Tuesday, June 28, 2011

Yang ini Happy ke s-e-d-i-h?

Assalamualaikum, hai readers!

Akhirnya selesai sudah project DiGi dan Lenkote Australia dengan negara jiran kita iaitu Indonesia. Sangat lama rasanya menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Fuhh dedikasi sangat sampai cirit birit aku 4 hari. Ingatkan cirit birit boleh kuruskan badan, ternyata salah. Lepas sihat aku pergi melantak macam hantu raya dapat tuan baruuuu, memang kiamat hidup balik pun takkan kurus la kan kalau macam tu.

Semalam co. buat dinner dekat Sime Darby Convention Centre. Demam-demam pun aku berusaha gigih untuk menghadirkan diri. Eceh kalau pasal makan, gigih bagai nak gila. Ini lah dia farah, Yes farah fatinnadia memang begitu menghargai makanan. Baik kan dia? Begitu menghargai.

Selesai makan, mula la aku terasa sakit kepala. Terasa macam ada seorang budak berumur 5 tahun duduk atas kepala sambil main lestik-lestik kepala aku. Ini semua kek durian yang aku makan tanpa sengaja tu. Ku ingatkan cheese cake rupanya duriannn. Makan tak guna deria bau macam ni lah pakai nak telan je. -____-

Sekarang datang office doodling je kerja aku, design-design meja sikit, pastu james mintak logo pastu makan jalan-jalan makan balik pergi toilet buang air. Tinggal lah lagi 3 hari dah nak habis praktikal ni rasa sedih la pulak. Tsk. Dulu bukan main happy lagi tinggal lagi 2 minggu kononnya, sekarang tinggal 2 3 hari konon-konon kelopak mata nak bertakung air pulaks. sheshhhhh T_T

Seksa-seksa banyak kerja pun before ni hakikatnya aku enjoy sebenarnya dengan semua orang dekat sini. Iyaaa, enjoy benar sampai sekarang rasa nak sambung je lagi kerja sini. Fuyohhh ni cakap dalam sedar ke ngigau ni*

Lepas ni kalau orang tanya aku buat apa masa praktikal, senang sikit aku jawab. " Banyak benda aku buat, sekurang-kurangnya aku bukanlah duduk depan mesin photostat je selama 2 bulan ", nada berlagak  hidung ditinggikan walaupun tak memiliki hidung yang mancung.

Sekarang masing-masing tengah giat menggerakkan otak sikit demi sikit mencari idea dimanakah tempat untuk bercuti bersama teman-teman bagi menghilangkan semua kuman dan habuk yang melekat dicelah otak sepanjang kami berhempas pulas di office dan factory. Till then, take care! Muah. Bye-bye

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.