Thursday, October 7, 2010

bila B+L+M = ?

Salam, hello readers.

Semua yang bergelar pelajar mesti sekarang mood tonggang langgang macam kapal karam kan kan? Bersabar ya rakan-rakan. Beginilah dugaan dan tekanan yang memang kita semua wajib tempuhi. Takde lagi setakat ni aku tengok orang berjaya dalam hidup kerja dia duduk je korek-korek hidung lepastu terus berjaya mencapai kejayaan besar. Lainlah kalau ade segelintir yang memang tak hargai hidup ni kerja dia hari-hari jadi kutu rayau, hidup macam dia sehelai tisu yang bila angin tiup pergi jela mana-mana nak. Bila basah koyak, bila panas kering, bila berhujan berpanas jadi reput. Lama-lama lupus sendiri. Itu dah memang matlamat hidup dia nak jadi sampah. Sampah yang busuk selalu dihurungi lalat. Kotor dan busuk. Kita semua taknak jadi begitu kan? :))

Azam aku nak jadi orang yg rajin. Tak banyak sikit pun jadilah. Banyak faktor yang selalu buat aku jadi makin malas dan terus malas. Mama dah pesan, kalau bodoh ada ubatnya. Belajar belajar dan belajar nanti jadi pandai. Tapi kalau malas, mmg takde ubat. Lempang je sampai cacat. Baru puas hati. HAHAHHAHA ;D

Minggu lepas minggu ni busy bagai nak bunuh diri. Nasib baik waras lagi. Ingat Tuhan, ingat ingat. 
Bila Busy mulalah Letih, bila Letih mulalah Malas. Tuddddiiaaaa penyakit budak Art&Design. 

So, harini masa sidai baju aku baru terperasan rupanya kasut kat rak memang dah macam $@!&%#.




Rajin kan farah, dia basuh baju sendiri. Bukan mesin yang basuhkan. BHAHAHA


Baju semua takde bunga-bunga. Kosong je, nampak sgt dalam hati takde taman.
Ok lah banyak ni je nak merepek sebelum pergi test ATH. Sambung merepek lagi nanti, till then, salam! xoxo

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.