Friday, February 25, 2011

*bukan selalu bermain begini



1
Senaraikan barangan didalam dompet kamu :
          Wang yang banyak ( berkepuk-kepuk sangat, malas nak kira ) HAHAHA
          IC, Lesen memandu yang bermuka kelakar.*perlu tukar segera.
          Kad nama andik nadziratul afiqah.
          Gambar pasport yang memang macam bukan warganegara. Bukan pelancong maksud saya*
          
2
Kereta Idaman kamu :
          Malu lah nak bagitau -__-


3
Berus gigi :
          Suka yang boleh lentur-lentur. sambil berus gigi boleh lestik cicak sikit.


4
Perhiasan seperti emas yang dipakai setiap hari :
          Takde takde. Tak suka emas T_T

5
Corak Sarung Bantal :
          Bercorak Zebraaaaa. Zebra tu kuda belang.


6
Mata :
          Mata bulat kurang kebilan bila jumpa lelaki tampan. so kenapa?


7
Warna bilik tidur :
          Jawapan ni memang menggelikan,tapi ianya jujur. Okay kena mengaku bilik PINK.


8
Menulis tangan kanan atau kiri :
          Semestinya tak reti menulis. Menaip je reti. I kan powerrrr ;p


9
Minyak wangi kegemaran :

          Clinique, be delicious, && Tresor.


10
Apakah jenis model telefon bimbit kamu :

          Samsung yang paling  murah. Semestinya warna pink jugak. THEHEHE


11
Adakah kamu bertindik :

          Eheyyy mesti ah! Dekat pipi tindik, dahi, hujung mata, ha mana lagi habaq maikat cheq


12
Berapa banyak jumlah baju yang kamu miliki :

          Tak pernah kira pulak rasanya ;p


13
Berapa kerap mandi dalam sehari :
          Budak ni tak pernah mandi. Tak suka mandi. Tak suka sabun. Ahh ahh tak suka! 


14
Barangan kesayangan kamu :
         Buku pattern comel. phone, iPod dan semestinya saya sayang setiap barangan pemberian orang-orang    yang saya sayang <3   
     

15
Makanan terakhir yang kamu makan :
         Chicken soup melah -__-




16
Perkara paling kamu takut :
          Jangan campak saya tengah2 laut. Saya tak suka air yang dalam.

Dear bby,

Assalamualaikum, heloh meloh readers :)

Sepanjang berpacaran ni, 'ilmi sayang dah banyak belajar apa yang aku suka and ape yang aku tak suka. Terima kasih sebab banyak bersabar semata-mata nak kenal hati budi b ye syg? :)

Harini konon-konon macam tergerak hati nak kemas sarang kuntilanak ( bilik di rumah sewa ) aku terpandang hadiah bubu bagi. Hari-hari pandang bende tu hari-hari jugak la aku rasa 'ilmi ni tersangatlah comel. HAHAHAHAHA statement perasan apekah*

Hadiah yang dibuatnya sendiri mampu buat aku senyum sampai rabak bibir mungil ni.


thanks syg. pandai sayang buat.Kemas dan teliti.
'Ilmi versi perempuan. Hebatnya syg boleh bertukar tukar fuyohh

Janganlah kalian tanya mengapa aku suka benar bergambar dekat tepi-tepi laci biru itu. Memang dah jadi tempat fav. Tak boleh hakis dah perasaan fav ni. Thehehee



Perasaan apa yang terselit?

Assalamualaikum, hey semuahh -__-

Celik je mata pagi-pagi satu perasaan tak selesa menyelinap segenap ruang hati. Alangkah tak bagusnya berperasaan begitu. Tak baik untuk kulit wajah. Tak baik juga untuk permulaan hari. Senang cerita, kehidupan kita atas dunia ni dikelilingi oleh makhluk pelbagai ragam. Bukan semua ragam mereka serasi dengan kita. Begitu juga sebaliknya. Alang kepalang usia dah lanjut, elok lah berfikiran matang sikit. Tak banyak, sedikit pun tak mengapa asalkan kita tahu dan sedar kita hidup di muka bumi ini dengan makhluk Tuhan pelbagai jenis. Jangan berkelakuan seperti kita hidup didalam batang pokok yang cuma ada ulat dan tiada manusia didalamnya.
Kalau hari-hari begini selama 2 tahun untuk habiskan degree, silap haribulan aku convo degree nanti dekat Hospital Sakit Jiwa.

Tuesday, February 22, 2011

Se se sebenarnya


Sebenarnya,
Sebenarnya,
Sebenarnya,
Sebenarnya saya boleh berjaya cuma saya pemalas. 
Alangkah bagus sikap malas dapat dihakis dengan mudah

 -__-

tangkap-tangkap gambar part I

Assalamualaikum, hello hello readers :)

Alah alah rindunya aku dekat belog bersawang ni. Sorry ya lama tak update maklumlah dah minggu ke 9 sesi pembelajaran di uni, maka aku kena la bekerja lebih pulun. Janganlah korang rasa geli menyampah dekat aku hanya sebab aku buat belog tapi tak sempat nak update. tsk

Bila otak dah letih pulun bagai nak mam*** buat kerja, mulalah angin meroyan hinggap kat kepala. Inilah hasilnya bila terjumpa camera , make up iema, najwa dan melah. Satu rumah tak jadi kerja duk main mekap-mekap. Kalau kecik-kecik dulu gua suka main mak-mak, kawin-kawin, doctor-doctor tapi sekarang tak lagi. Sekarang gua suka main mekap-mekap.

Tadaaaaaa, special thanks pada najwa, zurr, ima dannn melah  <3

KAR 01#



KAR 02#


KAR 03#


KAR 04#



KAR 05#



KAR 06#


KAR 07#



KAR 08#





KAR 09#





Lepas ni nak main tangkap-tangkap gambar lagi. * Tudddiaaaaa ayat takleh bla tangkap-tangkap gambar.

Till then, jaga diri ye kawan-kawan. Byee ;)

Friday, February 11, 2011

perlu guna batang mancis

Assalamualaikum oh heyy readers :)

Fuyoh rasa macam minggu ni kehidupan sedikit huru hara. Tunggang terbalik macam kena lanyak lembu gilaaaaaa. T_T

Hari jumaat yang mulia ni baru la dapat nak berpeleseran dengan laptop sendiri. Pergi godek-godek fb, pergi google2 style tudung baru. Cantiknya org lain pakai aku try sorg2 depan cermin tapi macam nak  gelak tengok muka sendiri silap haribulan cermin bilik pecah habis najwa suruh ganti balik. Thehehe

8 pagi - 10 malam class kalau hari-hari mahunya lunyai muka aku macam kertas pasir. hmm.
Rasa macam setiap malam takde lagi dah mimpi ngeri sebab hari2 takleh tidur, buat kerja guna mancis. Guna mancis ni bukanlah macam korang sangka aku pergi bakar mata sendiri ya? aku cume menyengkang mata guna batang mancis je. Itu pun bukanlah yang betul-betul. Kena tahan mata tak tidur tu ibarat menyengkang la bagi aku hehe. Sengkang je la mata bagi tak tertutup, kang lelap esok pagi bangun  tak pasal-pasal kena bunuh. Tak siap kerja pun kena bunuh sekarang ni melampau betulkan? -__-"

Okay takpe yang pastinya kerja dah siap dan aku tak dibunuh. Alhamdulillah. Yehheyyyy! :)

Saturday, February 5, 2011

Sesuai ke tak

Assalamualaikum, hi tengtawan, hi juge pada mucuh-mucuh kewtart ;p

Ohoiii tergeliat lidah, goli goloman tokak den.
Kena la belajar sebut mengadewr-ngadewr shikewt* thurrrr -__-
Siang tadi ade la duk berjalan-jalan cari selendang warna kegemaran. Malangnya kalau dicari memang takkan jumpa, kalau taknak memang tiba-tiba selendang terpakai sendiri atas kepala aku ni kannnn. Hmm, so usaha memang tak pernah kenal erti putus asa dalam mencari selendang kegemaran. Tiba-tiba nampak minah ni pakai skirt labuh yangggg alahai comelnya nak mati aku rasa nak tarik skirt dia. Bagi aku pinjam japla try try kalau sesuai kan.

Teringinnyaaaaaaaaaa nak pakai. Tengok najwa pakai comel jeeeeeee. Tapi bila bayangkan diri sendiri pakai tiba-tiba bulu roma dekat lengan aku berdiri tegak-tegak. Macam tak setuju je aku nak pakai mcm najwa pakai
T-T

Bila la aku nak TERjumpa skirt labuh yg simple tapi lawa, dan dan yg vintage design dia rare sikit. hmm entah camne la rupa aku nanti bila dah TERpakai. Okay bayangkan sekarang*

Friday, February 4, 2011

kadang-kadang kita lupa

Assalamualaikum, hi readers :)

Sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang telah tiada. Jika bukan tugas kita yang masih hidup atas muka bumi, siapakah lagi?

Thursday, February 3, 2011

yehhey!

Asslamualaikum, hi readers :)

Okay sekarang wa happy, wa da berjaya block semua jenis keturunan bedebah tu. Puas hateyyy! :D
Terima kasih la sebab bagi taik. Kalau lu baca entri ni, jangan segan silu dtg rumah wa. Wa tunggu ****** wa. Kay? Kalau tahu malu lahh kan. Kalau tak, lu simpan je la buat harta sendiri pun style gak tu ;D

nampak tak ni muka puas hati berjaya block orang? =D

Wednesday, February 2, 2011

eh bergurau pulak dia

Asslamualaikum, hello readers :)

Entri kali ni ku tulis dengan rasa kurang selesa hidung tak berhenti mengalirkan air terjun buatan. Kurang mood, kurang idea cuma berat badan sahaja yang tak pernah berkurang.

Orang demam memang perlu emo begini ke sebenarnya? -__-

Hari ini tekak orang demam nak makan spaghetti, garlic bread dan chicken + mushroom soupnya! Okay berehh, pergi beli barang untuk memasak. Pergi carrefour sambil cuci-cuci mata tengok bangla susun-susun stok barang baru. Nasib baik la kau tu mat bau bawang. Kalau tak aku dah mintak sikit hidung kau yg mancung tu T_T

Habis mencari bahan masakan, pulanglah berlenggang. Bawak kotak sendiri mcm tengah cari rumah sewa ke apa. Rupanya sebab carrefour takmau bagi plastic bag dah. Kayy fineee pasni aku bawak bag roda balik kampung aku sendiri. Kayyy carrefour? kau tunggu lah situ, aku datang lagi sekali nanti bawak bag rodaaaa. angkat-angkat dagu*

Baru teringat tadi dalam list barang lupa nak tulis butter. Yela kann org nak buat garlic bread sendiri kena la sapu2 butter dekat roti. Jadi perlulah aku menyinggah ke kedai banggali dekat-dekat rumah. Eh tadi bangla, ni banggali. Kau dekat negara mana sebenarnya ni farah?


Uncle banggali : Eh adik, u suka sama itu spaghetti ka? saya jugak sama suka. Lagi masam lagi suka. hehe
Farah : Hehehe saya teringin nak makan la uncle, suka sangat tu takde lah. hehehe
Uncle banggali : Ohhh saya igt adik banyak suka sama itu spaghetti. Saya banyak rambut sini ( tunjuk bulu lengan dia ),adik pun sama. Saya punya rambut pusing-pusing, adik punye lurus. Kita sama-sama suka spaghetti laaaa. Harharhar
Farah : Takyah nak berbulu sangat la kan uncle. Merah pipi aku. ciss*

Hish org tua ni gelak sakan nohhh. Sempat pulak dia usha lengan aku. Menyesal lipat lengan. kantoi dah. cehh*

Tuesday, February 1, 2011

kakak borek adik rintik

B : Youu, dia delete i.
A : Eh apesal dia delete u?
B : Sebab ade 2 ekor syaitan menghasut dia. Seekor jantan seekor betina.
A : I tau,mesti pasal ****** haritu kan?
B : Ak ah, dah mmg hakikat. Nak marah i buat apa tahhh. Susah kalau jadi orang yang selalu bajet cantik ni.    Padahal biasa je. -__-

bertutorial kejap

Assalamualaikum, hai semuaa :)

Hari ini hari kedua dapat bersenang lenang bersyurgaloka dirumah, kerja sekolah sedikit pun tak di sentuh lagi. Biasa la aku memang bukan dalam golongan rajin, pemalas tapi cerewet dan teliti dalam membuat kerja tu baru tepat menggambarkan diri aku. HAHA camne lah minah ni, pemalas tapi teliti* haishhh T_T

Dari hari tu  lagi aku teringin nak layan tutorial mekap-mekap dengan cara nak pakai hijab. Baru harini semuanya tercapai. Whoahh kemain banyak lagi sampai aku tak tahu nak belajar yang mana satu. So akhirnya aku pilih pengajar yang paling cute supaya senang sikit lekat kat otak aku ni. Maklumlah,kurang bijak, lambat lah sikit tangkapnya. thehehe

Sedang semua orang sibuk bagai nak mati mengadap kerja sekolah, aku pulak kemain pulun duk belajar lilit selendang dekat kepala. Huish besaqnya kepala aku lepas main lilit-lilit. Macam ade ketumbuhan pulak rasanya. Minah arab ni yela cantik duk lilit-lilit kepala besaq, faktor hidung dorang mancung macam boleh sangkut hanger kat depan tu pun dah kira bonus tau tak. Memang lawa ah kan kau lilit apa pun. Sampai kat kepala aku entah apa la rupanya kan -__-

Kay takpe takpe, nanti aku cuba dulu. Pastu pastu aku upload hasilnya ;)