Wednesday, February 2, 2011

eh bergurau pulak dia

Asslamualaikum, hello readers :)

Entri kali ni ku tulis dengan rasa kurang selesa hidung tak berhenti mengalirkan air terjun buatan. Kurang mood, kurang idea cuma berat badan sahaja yang tak pernah berkurang.

Orang demam memang perlu emo begini ke sebenarnya? -__-

Hari ini tekak orang demam nak makan spaghetti, garlic bread dan chicken + mushroom soupnya! Okay berehh, pergi beli barang untuk memasak. Pergi carrefour sambil cuci-cuci mata tengok bangla susun-susun stok barang baru. Nasib baik la kau tu mat bau bawang. Kalau tak aku dah mintak sikit hidung kau yg mancung tu T_T

Habis mencari bahan masakan, pulanglah berlenggang. Bawak kotak sendiri mcm tengah cari rumah sewa ke apa. Rupanya sebab carrefour takmau bagi plastic bag dah. Kayy fineee pasni aku bawak bag roda balik kampung aku sendiri. Kayyy carrefour? kau tunggu lah situ, aku datang lagi sekali nanti bawak bag rodaaaa. angkat-angkat dagu*

Baru teringat tadi dalam list barang lupa nak tulis butter. Yela kann org nak buat garlic bread sendiri kena la sapu2 butter dekat roti. Jadi perlulah aku menyinggah ke kedai banggali dekat-dekat rumah. Eh tadi bangla, ni banggali. Kau dekat negara mana sebenarnya ni farah?


Uncle banggali : Eh adik, u suka sama itu spaghetti ka? saya jugak sama suka. Lagi masam lagi suka. hehe
Farah : Hehehe saya teringin nak makan la uncle, suka sangat tu takde lah. hehehe
Uncle banggali : Ohhh saya igt adik banyak suka sama itu spaghetti. Saya banyak rambut sini ( tunjuk bulu lengan dia ),adik pun sama. Saya punya rambut pusing-pusing, adik punye lurus. Kita sama-sama suka spaghetti laaaa. Harharhar
Farah : Takyah nak berbulu sangat la kan uncle. Merah pipi aku. ciss*

Hish org tua ni gelak sakan nohhh. Sempat pulak dia usha lengan aku. Menyesal lipat lengan. kantoi dah. cehh*

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.