Thursday, January 27, 2011

takmau pergi pleaseee

Assalamualaikum, hi readers :')

Dah berkurun rasanya tak update belog dengan muka penuh kerut dan rasa tak senang begini*

Esok kamis lepastuuuu jumaat. Senior kata tradisi, lecturer kata wajib pergi. Ehh apekah? Kenapa adenya declaration dengan bau memualkan ni? Kat kedah dulu dah kena seksa, dah dah la. Boleh pulak masuk degree ni nak bersambung-sambung seksaan. Tapi takpe,mungkin aku silap. Kena pergi dulu baru tau apa rasanya jadi junior T_T


3 hari trip nanti aku boleh bayangkan rupa aku yang macam sakai turun bukit. Direndam bak sayur bayam yang nak di masak, di jemur bak ikan kering nak dijual. Aku begitu yakin bayangan aku ni bakal menjadi kenyataan. Biasalah aku memang masterrr dalam membayang bayangkan ni. *Hoishh tak payah nak master sangat la kan kalau jumaat sabtu ahad nanti dah kena jalani hidup "selesa" bersama teman-teman lain -__-

Kitorang mmg tak pernah dengar nama camp tu, pertama sekali mesti google bagaimana rupa tempat 'idaman' tu. Okay lah fine mmg berkerut muka senget benget hidung aku tengok rupa dia. Lepastu tak lupa perkara dan tempat penting, T-O-I-L-E-T ! hoi mak haih ini toilet ke tempat jin bertendang. Tak sukanya rasaaaaaaaa. Tengok je dah cukup mengundang perasaan rimas bagai nak gila. Takkan nak berebut2 mandi sambil orang kena tiup-tiup wisel suruh cepat. Berani la kan mereka nak main tiup-tiup suruh cepat, aku sumpit punggung sorang-sorang.

Baju seluar kasut dan segala macam barang semua tak siap lagi. Kalau la boleh campak je dlm plastik hitam lepastu heret je pergi trip tu mcm orang hilang arah tuju hidup. Alangkah bagusnya*  theheheh

Okay korang nanti sambung lagi la ye, packing barang. hee ;)
Kerja RMD tu menganga je duk tunggu aku usik dia. Haram tak usik lagi haishhhhh.

Till then, tc, bye! :D

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.