Hish. Kesian diorang tahu tak. Tensi gua tensi. Habis dah nak dekat senja, nak bergambar mood pun entah melayang ke mana. Orang berterabur mcm baru lepas kejadian gempa bumi. Bersepah-sepah orang tak tau mana kawan mana lawan. *ok tiba-tiba. Bukan senang lepasni nak sambung belajar lagi and jumpa kawan-kawan yang ada skrg. Bila dah habis, pastinya masing-masing akan bawa haluan masing-masing. Apa je memori berkasih yang boleh akupahatkan dalam ingatan kalau dah bergambar secebis pun tak dapat!

SEDIH-BERDUKA-MEMANG-PILU. Eh? *Nak nyanyi laju rock kapak la kalau mcm ni. Lagu dekat pusat karaoke bintang. Hoishh. lagu jiwang dekat situ mmg cannot go. Serious cannot go. Kalau lalu depan bilik sekumpulan mamat yang sdg menjiwai lagu tersebut, rasa macam terperasan air mata diorang merembes-rembes tepercik keluar dari kelopak mata. Kental gila nyanyi habis feel. :-O

Iklan pusat karaoke bintang masuk dalam entri aku. Tanpa bayaran pulak tu. Tak patut ni farah. Berbalik pada topik konvo, bagi semuaaaaaa rakan seperjuangan. Rapat atau jauh. Baik atau jahat. Wangi atau busuk, aku tak kira. Yang pastinya, TAHNIAH YE KAWAN-KAWAN. 5 tahun kita bergelumang dalam Ide akhirnya, masing-masing berjaya menamatkan peperangan di medan ide dengan segulung ijazah. Kalau bukan kerana berkat doa ibu ayah, bimbingan pensyarah, berkat usaha gigih setiap orang mungkin segulung ijazah tu tak dapat kita genggam macam harini.

Biar belajar tak bersijil tapi ikhlas dalam mencari ilmu tu yang penting. Anggaplah belajar untuk ilmu yang baik tu tak pernah ada penghujungnya :)

 Entri part II nanti dah ada gambar, aku update eh. Yang ni cuma ada 2 ketul je. Musuh ketat sekalian alam, Lihat ni. Ok, sila lap darah yang keluar dr hidung anda. Mhehehe. Alhamdulillah lepas ni, boleh lah masuk alam lain. Mungkin sambung lagi belajar mungkin juga bekerja :)

Arghh, siapa punya kerja pulak yang selak kain aku ni!

Tan sri ade twitter? Jom twit nak? *ok tipu

TO BE CONTINUED..





Sunday, November 4, 2012

Dua budak selesema


Assalamualaikum, hey readers :)

Bagaimana hari minggu kalian? Harapnya indah lah ye? Okay, untuk budak berhingus seperti aku, hari minggu dengan selesema bukanlah sesuatu yang memberansangkan sebenarnya. Kesan selesema ni cukup besar sebenarnya, kepala jadi ting tong jingebel. Buat kerja ada je salah silapnya, hidung meleleh cannot pocus ah cannot. Dari pagi jumpa sang bidadari, najwa putihs. Habis lemau si putih ni aku heret dia pergi borong shawl dan baju-baju untuk 'elph'. Petang balik dah hujan pulok, baru ingat nak singgah taman buat video pendek nak wish birthday fatin. Ceyy bajet teaser before celebrate nanti la ni. Hampa. Berganda-ganda hampanya bila hujan tak berhenti till malam. Dah hujan, mestilah lapar. Well, itu lumrah. Jangan salahkan perut titew jew ogayhh. Thehehe. 2 giant berbeza warna ni mencapai kata sepakat untuk makan di oldtown bangsar south je. Tiba-tiba tercetuslah idea, nak buat video dalam kereta dekat parking lot je. Takyah nak taman sangat sebab nanti ade bunyi2 angin ahmar. Eh ahmar pulak, bunyi desiran angin ganggu kitorg nak nyanyi huahauaha bajet suara kau cool gila mcm adele kan farah kan. 

Alah aku bukan apa, saje ajak najwa buat  video suka-suka nak wish birthday fatin. Bukan aku buat video nak bagitahu aku dapat MC 5 HARI sebab flu ke apa. *berbunyi perlian di situ.

Dengan bantuan sokongan padu galaxy note najwa yang bestnya tak boleh di pertikaikan lagi tu, kitorg pun mulakan lah cubaan pertama. HAHAHA GAGAL! 

Ok try lagi, sumbangnyaaaaaa suara sengau aku! Ya Tuhan ampunkanlah dosa2 aku yang dah berjaya sumbangkan lagu yang asalnya elok.

Cubaan ketiga, hingus meleleh pulak. Empat, lima, enam, tujuh, lapan emm tak habis lagi gelak dia. Sembilan cubaan, ada lagi yang salah sebut siap keluar bunyi jhowo (jawa). 

Hm cubaan ke sepuluh, Muka dah berminyak, kalau lap mungkin perlu 2 kotak tisu. Rambut dah terkeluar2 sikit dekat dahi serta pipi, Tudddiaaaa nak buktikan punyalah banyak percubaan yang dibuat, walhal nak buat video pendek 2 min je HAHAHA. 

YANG-KE-SEPULUH-TU-BERJAYA! BERJAYA OK BERJAYA! menari goyang punggung*

Ku sangka, panas hingga ke petang. Rupanya hujan di tengahari. Weh serious sh** aku rasa nak sapu mentega kacang dekat tiang letrik lepastu telan tiang tersebut buat hidangan sarapan pagi. Punyalah bertungkus lumus sampai tumbuh lumut dekat muka aku dan najwa nak buat video ni. Maklumlah bila dah selesema, dengan tak selesa hidungnya. Sukar bernafasnya. Sengau sengau gajahnya. Tu yang macam "haish akhirnya, siap jugak benda alah ni". Transfer je dalam lappy. Rupanya dia terbalik. Ahaaa congrats ahhh kau terbalik pulak kannnn. Memang naiseeeeee. Jadi kerja masa tu aku nak tengok kena pulak pusing laptop bajet laptop model paling latest boleh flip sana sini kan. Kalau kita tengok thru ipad ke tab ke, phone canggih manggih ke takde hal. Ini laptop atau pc. Tak ke mengundang namanya tu. Dah farah dah, sudah-sudah lah tu meroyan. Ok tak, tak meroyan. Angin Boyan je ni T_T




Disebabkan video ni tak cool lansung bila terbalik, terus tak jadi upload nak bagi fatin tengok. K bye -_-


Thursday, November 1, 2012

Farah dan jiwa berniaganya

Assalamualaikum, hello readers :)

Ahhh kaki tercicir dekat jalan TAR tadi. Berjalan sampai tak sedar lutut, buku lali, peha betis metis apa semua dah tertanggal. Hoish. Ganaih ngat aih. Bajet ayat nak menunjukkan kaki terlalu letih la sebenarnya. Orang sekarang bukan faham kiasan, tak menyeronokkan lansung kalau berkias orang tak faham. -_-

Dalam sibuk seharian bekerja, tak pernah lupa usaha aku dengan fatin nak berbisnes semula. Yang habis tetap habis, kitorg sedang usahakan stock yang baru. Permasalahannya sekarang ineyyyhhh ialah, aku terlalu cerewet! Cerewet pilih design, cerewet pilih kain. Bukan aku yang nak pakai tapi aku yang beriya cerewet. Mahu gugur rambut fatin kena penyakit lukemia akibat layan cerewet aku. Tsk

SORRY B SORRY, Aku cerewet kalau bab ni. Kau kenal aku dari darjah satu kan? *muka minta simpati

Bisnes ni juga bakal berjalan dengan pautan kerjasama hotsetap sekolah aku dulu. Yehheyyy, Ayu Lim! Dia pandai jahit dah sekarang eccey ayu jahit berbelas-belas baju raya dia sendiri habaq hangggg. Dengan berbekalkan model aku yang iras-iras tiz zaqyah ni. Aku si mulut murai cabut ekor yang memainkan peranan penting untuk promote bisnes ni, dan tak lupa rongga bisnes paling penting iaitu ayu lim. Takde dia siapalah nak jahit baju-baju ni, aku busy meniaga okay. Busy tak sempat fikir pasal kahwin pun. *tiba-tiba. Disebabkan masing-masing busy maka semua berjalan sedikit siput. Siput laju sikit dari kitorang, hmm takpe chuols, pelan pelan kayuh, laju sangat nanti camera AES saman. Tak mampu akak nak bayar dik non.Yes, usaha tangga kejayaan. *baru sekarang aku faham kenapa aku belajar peribahasa ni masa sekolah dulu.

So, lepas ni dah siap semua, aku update la ye pasal jualan apa tu semua. Muah!

Hmm hilang lenguh kaki dah. Taknak update panjang lagi. Makin lama aku menaip makin banyak aku merepek, makin mual lah si pembaca. Serious aku memang bukan dilahirkan untuk menulis benda kreatif. Kalau agak-agak korang nak baca ayat penulisan blog yang kreatif, memang bukan blog aku lah jawapannya. Sesungguhnya, apa yang aku tulis cuma itu yang terlintas dalam kepala. Ye aku tau, dah berdarah-darah hidung korang baca blog ni. hewhew. Dah dah pergi lap darah hidung, sehingga jumpa lagi di entri akan datang. Jaga diri baik-baik semua, Byes! <3

Fly duit fly

Assalamualaikum, hey hey :)

Hello, i'm hada labo. Saya sebotol produk yang sangat berkesan bagi sesiapa yang berkulit sesuai dengan saya. Ok tak, itu dusta. Hada labo sejenis produk yang tidak mempunyai jari jemari untuk menaip apatah lagi mengupdate blog. Hewhew. Para gadis diluar sana, saya bukan nak jual jual ubat atau membuat promosi harga murah untuk memakai susuk di muka. Saya cuba nak berkongsi kebaikan produk yang diberi nama hada labo. Nama taknak kalah, aku siap salah sebut haba lado. Lado lado pun nak pergi mana farah, produk ni bukan terhasil dari lado sulah. Tsk -_-

Mula-mula dulu dapat free sample masa beli CLEO mag. Ecey masa tu jual mahal taknak try produk-produk free ni. Mana tak nya dekat botol kecil dia tu tulis semua nak bahasa jepun, sepatah pun aku tak faham. 3rd language belajar German bukan jepun. *tiba-tiba nak menyesal tak belajar jepun hiuhiu. Buatkan aku sapu dekat muka tumbuh sisik dinosour camno? Siapa nak buang sisik dekat muka aku ni? Editor majalah Cleo tu? Maka dengan itu aku terus semadikan produk hada labo tersebut ke dalam tong sampah.

Last month, aku berbelanja dekat watsons. Sambil di temani fatin. Silap besar la kalau dua naga ni pergi watsons sama-sama. Kalau tak beratus habis, tak naga lah kan. Haish. *bila nak taubat dalam berbelanja ni. Aku duk belek-belek trial pack hada labo. Tengok muka model dia alahai gebu rasa nak simbahkan asid je. Ok tak, ini gurauan kasar. Nak pegang asid pun aku tak berani, nanti tangan aku pulak cacat. Entah mantera apa hada labo tu dah baca, aku terambil produk tersebut lalau di bawa ke kaunter untuk buat pembayaran.
Pencuci muka lebih kurang rm30, hm kira okay lagi lah. Toner rm40 something, hm macam dah boleh fikir 2x dah sebenarnya. Moisturizing dia rm60. Ok sekarang kau memang patut fikir 3 4 kali before beli. Huwaa habis gaji sehari aku kerja dgn mama! -_-

Disebabkan amat ketara perbezaan harga pencuci muka aku before ni (olay) dgn yang sekarang makanya aku ambil keputusan supaya jangan suka membazir seperti sebelum ni. HAHAHA teruk punya naga ni, dah terbang duit baru nak kenal erti berjimat cermat. Sekolah mana lah dia belajar agaknya :s

Panjangnya aku bebel, ingat nak buat mukadimah pendek je. Aih. Ok ok, cut it short. Lepas 3 hari aku pakai, mula nampak dah perbezaan pada kulit. Huyoh huyoh kulit aku makin sihat. Kusam sunburn pun hilang! Bintik hitam, jerawat kecil yang terperangkap dalam kulit pun keluar dengan serta merta seperti orang yang dihalau dari rumah sewa kerna tak bayar sewa. Eh? dah jangan banyak merepek.

Okay ini serius, mungkin hasilnya memuaskan sebab produk ni dengan kulit aku sekepala. So sekarang aku dah mula percaya bahawa produk ni mampu memberi sinar kebahagiaan pada kulit wajahku. Kita ni orang perempuan, kena jaga luar dalam. Sifat dalaman tu penting, begitu juga luaran. Nanti bila kulit bermasalah, rasa rendah diri timbul, rasa tak yakin berdepan dengan orang pun timbul. Mula lah nak rasa ditindas oleh manusia sejagat. Moralnya disini, mari kita jaga kebersihan diri. Dari hujung rambut hingga hujung kaki. Seimbangkan keindahan luar dan dalam :)

Tarararara, ini dia hada labo yang dah jadi girlfriend baru titewwww





Tuesday, October 30, 2012

Anda gagal, sila cuba lagi.

Assalamualaikum, hi readers! Selamat berhari selasa :)

Bangun pagi kononnya macam nak bangun dengan cerianya macam dalam iklan nescafe tu lah kan. Ternyata, impian tinggal impian. Sila simpan impian tersebut dalam kotak kenangan. Memandangkan 2012 ni dah hampir sampai ke garisan penamatnya, jadi sebagai seorang insan bergelar manusia haruslah aku muhasabah diri. Sepanjang tahun ni apa perkara baik and buruk yang aku dah lakukan. Bukan tujuannya nak menghitung, cuma sebagai manusia biasa memang tak pernah lari dari keseronokan dunia.

Well, begitu jugak dalam menjaga hati orang keliling. Semua hati nak kena jaga, cakap pun kena fikir nanti salah sembur sentap pulak hati dia putus nak sambung pakai gam 3sec bukannya mudah. Nampaknya disini, aku gagal menjaga hati semua orang. Ada je yang sentap menyentap. Chill laaa, boleh takkita sesama manusia ni cuba faham sikap tiap orang tu berlainan. Jangan asyik nak terasa, nak marah, nak iri hati. Tak salah nak iri hati tapi cuba tengok dr sudut +ve nya. Kalau dia seorang yang berjaya, kita jealous..Ahhh yes, memang anda dah perlu sangat lah berusaha untuk atasi kejayaan dia. Cuba jadi berjaya mcm dia. Bukan meroyan tak tentu pasal tweeet marah-marah, maki-maki dekat status fb. C'mon laaaa, matang lah seiring dengan usia. Jangan asyik berharap yang semua makhluk dalam dunia ni akan faham kita kalau kita tak cuba faham diorang. Aku bukan nak emo pagi-pagi selasa ni, cuma tah tahan dah muak dengar omelan sentap menyentap ni. Dari aku jadi budak emo, baik aku pergi google gambar pemain bola sepak yang macho tu. Aww afiq azmi, sila single sekarang saya nak mengorat. *kalau mama tau ni, dia cucuk mata aku guna garfu akibat terlalu gatal. Ok lah chuols, moga hubungan baik sesama kita akan berterusan. Mari kita elak bermusuh musuhan. Muah! xo :)

Wednesday, October 17, 2012

Sila percaya

Assalamualaikum, hi readers :)

Aha, entri ni bukan nak jual ubat mahupun barang kemas yang boleh bayar secara ansuran. Yang pertama, Tahniah Johnson's baby body care kerana kalian berjaya mengeluarkan product yang sungguh mendamaikan kulit tanpa sebarang lekitan dan minyak-minyakan* Fuhh. Minyak tu tak tahan siap tambah ejaan minyakan punya lah serius nak bagitahu yang losyen sebelum-sebelum ni sangatlah melekit hewhew :B

Keduanya, saya sarankan para gadis diluar sana yang suka menyelet losyen bagi menjaga kulit mereka, sila lah beli losyen ini. Ia lembut plus tidak melekit. YANG-PALING-PENTING-IA-SANGAT-WANGI. Seriousssssss wangi! Rasa macam nak sapu-sapu tepi bantal supaya dapat tidur dengan wangiannya. Selamat mencuba <3

Tadaaaaa, dah la warna botol cute. Bau pulak wangi. Rasa nak kahwin dgn losyen ni :p



Sunday, October 14, 2012

Hi, saya budak emo.

Assalamualaikum readers

Wahh, last hapdet August haritu? Lama jugak aku memencilkan diri tak menggedik dekat sini rupanya hewhew. Well, since habis final haritu aku bertekad join askar wataniah. Dalam hutan mana ada internet, KAAANNN? Tunggu aku perintah negara ni la nanti aku usahakan internet sampai dalam gua. Kelawar also boleh ber-online gituuuu. Tolong jangan percaya penipuan aku, kesian askar wataniah jadi mangsa.

Hmm, makin panjang aku merepek sebenarnya. Ahh sudah, sebenarnya cuma nak cakap aku dah join club emo. Hati aku makin berusia ni makin sensitive pulak hai. Mmm, orang cakap kasar sikit pun air mata nak berderai menjurai-jurai kalah ramlah ram masa nyanyi lagu putus kasih. Entahlah, fikir-fikir balik macam tak patut hati menyeleweng sebegini rupa. Tapi apa kan daya, aku manusia biasa yang punya perasaan. Eh ayat macam nak hantar dedikasi lagu dekat bekas kekasih pulak hewhew. Moga hati aku akan lebih tabah bukannya bertambah lemah. Aamin :)

Sunday, August 5, 2012

Poom! Tembak jerawat hancur berkecai

Tangan tak bisa bergerak laju di atas papan kekunci. Tak bisa menonjol dengan lancarnya. Hanya mampu diseret ke kiri dan ke kanan. Hmm, Itu bukan  tanda lumpuh separuh badan ku rasa, cuma penyakit malas dan tekak terasa perit bahang matahari pada waktu siang. Oh hah, amat cargas rasanya waktu ramadhan kali ini berputar, eh eh kurang lebih sudah  2 minggu rupanya umat islam menyambut ramadhan. Alhamdulillah ramadhan kali nampaknya aku berjaya buat benda berfaedah disamping berpuasa di siang hari, iaitu sedikit sebanyak aku telah mengeluarkan titik-titik peluh bekerja mencari pocket money. Hoyeh takde duit,kehidupan begitu hambar. Wah kemain hambar gituuww* Kuih raya tak buat, baju raya tak cari, rumah tak cat, langsir tak tukar, bilik tidur apatah lagi. Usah berangan lah nak samakan bilik dengan kamar beradu Selena Gomez. Macam stor selena pun tak! Banyaknya baju tak tahu nak campak mana dah. Habis clearance dah la main jual-jual tempoh hari. Habis diborong sepupu sepapat, masih tidak berganjak jumlah baju baju ni ku rasa. Umpama ekor cicak, dah ku putuskan tumbuh balik pula dia. Tak patut merepek sampai ekor cicak sebenarnya. Boleh buasir kalau tengok cicak transparent. Euwwwhh -_-

Lately ku rasa perubahan ketara pada kulit muka. Bukan penyakit kulit, bukan juga suntikan seumpamanya.    Cuma ia seakan jerawat sedang menular dengan begitu pesat diatas permukaan kulit wajah. Ya Rabbi, hormon apakah ini sehingga mampu menggugat perasaan sendiri terasa menyampah untuk melihat diri di hadapan cermin. Nak kata tak cuci muka, aku cuci-scrub-bubuh-toner-siap-pakai-masker lagi. Apa lagi belaian manja yang kulit aku ni dambakan sebenarnya? Dambakan belaian manja dari seorang lelaki? Hamboi kau kulit aku lempang laju-laju nanti tau lah. Gatai sangat nohh. Makin fikir makin stress. Kalau tak fikir penyelesaian, nampak seperti tidak hiraukan keadaan semasa. Oh myyyyyy,apa lagi yang aku nak sental kat muka ni. Aku betul-betul dah tersepit di lembah asmara tak tahu nak buat apa dah. Tuddddiaaaa tersepit dilembah asmara, kalau Awie wings dengar ni mesti dia ajak aku berduet dengan dia HAHAHA

Saturday, August 4, 2012

Very ze gayah

Assalamualaikum, Hello readers! :)

Siapa gayah tu? Bekas teman serumah sewa ke? Tettt. salah! Tak pandai meneka lah awak ni. Gayah tu nama timangan aloloh manjew gituw yang lecturer aku panggil. Sebabnya, kalau pergi class aku pakai baju wajiblah over. Tak gayah over taknak pergi class! Hewhew.
Aku tergolong dalam golongan manusia yang tak boleh tengok benda comel menarik kau memang deboom! Sekali masuk syurga aksesori, fuyoh! I want to live thereeee! Takpe, hari-hari duduk bawah timbunan necklace pun takpe, biar leher tercekik dek timbunan tu asalkan aku dapat meleraikan rasa eksaited terhadap benda comel yang aku suka. Seriously, dekat diva tu barang-barang dia boleh buat air mata aku tepercik-percik dari kelopak mata dengan sendirinya tanpa dipaksa. Kalau lah aku menang pertandingan " Tahniah! Anda telah memenangi 10Juta ringgit!" kan ke bagussssss. Tapi maaflah, berangan teruk macam ni tak bawa aku kemana-mana pun. Duit dalam akaun bank tetap tak bercambah. Tsk T_T

Satu aksesori pun dah RM 50++. How lah nak borong semua ni. Jual la posen-posen. Kan best boleh beli satu lori. Hmm. Andai lah dapat kahwin dengan anak raja, aku mintak aksesori tu je hantaran kahwin huahahaha. *kahwin anak raja? bajet kau jelita gila macam J.Lo kan farah. Disebabkan aku yang masih sedar akan diri ini maka, aku sendiri batalkan niat kahwin dgn anak raja tu. Aku taknak rasa bajet-bajet good. *ayat rempit baru mendaftar masuk remps club petang tadi. HAHAHA. Dengan hasil usaha yang nampak nyata disini aku telah membeli aksesori BUKAN DARI DIVA gayah dengan hasil titik peluh ku sendiri hewhew. Berapa titik peluh yang keluar semasa kerja tu aku tak kira la pulak. Beli dekat kenanga wholesale pun comel jugak tak payah nak diva sangat. Kena jimat duit, nak kahwin! :B

Nampak lantas membeli. Inilah hasil membeli tanpa berfikiran waras. Waras tak waras, fikir lama sangat pun kennot jugak. Kenanga wholesale tu tutup awal! Pukul 7pm dah tutup. Tak dapek la den nak fikir lamo-lamo. *alasan kau farah, alasan!

Selagi pengusaha aksesori hidup dekat muka bumi
selagi tu aku akan paksa diorang design benda alah ni.
 *Kental nya bunyi statement


Lautan api sanggup ku redah bagi mendapatkan natang omey ni ;p

Tak semua gegirl yang pakai aksesori tu kelihatan gayah kay chuols. Pakai ikut keperluan and memadai lah cuma nak tambah apa-apa yang kurang dekat penampilan. Ada setengah yang pakai over gila sampai tangan lenguh nak makan tak larat angkat tangan tu, haa haruslah buangkan aje aksesori tu. Tapi, ahah ahah ahah jangan buang dekat laut, nanti ikan paus tertelan aksesori habislah pupus ikan tersebut. Mari kita bersama-sama jauhi dari jadi hamba fashion ye kawan-kawan.Muah! xo




Tuesday, July 31, 2012

GO DIE la wehh

Are you really a friend or just someone taking advantage of someone really nice to you?

Friday, July 27, 2012

Sakit sikit lama-lama jadi bukit

Assalamualaikum, hai readers -_-

Aku sedang menderita sakit gigi akibat penukaran getah braces yang baru. Haa tu la gatai sangat aih nak rapatkan gigi. Rasakan kau sekali dalam sebulan merasa panahan halilintar sakitnya gigi bagai lautan tak bertepian. Ya rabbi kenapa orang yang menderita sakit gigi boleh melalut begini panjang? Sawan kah? Kay kay taknak mengkerepek dah. Ehh kerepek. Tinggi betul imaginasi terhadap makanan. Buat masa ni, aku sedang bertungkus lumus hampir lemas  menyiapkan doodle untuk kad jemputan bagi menyambut hari lahirku secara kecil-kecilan. Takyah nak kecilan sangat lah kan kau ingat ni baby ke apa. Ini yang ke 23 tahun! Phewww. Tak percayanya aku! sebenarnya dah boleh kahwin dah aku ni. Mood gatal* Yayyy! Berbuka puasa bersama babygirlz titewwwww. Nie, b, zyd anddd bit! Aku sambung update nanti, till then take care. byes! <3

Tuesday, July 24, 2012

Gigi & Garam

Asslamualaikum, good morning chuols! :)

Sahur harini tak sengaja TERmakan nasi, jadi haruslah mata di sengkang tak dapat meneruskan niat asal menjadi puteri beradu selepas sahur. Perut penuh bagai kompang dipalu. *Tak kena sungguh ayat kompang dipalu dengan kenyang sahur. Aaa nvm. SPM dulu BM mmg bukan A1 pun hekhek.

Tajuk entri harini gigi & garam. Yesssss, gigi & garam. Bukan nak share tips putihkan gigi dengan garam tau kawan-kawan. Gigi & garam juga bukan nama adik beradik kembar. Aku just hairan and nak tahu apa kaitan garam bila gigi sakit.

Satu malam yang sunyi selepas solat terawih, tiba-tiba phone ku bergegar di bawah peha. Ingatkan lemak peha mula pecah, rupanya text dari Asmaraaaaa. Tsk! *terus patah hati peha rupa-rupanya tak jadi mengecil.

Mairuz : Farah, gigi aku sakit. Cakap la dengan mama :'(

Farah : Auch, sakit? sakit yang macam mana? Macam  aku pakai braces? *Eccey saje nak adik rasa betapa kakak dia sakit, perit and pedih pakai braces. Nyeheheh

Mairuz : Sakit.. Aku mana pernah pakai braces. How should I know haha. Kalau kumur air garam ok ke? -.-"

Farah : Hmm, Okay la kot. Try la! Kumur je, kemudian keluarkan balik tau jangan telan. Nanti darah tinggi pulak.memudaratkan tu ^_^ v

Mairuz : Sebenarnya garam pun takde hahahaha takpelah. Kawan aku dah tengokkan tadi, dia cakap ada darah sikit dekat gusi aku. Maksudnya bukan sakit gigi sbb gigi rosak. Aku berbuka tadi termakan benda keras pastu luka gusi so affect my teeth kot.


Farah : Whattttt? Termakan benda keras? Apa keras? Kau makan batu kah? Aighuz, please bagitahu mama if takde duit. Jangan makan batu dekat sana. Tsk T_T

Mairuz : Batu apa! orang makan ayam. Ee gemok ni masuk air. haha takpe, esok kalau tak ok aku keluar la cari klinik gigi.

Farah : Lahh, ayam kat gopeng mmg keras mcm batu ke? Kesiannya adik aku. Kalau mama tahu mesti dia sedih! Hmm 

Mairuz : Don't tell mom then. Just don't. I knw how to handle it. Muah! Bye fagha.

Farah : Aaaa okay aighuz, xo!

Pandai-pandai je aku suruh adik kunyah air garam, eh kunyah! bukannn..bukan..kumur! Haa daghoh tinggi adik aku tu kalau dia kumur 2 gelas air garam pahtuu secara automatik dia telan terus. Konon macam lepas kumur terus telan ia akan lebih mujarab. Memang tak lah kan farah. Maka disini, perasaan hairan aku ni meluap-luap nak tahu betul ke garam elok untuk sakit gigi? Yelah kan selama aku pakai braces ni tiap kali tukar getah dia, mak hoi sakitnya rasa kalau dapat tumbuk muka orang sampai berjurai-jurai darah hidung baru puas rasa hati ni. *Haa cenggitu la perasaannya. Nak puaskan hati sendiri sampai sanggup nak tumbuk hidung org lain. Selfish gila aku kalau sakit gigi Hohehoheh

Hey budak gopeng tolonglah jangan kunyah ayam batu lagi. Makan lah jelly je lepas ni.
 Bagus untuk gigi. Gigi tentu suka!



Monday, July 23, 2012

Bukan seiras malah beriras iras

Assalamualaikum, he hello readers! :)

Habis final rajin pula berpoya-poya di laman sosial. Hmm, memandangkan bulan-bulan puasa ni busy membantu mama. Maka masa yang aku ada takde lah melimpah limpah ruah sampai tak tau nak buat apa. Biasalah kaum hawa ni kalau bulan puasa tak ke dapur, mana lagi tempatnya kan. Ini bukan nak update pasal masak apa untuk berbuka kay, takde gambar makanan disini. Minuman? Ahhh, lagi lah tak.

Banyak masa aku dihabiskan mengemas bilik. Buat masa ni, tak sesuai rasanya nak guna istilah bilik tidur. Ia lebih kepadaaaa hmm tongkang pecah. Punyalah banyak barang-barang sepanjang aku belajar ni rupanya. Tak pernah sedar. *pura-pura tak sedar sebenarnya tak nak terima hakikat barang banyak tak tau nak letak mana. Sambil mengemas tu bosan tahap apa hampir nak muntah akibat muak tengok baju berlambak-lambak. Terlintas pula, nak jual je baju-baju tak pakai ni. Eccey preloved stuff la kononnya. Tak payah nak konon sgt la kan kalau tak jual mana entah nak letak barang-barang ni. Semak kepala, serabut mata. Gugur rambut aku habis lukemia. Tuddiaaa, lukemia teruih.

Memandangkan fatin tak kerja, dengan tak kenal erti segan aku ajak dia ke rumah untuk bantu mengemas apa yang patut. Sambil boleh jalankan aktiviti sampingan, bergambar seperti seseorang yang obses terhadap diri sendiri! weeehooo. Bila tengok balik gambar-gambar fatin sebenarnya muka dia bukan je seiras Agnes Monica taaaaaapiiiii ade iraz Tiz Zaqyah. *Ok, aku sebenarnya bukanlah baru perasan. Bila dia chubby sikit terus bertukar jadi Agnes, bila kuruih.. habis Tiz lah muka dia. Untunglah muka semua nak iras retis kan. T_T

Thank you b, xoxo

I

II


III

IV

V

Seeeee, muka dia macam boleh bertukar-tukar kan? 3 4 kali pandang macam Nera AF pun ya juga.   Kemain banyak iras lagi. Ok dah, berhenti merepek sekarang. Barang tak habis kemas tapi ini pulak hasilnya. Hesh T_T 


Thanks bagi yang sudi baca, bertemu lagi di entry akan dtg! Till then, jagalah diri. xo!




Tuesday, July 17, 2012

Mulut murai eh

Assalamualaikum, hi readers!

Bagi mereka yang pertama kali bersua muka dengan aku, pasti terlintas perasaan ni dalam hati mereka, "Fuhh mulut budak ni, macam mulut murai. Peramahnya la haih".

Selama proses aku mencari ilmu di menara gading aku banyak belajar kerenah orang ketika nak bentangkan work masing-masing. Ada yang pendiam, terus mendiamkan diri. Ada yang banyak cakap bila masa present tiba-tiba jadi terkedu. Ada yang pemalu tiba-tiba waktu present dia lantang berkata-kata kalah ahli parlimen. Tu lah dia, rambut sama hitam hati lain-lain. *Bunyi macam tak matching je pepatah ni. Takpe takpe, aku mmg tak tahu malu menyalahgunakan pepatah nyohoho.

Kebiasaannya aku memang dikenali dengan mulut becok bagai murai cabut ekor. Kalau dah bercakap, selagi tak putus urat leher, tak farah lah kan. Orang yang kenal tak sampai 3 saat pun dah boleh borak mengalahkan kenal lebih dari 50tahun. *Ha sila lihat, betapa murai nya tu. Maka pada hari assessment yang terakhir bersama dengan dr. Marzuki dr kelantan. Gua cuak dengan dia ni, dah la dia assess product design kitorg. Dia pulak satu-satunya insan yang melanjutkan pelajarannya ke tahap PhD dalam product design. Kalau org lain dah muntah dah sampai degree pun dah mual nak design product. Ni kan pulak PhD -_-

Disebabkan terlalu ketaq lutut nak mengadap orang yang aku tak pernah hadap, maka dengan izin Tuhan, berkat doa mama and abah, dorongan kawan-kawan. Ku gagahkan jugak semangat ni melangkah masuk ke tempat assessment. Tadaaaa, dr. Marzuki sedang duduk di atas kerusi lah. Whoaaa, muka beliau sangat tenang. Beliau berjaya membuat skru lutut ku tertanggal di tempat kejadian. Takpe takpe, aku yakin aku boleh buat. Anggap je dia seorang insan yang baik aku terjumpa dekat depan lif ke apa. Baru tak nervous! 40x aku baca Bismillah, dengan penuh ekspresi muka, hidung kembang kuncup, mata besar kecik bersemangat nak explain. Akhirnya! Aku boleh bentangkan semua proses research aku hinggalah ke design process dengan suksesnya! Eh mana tau sukses? *perasan! Entah, aku cakap je. Sbb dia bagi komen +ve tentang work aku Nyohoho. Seeeeee, tak salah sebenarnya kalau mulut macam murai. Kannnn? :)

Keesokkan harinya, selesai segala presentation tu. Lecturer mengumumkan siapa yang layak dpt anugerah terbaik baik apa tu semua. Sedang aku bergelak tawa dengan rakan putihku najwa, tiba-tiba Pn. salwa umumkan nama aku.


 FARAH FATINNADIA BINTI AZLAN :


Muka mahal En abu 

Penat lelah puan memanusiakan saya, takkan saya lupa. Thanks Puan salwa! <3



Sampai harini aku rasa macam HAHAHAH. 
Thanks dr. Marzuki atas penghargaan yang diberi dan komen yang begitu memberangsangkan jiwa saya. Alhamdulillah & Thank youuu :)

Live with art, it's good fr yah!

Assalamualaikum, hi readers.

Hukkk Hukk! I hate being sick! Batuk selalunya mengeluarkan bunyi kurang senang. Menganggu ketenteraman orang sekeliling. Terpaksa batuk senyap-senyap dalam hati. Terpaksa curi-curi batuk masa orang beri tepukan gemuruh dalam suatu majlis. Serius merana kalau kena tahan batuk sampai berair mata seperti menangis akibat mengupas kulit bawang.

Okay, back to perkara paling annoying aku rasa ketika ni. Iaitu kisah D-I-S-K-R-I-M-I-N-A-S-I dalam kerjaya. Hoish seriusnya dia menaip, berkerut kerut kening. Relax lah farah. Macam nak join emo kids je ni. 


Yelah kan mana aku tak geram, macam mana punya hebat gedebang gedeboom pun budak industri buat kerja, design benda tetap juga ada pihak memperlekehkan. Cuba lah semua orang sedar and fikir baik-baik, dalam dunia ni setiap pekerjaan tu ada kelebihan diorang yang tersendiri. Dari jawatan paling tinggi hingga lah yang bergelar cleaner. Masing-masing ada peranan masing. Kalau jadi doctor je, orang pandang tinggi. Asal dengar design mendesign je, *blerghhhh buat muka. Sedar tak sedar, kalau tak org industri design product, tak design furniture yang korang duduk, baring, guna  hari-hari tu, design transport yang korg duk gila nak tukar-tukar selalu tu. Mana datangnya benda alah tu semua? Fashion designer, berhempas pulas la diorg nak design baju ikut selera manusia abad ni, pinggan mangkuk yang korang duk guna nak makan minum tu bukan kerja org ceramic ke?

Dalam satu fakulti yang ada 8 department berbeza dah sepatutnya boleh bekerjasama naikkan taraf Art & Design di mata semua orang. Industrial design, fashion design, graphic, textile, ceramic, fine metal, fine art, printing. Tak ke kita bergelumang dengan semua tu dalam kehidupan seharian ni? Jadi cubalah hargai hasil usaha orang-orang industri yang bersusah payah mendesign sesuatu supaya dapat mewarnai kehidupan manusia.

p/s : Ada sebab kenapa Tuhan tu jadikan setiap orang dengan kelebihan masing-masing. Supaya dapat melengkapi antara satu sama lain.


Thursday, July 12, 2012

woot woot

Assalamualaikum, hello hello yesss i knw i haven't been updating for a mucho grande' long time kerana azab part 6 ni begitu membara-bara. Ku sangka makin nak habis makin lah bahagia, sangkaan ku meleset. Yes, sangat meleset. Hari ini bersamaan 12/7/12, akhirnya aku berjaya mengharungi saat sengsara assessment.  No more makian cacian kritikan hinaan. Wohooo. Sangatlah tak percayanya! Disebabkan aku terlalu eksaitedddddd aku malas nak menaip panjang-panjang. Nak pergi bayar hutang tidur. Thehehe. All and all i would say that it was definitely a satisfying day :)

Assessments are finally over and done with. Fine maybe not fully but who cares? I know i don't. Nyohoho.

Thursday, March 22, 2012

Yang pertama setelah sekian lama

Assalamualaikum, hi readers :)

Eh aku tak update blog lagi untuk tahun two jilo one two ni rupanya. Banyaknya aku nak merepek sampai bingung tak tahu nak mula dengan apa. Takpelah nanti ada masa percuma lah aku update apa yang patut. Muah! xx