Friday, February 25, 2011

Perasaan apa yang terselit?

Assalamualaikum, hey semuahh -__-

Celik je mata pagi-pagi satu perasaan tak selesa menyelinap segenap ruang hati. Alangkah tak bagusnya berperasaan begitu. Tak baik untuk kulit wajah. Tak baik juga untuk permulaan hari. Senang cerita, kehidupan kita atas dunia ni dikelilingi oleh makhluk pelbagai ragam. Bukan semua ragam mereka serasi dengan kita. Begitu juga sebaliknya. Alang kepalang usia dah lanjut, elok lah berfikiran matang sikit. Tak banyak, sedikit pun tak mengapa asalkan kita tahu dan sedar kita hidup di muka bumi ini dengan makhluk Tuhan pelbagai jenis. Jangan berkelakuan seperti kita hidup didalam batang pokok yang cuma ada ulat dan tiada manusia didalamnya.
Kalau hari-hari begini selama 2 tahun untuk habiskan degree, silap haribulan aku convo degree nanti dekat Hospital Sakit Jiwa.

2 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.