Thursday, June 2, 2011

alahai warna.

Assalamualaikum, hi readers :)

Kebanyakan orang impikan kulit yang cerah bersih putih putih melepak gitu kan. Aku pernah terfikir idea,basuhkan muka je time muka bepeluh-peluh.jadi akan ada panau..panau tu putih dan bila panau tu merebak muka aku akan putih..tapi,abaikan je la..Tapi kalau difikirkan balik elok-elok, tak semestinya yang gelap tu buruk. Tuhan jadikan kita pelbagai warna. Dari paling cerah hingga paling gelap. Bersyukur la warna yang kita ada kerna ada sebab Tuhan jadikan begitu. Untunglah ada warna kulit yang normal, daripada kulit warna electric blue ke. Mahu? Jadi disebabkan aku ni kategori yg bukan terlalu cerah dan bukan terlalu gelap, aku suka bermain congkak. Ehhh tak, bermain dengan warna. Apa sahaja yang dipakai, kombinasi kaler aku mesti nak ku tonjol-tonjolkan. Entah la kenapa mungkin kerna warna ku yang tak berapa nak cerah ni kot.
Ada kawan yang tanya soalan yang tak sepatutnya ditanya,

Kawan : Eh, aku tak pernah tengok kau pakai kuning pun? Bukan kau suka kaler2 'fuhh' ke?
Aku : Cuba kau tengok betul2 kaler kulit aku ni sweetheart? kau rasa kuning tu amt sesuai dgn aku ke?

Setakat ni warna kuning satu-satunya warna yang belum pernah ku cuba. Mungkin takkan pernah kot, bila kulit aku dan kuning bersatu, maka orang sekeliling pasti sukar bezakan aku dengan alien dari planet lain. Bayangkan jelah kulit aku yang gel gel gelap ni kannnn. Kuning tu warna yang sangat cantik! tak sampai hati aku nak membuat onar pada warna tersebut dengan memakainya.Takpelah mungkin satu masa nanti aku jatuh cinta dengan kuning pulak siapa tahu? Saat tu lu suruh gua pakai sut power rangers kuning pun tadek hal punye. ;D

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.