Sunday, January 2, 2011

Ini cuma pendapat

Asslamualaikum, hi readers :)

Terasa seperti mahu menulis perihal pendapat. Ada baik dan buruknya tanggapan setiap manusia. Semuanya pasti berbeza jarang ada yang serupa. Sepetang bersama 'ilmi di Jalan Tar cukup buat hati aku berbunga lebat. Walau penat, lenguh dan berpeluh tempias haba manusia disekeliling namun masih mampu tersenyum kerna sang kumbang berada disisi. Terima kasih ye sayang :')

Biarpun perasaan berbunga melingkari segenap rongga tubuh, tiba-tiba terbit sedikit perasaan hairan jauhhhh di  lubuk hati pabila sepasang suami isteri  berselisih bahu denganku dan dari situ aku dapat lihat betapa gembira sang suami membiarkan isterinya berpakaian yang boleh dikira hanya secebis kain, rambut merah yang mengurai ditiup angin, kalau mereka bukan Islam aku tidak akan hairan. Kerna mereka menganut agama yang sama dengan agama yang aku anut maka aku tersangatlah kecewa.

Betapa dayusnya seorang lelaki yang tak mampu memperbetulkan dirinya dan menegur pasangannya?

Betapa dayusnya lelaki itu bila dia membenarkan AURAT WANITA yang disayangi dan  dicintainya itu ditatap dan dijamah  oleh pandangan kaum adam yang lain?

Ya, memang benar menutup aurat itu hak masing-masing. Tetapi tidak bermakna bila  hak masing-masing ia boleh berubah dari satu kewajipan kepada hal yang remeh dan tak perlu diambil kira. Tak perlulah jadikan alasan rupa jadi kurang cantik bila bertudung, pipi tembam bila bertudung, badan nampak gemuk bila pakai baju longgar sikit, badan nampak pendek bila pakai baju labuh. dan bla bla bla -__-

Bila bertudung tak boleh berfesyen. Kau sangat kuno wahai manusia berotak lembab. Sangat kasihan aku rasa*

Bukan ke tubuh dan segala macam benda di dunia ni hanya pinjaman sementara Allah s.w.t kepada kite semua? Bukan ke begitu? Jadi janganlah terlalu banyak songeh melakukan segala arahan-NYA. Kerna kite hidup terlalu banyak meminjam. TERLALU banyak! -__-

Ini pendapat aku tentang mereka yang selalu mencari segala macam alasan, setelah sekian lama terpendam dan dah lebam di dalam hati akhirnya dapat ku luahkan. Maaf jika bahasa dan penyampaianku kasar. Aku menulis kerna aku geram. Aku menulis kerna aku gembira. Ini sebabnya aku menulis.

2 comments:

  1. pembetulan : menutup aurat bukan HAK masing2. tapi KEWAJIPAN setiap orang yang mengaku ISLAM. menutup aurat bukan sekadar menutup rambut, badan, tetapi jua kaki yang sering orang lupa. menutup jua bukan sekadar tutup, tetapi ada garis panduan. berfesyen masih boleh, tetapi ada batasnya.
    sorry if my comment mess up your entry. juz nak share and betulkan. ;)

    ReplyDelete
  2. ye kak, terima kasih perbetulkan saya :)
    Maksud sy dalam entri ni pendapat orang sekarang yang fikir menutup aurat tu hak masing2 sedangkan itu perkara wajib. thats y la sy tulis situ, jangan banyak songeh turuti yg diperintah-NYA kerna itu satu kewajipan. Takpe mungkin akak salah faham sikit ;')

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.