Monday, January 31, 2011

Hai rumah, saya rindu awak.

Assalamualaikum, hey readers :D

Eceyh belum apa-apa lagi dah senyum lebar. thehehe. Aku gembira sekarang kaki dah jejak di rumah sendiri. Segala penyeksaan penderitaan dah tamat. Berakhir dengan gembira. Gembira sangat sampai aku tak tahu nak tulis apa dekat sini. Okay okay nanti lah upload gambar aku cerita sekali pasal trip IDE ni :D
Apa-apa pun, aku akui mmg mula-mula tu seksa. Tapi sebenarnya aku tersangatlah enjoy dengan trip ni. Sampai demam dibuatnya enjoy sangat la kan* -__-

Next entri la ye aku upload gambar, gembira bercampur penat sampai tangan kejang nak menaip. sehingga bertemu lagi. Bye! :)

Thursday, January 27, 2011

sebab kau cemburu

Asslamualaikum, hey readers.

Aku chubby dan tak kepeng macam kau, flat je. Boleh la tubuhkan geng papan. Itu sebabnya kau cemburu. Kasihannya -__-

takmau pergi pleaseee

Assalamualaikum, hi readers :')

Dah berkurun rasanya tak update belog dengan muka penuh kerut dan rasa tak senang begini*

Esok kamis lepastuuuu jumaat. Senior kata tradisi, lecturer kata wajib pergi. Ehh apekah? Kenapa adenya declaration dengan bau memualkan ni? Kat kedah dulu dah kena seksa, dah dah la. Boleh pulak masuk degree ni nak bersambung-sambung seksaan. Tapi takpe,mungkin aku silap. Kena pergi dulu baru tau apa rasanya jadi junior T_T


3 hari trip nanti aku boleh bayangkan rupa aku yang macam sakai turun bukit. Direndam bak sayur bayam yang nak di masak, di jemur bak ikan kering nak dijual. Aku begitu yakin bayangan aku ni bakal menjadi kenyataan. Biasalah aku memang masterrr dalam membayang bayangkan ni. *Hoishh tak payah nak master sangat la kan kalau jumaat sabtu ahad nanti dah kena jalani hidup "selesa" bersama teman-teman lain -__-

Kitorang mmg tak pernah dengar nama camp tu, pertama sekali mesti google bagaimana rupa tempat 'idaman' tu. Okay lah fine mmg berkerut muka senget benget hidung aku tengok rupa dia. Lepastu tak lupa perkara dan tempat penting, T-O-I-L-E-T ! hoi mak haih ini toilet ke tempat jin bertendang. Tak sukanya rasaaaaaaaa. Tengok je dah cukup mengundang perasaan rimas bagai nak gila. Takkan nak berebut2 mandi sambil orang kena tiup-tiup wisel suruh cepat. Berani la kan mereka nak main tiup-tiup suruh cepat, aku sumpit punggung sorang-sorang.

Baju seluar kasut dan segala macam barang semua tak siap lagi. Kalau la boleh campak je dlm plastik hitam lepastu heret je pergi trip tu mcm orang hilang arah tuju hidup. Alangkah bagusnya*  theheheh

Okay korang nanti sambung lagi la ye, packing barang. hee ;)
Kerja RMD tu menganga je duk tunggu aku usik dia. Haram tak usik lagi haishhhhh.

Till then, tc, bye! :D

Tuesday, January 25, 2011

apa kaitan eyeliner dengan panas terik?

Assalamualaikum, hi hi hi semuahh :)

Sah la budak ni tak berapa pandai mengeja. Semua dia tukar jadi semuahhh. Suka sangat huruf 'h', macam la cool sangat kalau tambah 'h' dekat setiap penggunaan ayat. Blerghhh -__-

Okay, jangan nak lari tajuk. Sekarang ni aku nak cakap-cakap pasal apa kaitannya eyeliner dengan panas terik. Hai si farah, sila fokus dan jangan nek menyimpang O_o

Semua orang kenal la kot E-Y-E-L-I-N-E-R tu apa. Tau kan tau kan?

Halahhh yang para gadis serta macik-macik muda ( yang dah berusia pun kadang-kadang suka guna ) selalu duk selet dekat mata diorang tu. Maka mata mereka akan tiba-tiba kelihatan seperti cleopatra tuu. Ade yang macam lipstick, ade yang mcm pencil boleh tulis-tulis gantikan pen saat kecemasan ade juga seperti cecair yang perlu guna berus kacil khas eyeliner tersebut.

Barangkali ada banyak lagi yang berlainan jenis dan mugkin aku tidak tahuuuu.

Kayyy, aku musykil ni pasai pa bila aku duk calit eyeliner kemudian jalan-jalan tengah panas nak menuju ke sesuatu tempat dan bila sampai ke destinasi eyeline tu mcm ice cream jadinya? cair sikit dan kalau tunggu dia cair banyak sikit aku dah boleh geng budak gothic dahh. Macam la tadi aku berjalan dalam hujan sampai eyeliner tu membengkakkan kelopak mata ku. Lain lah kena air, tak mustahil lah lebam bijik mata. Ini kena kilauan mentari yang super cantik ni pun cacatkan jugak eyeliner tu haishh. So 2 3 hari ni aku duk pikiaq camne la xnak bg eyeliner ni cair. Beli mahal-mahal pun kalau cair gak nak buat apa la kan. Membazir sungguh*

Asal kena matahari je nak cair menyair, kalau tempat sejuk takmau pulak dia cair melebamkan mata. Memilih betul eyeliner ni*

Pasni kalau dah fedap, toksah la nak eyeliner eyeliner, sapu bedak baby kat muka tonyoh kasi rata okay dah. SIAP! boleh la keluar tanpa rasa ragu-ragu mata lebam dek eyeliner.

putih yang comel

Assalamualaikum, helloh redaers :)

Sementara menanti petang yang tak sudah ni, tiba-tiba otak menyampaikan hasrat untuk menulis lalu ingin ku muntahkan disini. Iyaa di belog aku sendiri. Belog sendiri kan, kau muntahkan la ape kau nak muntah -__-

Dari tadi duk google-google product IKEA untuk research class product, mata ni terjeling pulak perabot serba putih, simple dan comel nak mampos yang selalu korang nampak dekat ikea tu. Fuhhh, mata ni kalau dah tengok bukan main lagi angan-angan mengidamnya. Kalau aku ni hidup memang sentiasa freeeee sampai taktau nak buat apa boleh jugak la aku jenguk ikea beli sikit2 apa yang patut guna bulu kat lengan aku ni haaaa. Hias comel-comel bilik tidur tu. Ini masalahnya nak on9 pun tak nyempat-nyempat inikan pulak la shopping perabot comel untuk kamar tidur. Memang tak ahhh kannnnn T_T

Maka budak ni menyimpan dendam*

Siaplah kau, aku sem break nanti lama gila meroyan tu. Aku cari dan beli yang diidamkan tukar semua sampai lebam. Siap ahhhh -__-

Thursday, January 20, 2011

melampau sangat ni

Asslamualaikum, hello readers T_T

Hari ini wa takde mood. Mood gua takde sebab si Ulser bedebah ni. Dah seminggu lebih dia menetap dalam mulut wa. Melekat dekat lidah. Hishh melampauuu sangat si bedebah ni. Lebeyyyyyyyy dah. Wa siku nanti baru tau. Dah bergelen air wa minum pun still kena ulser ni. Ubat jangan cakap la, dari bonjela, gel segala macam gel, gel rambut je aku belum sapu lagi* air garam, tenyeh garam, tenyeh daun tu daun ni. Tak jugak baik-baik -__-

Ohoi ulser pergi la jauh-jauh aku rasa nak picit-picit hang sampai berdarah. haih

Tuesday, January 18, 2011

ini mengada sangat

Assalamualaikum, heyyy readers :D

Aku terasa sangat mengada bila memakai pink. Faktor aku tidak berkulit cerah..hm mungkin. Lebih mengada lagi kalau aku bergambar dengan pose begini. Yaa, nampak ketara sangat mengadanya. Punya banyak warna dalam dunia ni, pink jugak la yang aku benci. Benci punya benci, sekarang bilik pink handphone pink kalau boleh kereta rumah kabinet dapur semua aku nak pink. omg omg teruknya rasa bila perasaan benci bertukar suka gila nak mati. Apekah nasib ni*

gelakkan lah puas-puas

Monday, January 17, 2011

Eh, dah berubah ke?

Assalamualaikum, hello readers :)

Hobi baru budak ini bukan lagi shopping bagai nak gila, dia sudah pandai beli buku setiap bulan. Beli, baca dan kumpul. Nanti boleh la buat library kecik molek, yeayyy! iA (^___^)

Thursday, January 13, 2011

hayam golek

Assalamualaikum, hi readers ;)

Pagi yang sejuk membekukan darah sehingga tak mampu mengalir buat muka gua jadi biru. Biru tu gua cakap lu. *Okay pandai kau menipu kan farah, kalau dah biru tu kau hidup lagi ke?

Habis je class RMD terus bergerak ke lab. Konon-konon nak register course rupanya pergi update belog. Budak ni memang pakar membelit -__-
Mengantuk dah hilang, sejuk dah hilang, sekarang perut sengaja pergi google gambar ayam golek. Rasa macam nak tampar-tampar je pc kat lab ni sebab ade gambar ayam. Banyaknya aym, dunia ni memang tak adil. Sengaja simpan gambar ayam supaya dapat merosakkan diet sihatku. Haishh T_T

Hmm. tak cukup ni sekor. Nak empat lah, boleh?

Dugaan betul kalau pepagi buta macam ni tekak dah tergedik gedik geduak nak makan ayam golek. Dah patut lupakan angan-angan nak makan 4 ekor ayam dah ni* Kay ahhh fineeeeee, makan kepak ayam je. HUJUNG-HUJUNG KEPAK JEEE. Asalkan ayam tu dimasak dengan cara golek-golek ;p

Wednesday, January 12, 2011

pergi main jauh-jauh

Assalamualaikum, helloh readers.

Kini kehidupan gembira bersama teman-teman baru yang menjadi penghuni sebumbung denganku. Kehidupan yang masih busy tapi tidak lupa merasai susah senang gembira gelak ketawa berderai perut sama keluarga, bf, bff dan musuh-musuh ketat. Aku tersangat hargai semua yang aku miliki sekarang. Jadi bagi sampah-sampah sisa buangan seperti seseparuh manusia diluar sana, aku merayu. Carilah kehidupan kalian sendiri. Aku terlalu sibuk, rasa memang takde masa nak angkat sampah macam korang untuk dibuang ke tong sampah. Maaf la ye? Punya lama sabar kalau simpan boleh meletus jugak, cuma tak tahu bila. Kalau tau boleh jugak aku roger-roger suruh kalian bersedia. Rupa lawa tapi hati busuk itu tidak ada gunanya, sama lah dengan sifar. Tau sifar? Alahai, kosong. 0 0 0 0. Dahh pergi lah main jauh-jauh. Saya tak perlukan kawan bertopeng macam awak :')

Wednesday, January 5, 2011

Terasa macam..

Assalamualaikum , heyy heyy readers <3

Saat diri diam membisu, jari menekan papan kekunci dan telinga asyik melayan lagu didalam folder 'random love'. Memang random sangat la kan kalau lagu masa aku tadika pun ada dalam tu. Tsk  T_T

Banyak perkara yang lalu lalang singgah menyinggah di kepala, terlalu banyak! Sampai satu tahap, aku terasa macam ;

Terasa macam 01#

Rindu nak makan Lasagna. Lebih tepat lagi, Chicken Lasagna <3



Terasa macam 02#

Terlalu banyak berangan kalau la aku boleh kurus macam minah bawah ni, oh tak tak. Mungkin angan-angan ni terlalu melampau -.-



Terasa macam 03#

Nak je aku print besar-besar minah Guess ni Hishhh geram* nasib baiklah ini bukan zaman orang print-print gambar lalu dilekatkan didinding. Tidak tidak mungkin frh akan buat begitu  T_T









Terasa macam 04#
Nak bukak sebuah cafe yang sangat comel sampai rasa nak picit-picit tampar-tampar sikit dinding cafe tersebut. Nak jual cupcake, nak jual cake sedap dan comel, nak jual air pelik-pelik dan unik, semua benda comel aku nak jual kalau boleh. thehehe


Habis class takde apa nak buat ini la akibatnya, banyak berangan sehingga mengundang jerawat*


Monday, January 3, 2011

hello lah sikit dekat s.alam ni

Asslamualaikum, hi u ols :)

Fuhh fuhh semput memandu pepagi sejuk gigil ketar-ketar sedikit. Taraaa, sudah berada di S.alam 'kesayangan'. Ucaplah hello sikit dekat s.alam ni. Permulaan hari yang baik kerna ilmi menjengul depan wajah. Jumpa rabbit kesayangan terasa macam banyak gilessssss cerita nak disampaikan padanya ;)

Takpe takpe,simpan untuk bedtime story la kayy. Nanti kalau  najwa susah tidur aku boleh la cerita chapter baru. Chapter aku darjah empat kaki buli orang dekat sekolah sudah pun selesai ;p

Em,bila la kehidupan boleh stabil ni. mcm terumbang ambing je hidup bila rumah sewa tak ditemui. Kolej seroja, siap ah kau. Gua simpan dendam ni. "Nanti kalau seroja terbakar, sila lah datang cari gua". thehehe konon*

Sunday, January 2, 2011

Ini cuma pendapat

Asslamualaikum, hi readers :)

Terasa seperti mahu menulis perihal pendapat. Ada baik dan buruknya tanggapan setiap manusia. Semuanya pasti berbeza jarang ada yang serupa. Sepetang bersama 'ilmi di Jalan Tar cukup buat hati aku berbunga lebat. Walau penat, lenguh dan berpeluh tempias haba manusia disekeliling namun masih mampu tersenyum kerna sang kumbang berada disisi. Terima kasih ye sayang :')

Biarpun perasaan berbunga melingkari segenap rongga tubuh, tiba-tiba terbit sedikit perasaan hairan jauhhhh di  lubuk hati pabila sepasang suami isteri  berselisih bahu denganku dan dari situ aku dapat lihat betapa gembira sang suami membiarkan isterinya berpakaian yang boleh dikira hanya secebis kain, rambut merah yang mengurai ditiup angin, kalau mereka bukan Islam aku tidak akan hairan. Kerna mereka menganut agama yang sama dengan agama yang aku anut maka aku tersangatlah kecewa.

Betapa dayusnya seorang lelaki yang tak mampu memperbetulkan dirinya dan menegur pasangannya?

Betapa dayusnya lelaki itu bila dia membenarkan AURAT WANITA yang disayangi dan  dicintainya itu ditatap dan dijamah  oleh pandangan kaum adam yang lain?

Ya, memang benar menutup aurat itu hak masing-masing. Tetapi tidak bermakna bila  hak masing-masing ia boleh berubah dari satu kewajipan kepada hal yang remeh dan tak perlu diambil kira. Tak perlulah jadikan alasan rupa jadi kurang cantik bila bertudung, pipi tembam bila bertudung, badan nampak gemuk bila pakai baju longgar sikit, badan nampak pendek bila pakai baju labuh. dan bla bla bla -__-

Bila bertudung tak boleh berfesyen. Kau sangat kuno wahai manusia berotak lembab. Sangat kasihan aku rasa*

Bukan ke tubuh dan segala macam benda di dunia ni hanya pinjaman sementara Allah s.w.t kepada kite semua? Bukan ke begitu? Jadi janganlah terlalu banyak songeh melakukan segala arahan-NYA. Kerna kite hidup terlalu banyak meminjam. TERLALU banyak! -__-

Ini pendapat aku tentang mereka yang selalu mencari segala macam alasan, setelah sekian lama terpendam dan dah lebam di dalam hati akhirnya dapat ku luahkan. Maaf jika bahasa dan penyampaianku kasar. Aku menulis kerna aku geram. Aku menulis kerna aku gembira. Ini sebabnya aku menulis.

Dah patut bertukar

Asslamualikum, hello readers. Selamat tahun baru. ;')
aku tahu ini dah sedikit lewat*

Ehem, selepas beberapa hari bermuram durja terasa seperti terlalu dungu dek kerna kemalangan tempoh hari, aku terasa saat ni paling tepat buat aku untuk mengangkat kaki, menjejakkan diri ke alam yang lebih baik dari sebelum ni.

Okay, bye masa silam.

Saturday, January 1, 2011

ohoi ape ni ?!

Asslamualaikum, hello readers :)

Aku fikir, aku je yang kurang sihat. Rupa-rupanya blog aku juga turut begitu. Bila mase aku post ' survey ' ni. Bila masa? t-a-k-k-a-n  la kan hantu raya aku postkan. hmm T_T

Hantu, sila la bertindak mengikut arahan. Gua kan bos lu. Bukan lu bos gua. Sapa bayar gaji? Gua kan? Jadi jangan memandai post bukan-bukan. Nanti gua pecat.

Petang yang malang.

Asslamualaikum, hi.

Taknak taip pepanjang, ini cerita sedih. Cerita sedih yang berkesudahan memeritkan. Maka tanam dalam jiwa takmau menulis panjang. 2 hari lepas aku accident. Langgar kereta depan. Habis kereta remuk. Kedua-dua kereta. Terasa macam bukan kejadian sebenar. Hanya lakonan orang lain, tapi tak. Semuanya jadi di alam nyata dan bukanlah mimpi. Kaki tangan kepala habis semua sakit terhantuk tercampak dan #$%^&*! Bila kereta tengah laju, tekan brek tak makan bila langgar benda lain apa jadi??

jawapannya  =   #$%^*&^@#$

Ya Tuhann, Ini pertama kali dan aku mohon ini yang terakhir. Semua perasaan bercampur serta berbaur dan di tambah pula bergedung dihati. Sukar ditafsir bila datangnya perkara yang tak pernah ingin kita lalui. Selesaikan semua dengan cara yang betul, balik dengan membawa sakit dan penat. Bertaubat sebelum tidur dan menyesali semua yang berlaku. Takkan pernah terasa ingin ulangi perkara yang berlaku dibangsar tempoh hari.