Tuesday, January 25, 2011

apa kaitan eyeliner dengan panas terik?

Assalamualaikum, hi hi hi semuahh :)

Sah la budak ni tak berapa pandai mengeja. Semua dia tukar jadi semuahhh. Suka sangat huruf 'h', macam la cool sangat kalau tambah 'h' dekat setiap penggunaan ayat. Blerghhh -__-

Okay, jangan nak lari tajuk. Sekarang ni aku nak cakap-cakap pasal apa kaitannya eyeliner dengan panas terik. Hai si farah, sila fokus dan jangan nek menyimpang O_o

Semua orang kenal la kot E-Y-E-L-I-N-E-R tu apa. Tau kan tau kan?

Halahhh yang para gadis serta macik-macik muda ( yang dah berusia pun kadang-kadang suka guna ) selalu duk selet dekat mata diorang tu. Maka mata mereka akan tiba-tiba kelihatan seperti cleopatra tuu. Ade yang macam lipstick, ade yang mcm pencil boleh tulis-tulis gantikan pen saat kecemasan ade juga seperti cecair yang perlu guna berus kacil khas eyeliner tersebut.

Barangkali ada banyak lagi yang berlainan jenis dan mugkin aku tidak tahuuuu.

Kayyy, aku musykil ni pasai pa bila aku duk calit eyeliner kemudian jalan-jalan tengah panas nak menuju ke sesuatu tempat dan bila sampai ke destinasi eyeline tu mcm ice cream jadinya? cair sikit dan kalau tunggu dia cair banyak sikit aku dah boleh geng budak gothic dahh. Macam la tadi aku berjalan dalam hujan sampai eyeliner tu membengkakkan kelopak mata ku. Lain lah kena air, tak mustahil lah lebam bijik mata. Ini kena kilauan mentari yang super cantik ni pun cacatkan jugak eyeliner tu haishh. So 2 3 hari ni aku duk pikiaq camne la xnak bg eyeliner ni cair. Beli mahal-mahal pun kalau cair gak nak buat apa la kan. Membazir sungguh*

Asal kena matahari je nak cair menyair, kalau tempat sejuk takmau pulak dia cair melebamkan mata. Memilih betul eyeliner ni*

Pasni kalau dah fedap, toksah la nak eyeliner eyeliner, sapu bedak baby kat muka tonyoh kasi rata okay dah. SIAP! boleh la keluar tanpa rasa ragu-ragu mata lebam dek eyeliner.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.