Monday, March 21, 2011

aku-hairan-betul

Assalamualaikum, hello mello wello readers!

Akhirnya kan. Akhirnyaaaaaaaaaa TERupdate jugak blog ni. Kasihan dia seperti di-anak-tiri-kan. Hari yang memenatkan rasa macam nak pergi suruh kawan-kawan urut pijak-pijak badan sampai tulang mengeluarkan bunyi.

Takmau bebel panjang-panjang mengarut macam takde penghujungnya. Cuma nak share sikit kehairanan aku bila tiap kali orang menyebut aku dengan najwa kembar. Ehhhh kembar sangat pun tak style jugak sebenarnya. Muka najwa tajam-tajam sikit muka aku bulat lat lat segala benda. Najwa cerah tapi aku gelap. Mata Najwa panjang tapimata aku Bulat. Macam mana lah boleh nampak seperti kembar ini. Kalau seorang sahaja insan yang cakap memang tak ku kisah la kann, tapi ini entah yg keberapa ratus yang menyebut.

Pada suatau petang di dalam kelas furniture,

En Zul : Haa okay buat macam najwa punya tu kay farah. 
( *Sambil tunjuk ke arah aku )

Ehh ape bergurau En Zul ni yang dia tengah duk bagi arahan tu kan najwa, yang dia tunjuk ni si farah.

Amboih En Zul. Ehem! Bila dah dua dua menjeling En Zul...

En Zul : Ehhh silap! Silap! Buat macam yang farah punya tu ok najwa? HAHAHA I konfius betul la dengan muka You berdua ni. Selalu je silap. Apesal macam nak dekat sama je? Hehe

Peliks benar bunyinya. Dah naik jenuh aku duk memikirkannya, Entah tang mana yang serupa mungkin cara pakai tudung telur merupakan faktor kekembaran kesiamans kitorang kot.

Lipsetik Mai.


Okay readers, thanks sudi baca. Bye!  xoxo

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.