Monday, August 26, 2013

Mingle with them

Assalamualaikum, hey readers :)

Yayy! Alhamdulillah design process and production semua berjalan lancar. Even lately aku selalu lemau, badmood, lenguh otak. *eh. otak tak boleh lenguh. Tapi hakikatnya diri ini tak lah seteruk yang aku fikir. Even takde mood aku still boleh siapkan kerja. Tiba-tiba macam baru tersedar I need to find better ways to describe my emotions because I feel like emmm nobody actually knows what I’m saying bila badmood. *sigh. Yang orang tau bila aku badmood, aku suka tidur and buat kerja aku sendiri. Sedar-sedar kerja dah siap. fuyohhh. Terror sgt iols. Nak badmood selalu lah kalau mcm ni. Kerja mesti siap cpt. hahahahaha. ok tak tak. Gila kauuuuu. Takkan nak badmood je ade yang org simbah air kumbahan dekat muka aku kangggg -_-

Selain busy dengan kerja aku juga sangat teruja bergaul dgn bff adik aku. Tahu tak betapa diorg tu sweet and comel plus kelakar nak mampuih. Aku belum start ckp diorg dah gelak, diorg belum cakap lagi aku dah nak gelak. Guane ni. Sawan aku dibuatnya. Best sebenarnya keluar dgn kawan-kawan adik. Lagi-lagi bila diorg cakap, "kakak mai ni ***** laaaaaa..." HAHAHA ok part tu aku patut skip rasa macam letak diri sendiri dalam bakul pastu aku angkat sorg2 -_-

Disebabkan aku ni super-oooover-friendly person, aku senang lekat dgn budak mahupun org tua. kadang-kadang terfikir jugak, adakah org terasa aku seperti alien yang menjengkelkan? Tak kot. *ayat sedapkan hati. hewhew. Tak sabar nyewwww nak berhuha-huha dgn bebudak tu lagi. Especially dgn shaz, arina, lani and adnin. Korang jangan berperangai comel sangat ok aku rasa nak gam korang lekat kat dinding. Ok taktau apa motif nak gam budak2 lekat kat dinding.


Arina cantik. Dah la baik, cantik pulak. grr grr


Burppp. kenyang makan kat rumah shaz. Selamat hari raya semua! :D

Thursday, August 22, 2013

Cemburu biar celik, jangan buta.

Assalamualaikum, hello readers.

Berkurun dah tak menaip. Sampai lupa cara nak menaip.eh tak. Itu tipu sgt. Well memandangkan hormon aku tak berapa nak stabil, maka aku malas nak menaip pepanjang. Perangai aku yang gila, otak macam separa waras dengan tidak ni kadang2 org fikir aotototo bahagianya hidup mcm takde masalah. Dlm sedar tak sedar, aku dah usaha nak buat and bagi yang terbaik untuk org sekeliling. Tapi ternyata aku gagal. Kadang tu manusia plg rapat paling dekat and plg hampir dgn aku sendiri suka berkelakuan aneh. Aneh dari segi mood. Aneh dari segi layanan. Aku tak tau hubungan aneh ni akan berlanjutan sampai bila. Cemburu tak habis-habis. Pilih kasih. Cari aku bila susah lupa aku bila senang. Magaddddd. serious aku kena lalui benda ni forevahhhh? Sampai hari tua ku? Memang beginilah perasaannya selagi aku berdamping dgn mereka yang tak reti lansung jaga perasaan org. Selfish. Cuma perasaan mereka yang diambil kira. Aku tak pernah harapkan kaki sesiapa untuk aku berdiri and jalani hidup ni. Cuma aku sebagai manusia, perlukan manusia lain sebagai pendorong and pembakar smgt aku nak jadi insan lebih berguna kelak. Susah sgt ke kita nak hidup sesama kita saling respect each other, bantu yang memerlukan, pujuk yang berduka , lalui detik susah senang bersama, berkongsi gembira bersama. Susah sangat ke kita sbg manusia nak praktikkan tu semua? Sampai bila la nak biarkan hati yang keruh tu terus keruh.

Wednesday, June 19, 2013

Mengingatkan diri sendiri

Assalamualaikum, hello readers

Again. Ehh, jangan muntah puhleaseeee. Sebenarnya kan, masa umur aku mcm anak-anak ayam berhingus tu aku fikir dalam hidup ni kenapa la nak kena ada orang bersedih sedu sedan dalam percintaan. Woiseh. Percintaan terus. On kan mood-mood lagu bumiputera rockers* Masa tu mmg kepala tak fikir apa lah, exam ke, test ke, kerja sekolah tak siap ke. Tak ku pedulik! Yang aku tau nak pergi main lumba lari dgn ank2 jiran je kerjanya. Tu cerita 15 tahun dulu.

Sekarang ni usia dah cecah 24 tahun and perasaan yang dulu tak pernah aku ambil kira tu..aku dah dah rasa sekarang. Sebagai wanita. Eh perempuan. Eh ke macam perempuan nak kewanitaan? Diam farah. Kau baru 24 tahun. Belum nak berapa wanita sangat sebenarnya. Ughh. Confused. Umur 24 tu kira dah wanita keeeee -___-

Tak banyak aku nak merepek entri yang ni sebab emosi tak stabil, nanti salah tulis kena saman pulak. hewhew. Cuma sebagai kaum hawa, ingin ku berpesan sesama kita semua termasuklah dengan diri sendiri. Kita jangan sesekali cuba nak ganggu hubungan orang lain. Jangan cuba nak test la kononnya. Kalau kita rasa kita cantik, kita pandai, sexy, menggoda ke apa. Simpan tu semua untuk suami kita. Bukan duk menggatal dengan pasangan orang. Sebagai kaum hawa kita kena faham perasaan masing2. Apa perempuan lain rasa, itu yang kita rasa. Lelaki ni memang sifat semulajadi dia pantang ada peluang. Tu pun satu hal juga. Tp tulah, hubungan dengan manusia memang macamtu. Lumrah. Sakit hati, makan hati, kena banyak sabar tu memang sangatlah perlu. Ada few things happened yang sangat mengecewakan diri ini. Tapi takpe, kerja banyak. Focus dekat kerja lagi baik dari sakit otak nak fikir pasal benda bodoh. Maka kesimpulannya disini, hanya hubungan dengan Allah swt yang tak berpenghujung. Jagalah hubungan kita dengan DIA, insya'Allah Dia jaga hubungan kita dengan manusia :)



Believe or die

Assalamualaikum, well hello gheaders :)

Ghindu titew tark? yeck. *tampar muka sendiri. Haaaaaaaaiiii ebribadeh. sementara hai yang panjang kepala ligat berfikir nak mula dengan merepek apa. Hmm. Seems like kepala ni memang dah tak lalu nak berfikir secara kritikal. Maka biar jari gempal ni yang taip ikut suka dia. Bertenang. Tarik nafasssss. Mmmmm. Kemudian kentut. Okay lega.

First of all, Alhamdulillah. Hampir 2 minggu dah aku kerja dengan ABC. Company practical aku dedulu. Before masuk tu mcm tak percaya James call untuk interview. Apa dia? Interview? Apakah position yang bakal aku gendong? eh gendong. DESIGNER?! Ya Rabbi. Dah aku cubit perut sendiri. Rasa macam mimpi. 5 tahun aku belajar design tapi tak pernah terfikir nak jadi designer. Yeah i knw, teruk betul budak tak ada matlamat hidup ni. -__-

Percaya or tak. Sekarang aku dah terjerumus dalam lembah kehidupan sebenar seorang yang bergelar designer. Even belum sepenuhnya berpengalaman jadi designer, tapi diri ini telah pun merasai bahang kehangatan dan kesengsaraan seorang designer mencari idea untuk memuaskan hati client.  Dari seorang pelajar pereka industri, masuk-masuk ABC teruih kena build up 3D interior, exhibition, expo and reno building. HAHAHAHAHAHA ok part ni memang aku rasa macam bukan jari gempal aku yang taip. Serious selama aku hidup sebagai pelajar IDE ni aku memang menyampah, benci and meluat tahap badak sumbu kalau disuruh buat 3D. MEMANG BENCI 3D. Paling suka upah budak lelaki buat 3D. Duit makan habis untuk 3D. Yang hairannya duit makan habis dekat 3D pun, tapi tetap tak kurus2 budak ni. Hm.

So yeah, yang penting sekarang. Aku dengan gembiranya boleh taip ayat ni. AKU DAH MULA MENCINTAI 3D SEPENUH JIWA DAN RAGAKUUUUUU. Tahu tak perasaan bila kita berjaya build up 3D dari design yang mulanya hanya ats sekeping kertas? Kemudian bagi merealisasikan 3D tersebut kita ke bahagian produksi. Bila berjaya tengok design tu seketul depan mata rasa nak menjurai air mata. HAHAHA emogurlxz betul. Kesimpulannya sekarang ni, Farah Fatinnadia dah boleh buat 3D. Eventho nak muntah buat banyak salah, tapi skrg dah boleh! Yayyyyy!



Friday, April 26, 2013

Gembira bukan kepalang

Assalamualaikum, heyyo readers :)

Salam jumaat buat semua. Aku baru perasan, kalau aku update blog hari jumaat kan mesti aku berkobar-kobar mendebarkan. Kobar mendebarkan? Ughh tak sedapnya bunyi! Tak boleh jadi cikgu bahasa ni. Mesti kena demam denggi malaria semua student aku ada cikgu macam ni.

Yang sebenarnya aku nak coretkan rasa gembira di hati. Gembira bukan kepalang. Serious sampai sekarang aku tak faham kenapa mesti gembira bukan kepalang. Bila tanya mama, mama cakap malas lah nak explain sebab dia terror sangat. Malas nak tunjuk kehandalan bahasa. Kay foineeee maaa -__-

Mmm, lantak la gembira bukan kebatasan ke kepalang kuning ke. I don't care. Wooopssss. I don't care I don't care perlahan sikit. Nanti ada orang terasa, tak pasal-pasal TL twitter dia penuh makian hamunan cacian pasal aku. Namo namo, titew tak shukew cawik gaduh dengan kakak-kakak kawasan. HAHAHAHAHA. Takpe akk-akk semua boleh guna ayat I DON'T MIND dengan DO I CARE kalian tu. titew plomish tak bahan dah lepas ni. kekekeke

Haaa tengok tu, merepek sampai 3 paragh. *lempang muka sendiri sampai biru. Aku gembira bukan sebab apa, cuma sebab jualan shawl kami boleh habis satu batch less than 20mins! ALHAMDULILLAH. Rasa lepas ni macam nak buat beli 3 shawl free 1 shawl. Hmm, kena nantikan hasil perbincangan dgn najwa and fatyn ni hihi. Beautiful ladies out there, kitorang ni bisnes sebab nak kalian kelihatan pwettayyyyy selalu dengan pattern and design yang kitorg carikan. Happy gila kot bila tengok wanita sarungkan hijab yang cantik di kepala. Haih. Susah nak describe perasaan ni. Tapi memang kalau nak bagi satu ayat untuk perasaan aku terhadap bisnes yang kitorg jalankan.

 "KAMI SANGAT GEMBIRA KALIAN KELIHATAN CANTIK BERHIJAB"

wahhh, kami sangat gembira gihtewww. hihi. Yes tu lah yang aku rasa saat ni. Bila kita pilih corak tu eventho ada mata org nampak tak cantik tapi yang paling penting niat dekat hati memang pilih corak shawl tersebut untuk semua orang yang memakainya nampak cantik. 

Kepada semua customer yang setia and percaya dengan we ols, berjuta lemon terima kasih aku ucapkan. Muahhhh! Thank you sayang-sayangku :-*

Ok nah nak share gajah comel banyak warna sedang mempamerkan diri di sunway pyramid. Beranikan diri try warna yang tengah in. Lets lets!





Friday, April 19, 2013

Budak sekarang dah advance

Assalamualaikum, hi readers :)

Memandangkan esok cuti, dengan ini aku secara gembira dan tanpa sebarang paksaan membuat keputusan menhapdet blog tershayang. shayang shangat shambil nyanyi lagu shae. *vomit. Siang tadi aku pergi servis kereta dekat Perodua Jln Tandang, PJ. Ada seorg abang ni dengan anak dia tgh berborak dengan sorg pakcik ni sementara tunggu kenderaan masing-masing diservis. Ecey ayat aku macam dekat kaunter pertanyaan lanjut pulak. Tsk. Berbual punya berbual, secara tak sengaja aku tercuri dengar perbualan mereka. Pakcik tu muka penuh rasa kesal menceritakan duit dia hilang dekat mekah 2k duit malaysia. Abg tu pun bagi respon yang sungguh-sungguh rasa simpati. Tiba-tiba anak lelaki dia yang umur lingkungan 5 tahun tu dengan tenang berkata, "Pa, pakcik ni hilang duit RM2000? Kalau tak hilang tu dah boleh beli Iphone satu kan papa kan..Ish rugi betul.." Nak terkentut aku dengar budak kecik ni membebel pasal Iphong. hahaha gila wei tahun 2013 budak umur 4 5 tahun boleh tahu nak buat apa dengan 2k. Entah macam mana la zaman anak aku nanti. Hmm T_T

Menduyungkan diri

Assalamualaikum, hi readers. Salam jumaat :)

Setiap kali pergi wedding mesti aku tak ada baju majlis rasmi. Amboi. Rasmi terus u ols. Tu lah rasa sangat kasihan dengan diri sendiri, sedih jangan cakap. Sedih bukan kepalang bila lihat orang lain boleh pakai baju cantik mengerlap ngerlip pergi wedding. Walaupun lah aku memang tak bernafsu pun nak pakai liplap liplap. hewhew. Selalu kena pakai baju pergi class, eww sangat kan. Baju corak comel-comel warna taknak kalah. Tak nampak dewasa lansung. Boleh muntah sangat dah kalau belek balik gambar pergi wedding org dgn berbaju class. Yeckkkkk -__-

BUT NOW..
aku tak perlu bermuram durja lagi,

KERNA..
aku dah beli 5 helai kain mermaid untuk bekalan masa hadapan. Walaupun aku tahu ini lame and tersangat outdated tapi aku nak bagitahu jugak aku ada 5 color kain mermaid. nyohohoho.

Tuddia kawan-kawan sekolah semua dah membesar dengan dewasanya :-O

Fatyn selalu jadi mangsa peragaan. Thanks boo

Hmmm. Next..siapa punya wedding? sila jemput aku. Akan ku hadir dengan kadar segera. <3