Monday, May 30, 2011

please daddy please!

Assalamualaikum, he hel hello readers :)

Dah nak masuk bulan june dah ni, tinggal lagi 3 bulan sisa cuti sem. Tolak sebulan lagi praktikal so ade la dua bulan lagi kannn. Maka terasa macam nak ajak famili pergi holidayhhhh. Kuis-kuis pasir tepi pantai ke, panjat-panjat gunung ke *wah cerita macam la gunung tu bertangga kan. Snorkeling tengok awek2 dalam laut yang sexy meksi tu ke. hmm. Teringinnya merehatkan otak ni -__-

Habis dah tersimpul simpul otak aku. Kerja ni kalau fikir sampai mati pun memang takkan habis. Maka perlu lah ambil tindakan sewajarnya iaitu pergi merehatkan diri dan otak supaya diri tak begitu lunyai. Tengok ah nanti gua pergi kuis-kuis pasir pantai :)

Friday, May 27, 2011

6 hari bekerja satu hari pengsan

Assalamualaikum, hello readers.

Ya aku tahu dah berkurun murun lamanya aku tak menggedik disini. Kononnya busy kerja kan. Biasa la jadi budak praktikal kan memang selalu dibuli. Walaupun dah jenuh buat muka kasihan tapi takde siapa pun endahkan rupa yang dibuat. Kay ah fineeee, aku memang suka kerja 9pagi sampai 10.30mlm kannnnn. Suka sangat sampai rasa nak bawak tilam bantal busuk sekali dengan baju2 kelawar yang ade untuk tidur dekat office ni. Kalau kerja mendesign design dekat office je takpe bang, yang bergelumang dekat factory tu yang tak menahan tuuu. Fuhh, kaki gua dah keluar urat kaler biru dah. Tunggu masa wa nak gunting urat tu, geram tengok dia timbul-timbul kaler biru. HAHA okay ni menipu*

Kadang-kadang sabtu kerja sampai 2 pagi. Habis berasap telinga aku dengar luahan tak puas hati mama. Ye la kan mak mana nak tgk anak dia kerja balik pepagi buta. Kerja 6 hari seminggu tu pun tak kuruih-kuruih jugak. Eh dah kenapa tiba-tiba cerita kurus murus ni*. Serius aku tak sabar nak habiskan sebulan je lagi, tolong lah sebulan ni kasik la kenangan manis sikit terpahat dekat dalam ingatan ni. Takkan nak jadi igauan ngeri pulak sampai ketua aku fobia nak kerja mcm ni dah O_o

Kawan-kawan semua okay. Bos lagi la otai benar kurasakan. Belanja makan takyah cakap la. Itu james ahhh, manyak baik. Belanja makan besarrrr punye selalu. Jimat duit tabung wa. Cuma satu je yang aku sakit jiwa, kerja 14jam sehari. Hmm, tak mengapa. Sebulan je lageyyy, jyeahh sebulanggg :)