Tuesday, October 26, 2010

lebam

Salam, oh hi readers <3

Final exam mood. Meh aku eja satu-satu. F-I-N-A-L  E-X-A-M  M-O-O-D.


Exam, exam, exam sampai lebam. Selagi tak lebam, jangan berhenti exam ape tu semua la okay. Budak ni memang dilahirkan untuk menjawab exam ctu dengan masa yang tak cukup. Kenapa bagi DUA JAM sahaja?! Kenapaaaaa? Banyak sungguh yang nak ditulis. Tangan ketar2 tulisan berekor-ekor dah macam berudu je. Sekejap lagi gila meroyan lah ni fikir CTU sampai nak mandi pun tak lalu. Memang begini.


Paper CTU dah lepas pun, tak payah nak mengomel banyak sangat la kan. Bersedia je la dgn paper Psycho jumaat nanti, mesti kau mampu bunuh orang kan farah kan ? -.-"


Minggu ni paper bunuh-bunuh orang, next week ATH nya lagi assessmentnya lagi. Ya Tuhannnnn, habis gugur kening aku. Tak payah duk cabut ke cukur ke apa. Kau jawab je exam pergi je asses pasti kening kau boleh gugur dengan sendirinya tanpa di paksa.


Bila sampai mood exam yang menggundah gulanakan hati ni, 


Tiba-tiba terasa rindu kat rumah. Lebih tepat lagi rindu oven kat rumah. Rindu dapur, rindu alatan memasak rindu bahan nak buat cupcake, buat cookies. Dari kecik sampai besar asyik kerja main masak-masak.


Pastu pastuu masuk U tetiba kena masuk bengkel bergelumang dgn kayu kayan dan besi-besian.Memang begini, kadang-kadang buat kerja yang kita tak suka pun boleh sampai jauh jugak perginya. Benda yang kita nak sangat sangat sangatttt buat tu tak jugak dapat buat  -.-"




Yang ini satu kepuasan.

Ok, yang ini lagiiii puassssss <3

Ahhhh, Hi choc chip. Dah lama saya tak bakar dan makan awk. grr grr

Terapi untuk hilangkan tension aku bukanlah shopping sampai urat lutut putus, aku cuma perlu duduk didapur buat cake, bakar biskut, masak2 guna senduk periuk belanga tu dah cukup buat aku berdahi luas*  Ehh tak, bukan dahi luas, tersenyum puas ;p


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.