Assalamualaikum,hi readers
Pernahkah anda menjadi pelat? Jawapan yang tentunya tak berapa pasti. Mungkin kerana malu segan dan sebagainya. Ini kisah pelat, Bukan pelat semulajadi tapi pelat yang sengaja mengada dibuat-buat sehingga berjaya menimbulkan rasa menyampah dalam kalangan orang sekeliling si pelat.
Ada sorang kenalan MySpace ni dulu kalau menaip, habis pelat ahh. Selagi takde satu pun yang tak pelat dia rasa macam dia bukan ahli MySpace. Kehkeh. Tak perlu nak pelat sampai lidah aku terikat tocang kot membacanya.Tahu tocang tu apa? Ikat rambut silang-silang pastu pakai riben comel2 masa pergi sekolah dulu-dulu. Konon dah habis kemas la pergi sekolah bertocang / berekor kuda masa tu..
Aku teringat pasal orang cakap pelat ni bila tengah selak-selak buku sekolah dulu kala, ternampak pulak hasil karya aku menyonteng masa dalam class miss Lucia, conteng punya conteng baru aku sedar kenapa aku mengeja sedikit cacat pada masa itu. Tak kisah pun pasal lukisan buruk ke apa, tapi masalahnya aku tak boleh terima hakikat sebenarnya aku pun tergolong dalam golongan pelat melat shamiaw miaw tuuuuu. T_T
![]() |
Ini baru sikit tergeliat lidah, tu tu yang kat comment myspace aku dulu tu. Lebih kejam pelatnya. |
Baca balik comment dekat MySpace, Ya Tuhannnnnnn malunya. Apesal aku boleh pelat macam tu, serius annoying gila perangai aku comment pelat-pelat dengan orang. Sheshhh. Nasib baik lah myspace aku dah takleh Login, (Tom yang tak bagi login, bukan aku taknak*) kalau tak aku print scrn bubuh dekat sini berkongsi comment pelat bersama kalian semua. Thehehe nasib baik takleh login nasib baik, fuhh*
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.