Assalamualaikum, he hello readers! :)
Habis final rajin pula berpoya-poya di laman sosial. Hmm, memandangkan bulan-bulan puasa ni busy membantu mama. Maka masa yang aku ada takde lah melimpah limpah ruah sampai tak tau nak buat apa. Biasalah kaum hawa ni kalau bulan puasa tak ke dapur, mana lagi tempatnya kan. Ini bukan nak update pasal masak apa untuk berbuka kay, takde gambar makanan disini. Minuman? Ahhh, lagi lah tak.
Banyak masa aku dihabiskan mengemas bilik. Buat masa ni, tak sesuai rasanya nak guna istilah bilik tidur. Ia lebih kepadaaaa hmm tongkang pecah. Punyalah banyak barang-barang sepanjang aku belajar ni rupanya. Tak pernah sedar. *pura-pura tak sedar sebenarnya tak nak terima hakikat barang banyak tak tau nak letak mana. Sambil mengemas tu bosan tahap apa hampir nak muntah akibat muak tengok baju berlambak-lambak. Terlintas pula, nak jual je baju-baju tak pakai ni. Eccey preloved stuff la kononnya. Tak payah nak konon sgt la kan kalau tak jual mana entah nak letak barang-barang ni. Semak kepala, serabut mata. Gugur rambut aku habis lukemia. Tuddiaaa, lukemia teruih.
Memandangkan fatin tak kerja, dengan tak kenal erti segan aku ajak dia ke rumah untuk bantu mengemas apa yang patut. Sambil boleh jalankan aktiviti sampingan, bergambar seperti seseorang yang obses terhadap diri sendiri! weeehooo. Bila tengok balik gambar-gambar fatin sebenarnya muka dia bukan je seiras Agnes Monica taaaaaapiiiii ade iraz Tiz Zaqyah. *Ok, aku sebenarnya bukanlah baru perasan. Bila dia chubby sikit terus bertukar jadi Agnes, bila kuruih.. habis Tiz lah muka dia. Untunglah muka semua nak iras retis kan. T_T
 |
Thank you b, xoxo |
 |
I |
 |
II |
 |
III |
 |
IV |
 |
V |
Seeeee, muka dia macam boleh bertukar-tukar kan? 3 4 kali pandang macam Nera AF pun ya juga. Kemain banyak iras lagi. Ok dah, berhenti merepek sekarang. Barang tak habis kemas tapi ini pulak hasilnya. Hesh T_T
Thanks bagi yang sudi baca, bertemu lagi di entry akan dtg! Till then, jagalah diri. xo!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.