Friday, October 8, 2010

Apalah nak jadi

Salam,hi.

Kadang-kadang aku pun tak faham, sukar nak faham. Bukan bebal cuma liat nak memahami. Apa nak jadi dengan masalah antara manusia yang TERLALUUUUUUUUUU suka cakap dibelakang. Sampai bila nak kumpul amalan tak baik mcm tu? Takkan sampai mati hidup semula still mulut nak macamlongkang jugak kot? Aku sendiri bukan tak pernah ckp belakang, pernah. Siapa je yang bergelar manusia biasa pasti ada cacat cela sikapnya. Tapi cacat cela tu kan boleh dibaiki. Dari hari ke hari. Manusia boleh berubah, usaha la cari jalan berubah, ini asyik cari salah orang lain. silap dan cacat cela orang lain, kelemahan diri sendiri tak pernah nak perbaiki. Tolong lah jangan rasa diri begitu sempurna sehingga boleh memperlekehkan kelebihan dan kebolehan orang lain.

Manusia ada hidup masing-masing yang perlu diuruskan, jadi jaga je la amalan dan hidup masing-masing. Kalau sekarang tak baik, bukan bermaksud selamanya tak baik. Sama-samalah kita mengingatkan sesama sendiri jangan terlalu banyak mengata dan mengumpat. Kalau selama ni ada yang aku tersakitkan hati aku minta maaf, bukan ku sengaja. Apa yang ku lalui sebelum ni adalah proses nak membesar, maka banyak silap yang telah aku buat sedar atau tanpa aku sedar. Maaf ye kwan-kawan -.-"

2 comments:

  1. tahu pun. moga semua org termasuk saya sedar akan dosa mengumapt tu :D

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.