Sunday, March 27, 2011

Todayhhhh -__-

Assalamualaikum, Morning readers! :)

Today I don't feel like doing anything. Tapi pagi-pagi lagi kena bangun awal pergi KFC buat draft German bersama teman seperjuangan kelas bahasa ketiga. Balik nanti rumah rasa nak telentangkan diri pura-pura pejam mata sehingga tertidur nyenyak.
Aku mengantuk lah sebenar benarnyaaaa -__-
Pagi tadi awal pagi drive dengan muka mamai banyak pulak eksiden dekat Highway. Habis hilang mamai aku sekejap tengok van remuk teruk tersadai tepi jalan.

Sekejap lagi la baru fikir nak buat apa harini. Kerja banyak sangat sampai tak tahu yang mana nak dimulakan dulu T_T

Thursday, March 24, 2011

Belum sampai jodohnya lagi

Assalamualaikum,ehey hello-hello readers,

Bila dengar orang bercakap pasal jodoh, mesti mata aku jadi tak mengantuk. Mata jari kurang berkelip. Rasa teruja tu macam membuak2 tebiat. Ehh tak, itu membuang tebiat. Maksud aku tadi membuak-buak tu macam    " Ishhh nak tahu, nak tahu!" teheee. Camtulah punye semangat aku suka dengar pasal jodoh ni. Tapi tu lah kan, sebab sekarang aku sayang uitm, belajar pun tak habis lagi malas la nak tunjuk kegatalan nak berkahwin aku sangat HAHA.

Jadi yang aku nak tulis harini bukan lah perihal jodoh untuk masa depangggg. Cuma nak meluahkan rasa tak senang hati, gusar, bimbang dan perasaan tak tentu hala sebab tak jumpa-jumpa lagi designer furniture yang betul-betul hebat hingga mampu melopongkan mulut pensyarahku. Itu lah jodoh yang aku cari buat masa ni. Jodoh assignment kuuuuuuuu -____-

Ade seorang designer tu, eh tak dia arkitek. Eh bukannn bukannn dia sebenarnye arkitek dan juga seorang industrial designer berasal dari Baghdad. Masya'Allah cantiknya design dia. Sangat sangat sangat mengagumkan. Setiap line, setiap sudut, setiap lenggok designnya buat aku rasa macam bila lah aku boleh design seperti hamba Allah seorang ni. So sekarang aku sedang berusaha mencari seorang designer yang ade ciri-ciri design aku sem ni. Boleh la aku belajar bagaimana designer tersebut menghasilkan sesuatu. Moga cepatlah bertemu jodoh aku dengan designer tuuu. Aminnnn :')

Wednesday, March 23, 2011

Sila rehat, tak boleh paksa diri.

Assalamualaikum, oh hello readers! :)

I woke up extremely late today but could you really blame me? I mean i haven't gotten enough sleep this whole week. Berani betul si gemuk ni tidur walaupun kerja tidak dibereskan. Sketches tak disusun, tak bertampal, tak apa lagi yang tak? Ughh.

Menggelabah cacat jugak la tadi pergi print pergi bind pergi amek 3D. Rasa macam, wohoooo okay taubat taubat. Taknak macam ni dah! aku yakin ini janji palsu, dari sekolah lagi dah cakap bende yang sama hahaha*. Okay tak mengapa, Yang penting kerja furniture sudah siapsss, soooo yayyyy untuk mata. Malam ni boleh rehat-rehat mimpi indah pergi Disneyland ke apaaa. Hmmm ^__^

Oleh kerana terlalu gembira macam dah takde benda nak buat, terlintas pulak dinner AD 2 apr nanti. ehhh apa temanya?

Najwa akan cakap terbalik bila dia penat ;p

N : Eh apa tema dinner?
Me : RANGOLI. I tau dah u mesti pakai pelangi-pelangi kan? Tehee
N : Ehh serius RALONGI? Tak sabarnya!
Me : Heyyy bit bukan ralongi lahhhhh -__-
N : Kehkeh, sorry silap. LARONGI eh eh? HAHA okayy tersasul-sasul pulaks teruja sangat.
Masih silap*  o_O
Me : Ya Tuhannnn, Engkau ampunkanlah kawan aku ni.
 kenapa la dia bila penat mesti cakap kena terbalik-terbalik T_T
N : Hahahahahaha silap lagi ke? Keh keh sorry I mengantuk la sebenarnya, tapi nak bercakap jugak. 


Teruk benar rasanya bila tak tidur. 
Silap haribulan roti xpired ada cendawan pun rasa sedap macam baru keluar dari oven -__-

Tuesday, March 22, 2011

Mama bawak balik lagi ?!

Assalamaualaikum, hello dan selamat petang semua pembaca belog :)

Harini aku rajin nak menaip. Bagus lah syukur Alhamdulillah takde la velog ni rasa dipinggirkan dari hidup tuannya sendiri ;)

Okay okay farah tak boleh mengarut banyak sangat, kerja sekolah banyak. Lepas entri ni kena buat kerja.Ok promise promise! Sabtu haritu mama pergi Cheras lepastu kannnn mama bawak balik ket. Ket kaler orennn. Isk! Aku dah la kurang gemar kucing kaler oren + putih-putih.
Tak meow meow lansung ah cemnihhh -___-

Redha jela kena bela si buah oren tak masak nih. hmmmmmm*

Mulut bising si buah oren ni. Cita-cita nak jadi apa la agaknya @_@

Takpela kan rennnnn, kami akan anggap kau macam adik beradik sendiri. Tak perlu bimbang lah yeee :)

Mengantuk tersenggut-senggut cari drive thru

Assalamualaikum, hahaiii readers! :)

Mood Pagi selasa yang agak baik. Eceh konon je baik. LECTURER-DAH-PROCEED-KERJA-MEMANG-LAH-HATI-SENANG-KAN. Pagi tadi before pergi kelas menggelupur cuak macam ibu kucing hilang anak. Dari semalam pulun buat sketches walhal takde la banyak mana pun dia nak tapi kerna aku buat kerja ala-ala menggunakan siku memang sampai subuh tadi la tak tidur kena mengadap sketches sampai muntah kertas. Euwhhh sangat kan.  -___-

Muka tak tidur minum coffee banyaks -__-


Azab kerja tak siap belum lagi berakhir dah pasang angan-angan pergi McD. Tulah padan muka.  Sape suruh tak siap kerja keluar pergi McD cari-cari cheeseburger pulokkk. Mengada sangat nak makan fries kan macam takleh tunggu esok-esok bila dah siap kerja je. Shaishhhh -__-

Memandangkan najwa and iema mengantuk, secara otometiknya aku mengeheret dorang makan angin pagi dekat s.alam ni. Keluar bertiga dengan najwa and iema. Punya lah malas nak tukar baju. Semua keluar berbaju tidur. Rela tu keluar cari makanan siap dengan najwa berbaju kelawar. Yelah kan perut dah lapar kena lah makan, nanti pitam pulak budak gemuk dua org ni kang. Alasan hebat kan? *eh takkk,iema tak terlibat. Dia kuruihhh.

McD Sec 2 tutupppppps! Okay memang best. Aku memang dah agak da dr dulu lagi la kannnnn. Mmg bulan Mac macam ni McD nak tutups. Memang dorg pernah bagitahu aku dah dulu. Tsk  T_T
Apehal la main chak-chak pulak McD ni. Cari punye cari McD drive thru seketul pun takde yg dekat-dekat sini. Semua kena turun pergi Q dekat kaunter untuk order. Hoish ini gila ke apa?! Belum pernah lagi aku nampak orang pakai kaftan pergi McD. Tak tak. Tak pernah lagi. Kalau labuh tu style jugak la nak keluar. Ini kaftan atas buku lali okay. Sobs. T_T

Pilihan terakhir McD Sec22. Yayyyyyy! Mereka ade drive thru, maka kami tak perlu turun Q di kaunter lahh. hihi. Dapat jugak makan cheeseburger. Memang p-e-r-u-t dan t-e-k-a-k kena berterima kasih dekat aku lah drive jauh2 semata2 memenuhi permintaan lapar kalian tu. kehkeh ;p

Monday, March 21, 2011

aku-hairan-betul

Assalamualaikum, hello mello wello readers!

Akhirnya kan. Akhirnyaaaaaaaaaa TERupdate jugak blog ni. Kasihan dia seperti di-anak-tiri-kan. Hari yang memenatkan rasa macam nak pergi suruh kawan-kawan urut pijak-pijak badan sampai tulang mengeluarkan bunyi.

Takmau bebel panjang-panjang mengarut macam takde penghujungnya. Cuma nak share sikit kehairanan aku bila tiap kali orang menyebut aku dengan najwa kembar. Ehhhh kembar sangat pun tak style jugak sebenarnya. Muka najwa tajam-tajam sikit muka aku bulat lat lat segala benda. Najwa cerah tapi aku gelap. Mata Najwa panjang tapimata aku Bulat. Macam mana lah boleh nampak seperti kembar ini. Kalau seorang sahaja insan yang cakap memang tak ku kisah la kann, tapi ini entah yg keberapa ratus yang menyebut.

Pada suatau petang di dalam kelas furniture,

En Zul : Haa okay buat macam najwa punya tu kay farah. 
( *Sambil tunjuk ke arah aku )

Ehh ape bergurau En Zul ni yang dia tengah duk bagi arahan tu kan najwa, yang dia tunjuk ni si farah.

Amboih En Zul. Ehem! Bila dah dua dua menjeling En Zul...

En Zul : Ehhh silap! Silap! Buat macam yang farah punya tu ok najwa? HAHAHA I konfius betul la dengan muka You berdua ni. Selalu je silap. Apesal macam nak dekat sama je? Hehe

Peliks benar bunyinya. Dah naik jenuh aku duk memikirkannya, Entah tang mana yang serupa mungkin cara pakai tudung telur merupakan faktor kekembaran kesiamans kitorang kot.

Lipsetik Mai.


Okay readers, thanks sudi baca. Bye!  xoxo

Thursday, March 10, 2011

adoih berlambak-lambak

Assalamualaikum, hi readers :)

Okay.aku.rindu.nak.merepek.dekat.belog. Lama tak update. Sorryyyyyy -__-

Kerja aku...











































































berlambak-lambak. 
Dah siap kerja dah boleh goyang punggung macam selalu baru aku update si belog bersawang ni. 

Okay, jaga diri selalu. bye! xoxo

Saturday, March 5, 2011

Tak sangkanya aku ni kreatif

Assalamualaikum, hi readers! :)

Eceh, title pun dah macam statement gila perasann. Awal aku bangkit dari tidur ini hari. Celik mata adik dan mama nak roti telur. Wahh memang kalau bangun pagi2 sabtu kena makan telur ke apa. o__O

Siap memasak siap mengemas aku pun masuk bilik konon-konon macam ade channnn lagi la kan nak rehat kan mata sikit. Rupanya tak. Dah tengahari maka aku cepat-cepat sedar yang anak dara tak elok tidur waktu mcm ni.

Aku kemas2 kotak terjumpa baju vintage labuh mama. Cantiknya la kan, kalau la aku boleh pakai. Memang aku mengaku tak slim ahhhh sbb mmg tak muat. Thehehe. Idea datang bergolek2 macam mengerti sangat yang aku perlukan mereka. Cepat-cepat ambil gunting, gunting baju tu jadi skirt labuh seperti yang diidamkan selama ini. Ehhh betul-betul jadik skirt laaaaa. Ajaibnya gunting ni, pandainya dia gunting baju jadi skirt. Berdebar-debar ahh pulak nak try, *Okay tryyyy -..-

Alhamdulillah, Muat! Muat! Idea menggunting yg aku dapat tadi membuahkan hasil. Takyah pergi beli skirt harga RM60 70 untuk percubaan pertama kali memakai skirt. Sekarang persoalan aku dah terjawab, aku memang boleh memakai skirt walaupun aku rendang2 pohon yang tak berapa nak tinggi ;)

Lepas ni konfiden la aku pergi kedai beli skirt HAHAHAHAHA takde la aku gunting2 baju mama lagi dah ;p

Friday, March 4, 2011

Bye Hellen :(

Assalamualaikum, hey semua pembaca belog -__-

Sesungguhnya aku berasa amat sedih walaupun aku bukanlah pencinta kucing yang amat sangat kat muka bumi ni tapi aku sedih sebab Hellen kucing kesayangan mama abah and mairuz telah mati dilanggar.

Kesiannya diaaaaa :'(

Hellen mati dilanggar lari pulakkk tu. Iskkkk :'(

Bye Hellen. Rehat lah kat Alam sana ya. Tak sempat minta maaf sebelum awk pergi sebab before ni marah2 awk terkencing dekat bilik saya. Sorryyyyyyyyyy Hellen :'(

Gusi basah

Assalamualaikum, hello readers!

Rasa macam dah lama je gusi ni tak basah dek gurauan senda bersama insan bernama kawan. HAHAHA harini jumpa Dianna Redzuan lepak-lepak makan nugget, gelak sampai shawl senget jadi dianna terus pergi betulkan dekat toilet. Leganya rasa bila kita ade kawan yang boleh berborak dan makan bersama. Happy! Yesssss, happy! Thanks bang, sanggup jugak kau dengar aku merepek-repek. Bercakap tegang urat leher sampai lupa nak amek satu dua  gambar dianna. Ye la kannn kot kot rindu boleh aku tatap gambar wajahnya. *Fineeee, aku tau kau geli dgr ayt ni bang. HAHAHA

Lega okay? LEGA.

Maafkan saya, beri saya peluang, 
kerna saya perlu baiki kesilapan diri.

Sebenarnya, *Okay yg ni mcm lari topik sikit. Tapi takpe aku nak bagitahu jugak. 
Aku rasa sangat lapang hati bila deactive fb. 
Bahagianyaaaaaa.
 Rasa nak buat kenduri sebab semuanya dah Okay hehe ;DD

Thursday, March 3, 2011

Rajin VS Malas

Assalamualaikum, hi readers!

Okay harini memang lenguh tulang sendi panjat bukit uitm pergi class. Biasa la ni u ols, I mmg budak yang rajin. Tak sia-sia ibu bapa hantar I ke sini kan kan? HAHAHA ;p

Mula dah dia nak lari tajuk dah. tehee. Kay kay, tadi aku duk pulun buat sketches furniture untuk class en. Zul esok. Tiba-tiba iema masuk bilik...

Iema : Cuba korang teka sape msj aku, and apa dia ckp? Berita gembira ni berita gembira ni. *Cewah iema siap ulang dua kali berita gembira tu.

Najwa : Wahhhh! Class esok takde?

Aku : kau jangan cakap esok RMD takde. Bersinar-sinar muka aku*

Iema : Ahhhhh, salah! Salah! Semua salah!

Berkerut semua muka hampa -___-

Iema : Class en. Zul esok takde!

Aku, najwa , melah : YAYYYYYYYY! YEHHEYYYY! sambil goncang melah. kesian dia gugur tuala mandinya HAAHAHAHAHA

Sepantas kilat kembali ke tempat sketches terus menggulung kertas ambil satu2 susun elok2 letak dekat tepi. Ok jum pergi karaoke. :D

Wednesday, March 2, 2011

Dari diploma sampai ke degree

Statement bajet cute

" menyampah tengok muka  "


Fakta menarik

" Jangan ingat semua orang suka sangat tengok muka awak ye? 
Jadi tak perlu la keluar statement nyampah-nyampah apa tu semua "

twitter ke?

Assalamualaikum, hello readers :)

Hahaiiii harini aku terbukak twitter pulak. Tak berniat nak register tapi tangan ni yang menaip sendiri pergi registerkan. Tak malu betul la tangan ni isk -__-


Nanti habislah asyik twitt twitt je -___-

Tuesday, March 1, 2011

benci class solidworks

 " N : Are you sleeping? "

" F : I’m not sleeping, I’m just trying to suffocate this bug in my eye. It might take a while "