Monday, December 27, 2010

saya cair tengok dia

Assalamualaikum, hi readers :)

Sesungguhnya ingin aku nyatakan disini aku teramatlah kagum dengan SALAH SATU Pinjaman yg Allah S.W.T berikan pada manusia iaitu wajah yang cantik. Heningnya suasana petang, berdiri pula seorang gadis di bahu jalan yg memasang niat hendak melintas. Betapa luasnya mulut si gadis ternganga disaat dia terpandang seorang gadis lain yang sgt cantik diseberang jalan sana. Berbaju kurung hijau muda, kulit yg cerah ++ mulus serta ketinggian yg sederhana hebatnya bagi seorang gadis. Melangkah sopan dengan senyuman paling manis pernah aku lihat. Begitu kagum aku dengan ciptaan Allah yang indah ini. Yang lebih membuatkan si gadis itu indah pabila dia membuka mulut bertanya jalan, pabila dia tersenyum mengucapkan terima kasih, pabila dia berpaling memberi salam sebelum beredar. Kalaulah aku boleh mencontohi dia :'(

Cantik pertuturannya, cantik rupa parasnya, Betapa gadis bertudung siang tadi membuat aku cair ibarat aiskrim yg keluar dr peti ais 8 JAM yang lepas. Gadis tadi menjadi penyuntik semangat untuk aku memperbaiki diri. Biarpun tak banyak yang dapat ku baiki, sedikit pun dah memadai :')

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.