Wednesday, August 6, 2014

Sebenarnya..

Assalamualaikum, *beri salam sambil mengelap tingkap blog sendiri*.

Lamanya tak jengah blog ni..tuddiaaaa habuk dia tebal doblas hinchi! Bukan malas nak update, banyak je sebenarnya nak carut. eh? carut apa carut mama kita kepit lidah guna playar satgih. Since busy  kerja dah setahun setengah ni, tangan buruh kasar ni dah jarang menaip guna kibod. Kerap guna mouse sampai ibu jari dah tumbuh muscle. Peningkatan yang tak dipinta. Ibu jari bermuscle kini sudah bergelar bapak jari, tidak lagi memegang gelaran ibu jari. Farah, apa ni muscle2 ni. terasa muscle dekat lipatan perut tu nanti. *sambil usap perut tanda simpati dengan kebuncitan beliau* Banyak benda jadi, banyak pengalaman yang aku lalui. Alhamdulillah, sedar tak sedar sebenarnya perlahan2 aku harungi semua. Mungkin mata kasar manusia nampak aku tabah, kuat segagah badang. *jauh sgt beza size badan badang dgn lemak aku yg berlipat*. Farah tak suka menaip, tapi mengapakah beliau menaip mukadimah yg begitu panjang meleret? Sesuatukah beliau? Nampak tak permainan badang dengan lemak berlipat ni? Pandai mengaburi mata pembaca.

Last saturday ulangtahun kelahiranku. *Tanpa segan silu memberitahu semorang harijadi sendiri*. Sehari suntuk fefeeling pwincess. Jangan main2, kita pwincess hokkay. Si boyf used to call me pwincess jazmine. Ala pwincess hitam cerita aladdin tu. Nampak tak kat situ yg aku ni sebenarnya suram kelam kelam bak suasana dalam gua musang. Makan kek dekat rumah Aunty Fizah, aunty hadiahkan 3 lipbalm perisa berries. Aww. adakah aunty tahu bahawa email masa lampau ku adalah strawberry_bucuk? LOL. Mohon email itu tidak tersebar. Jika tidak, strawberry bucuk akan dibahan hingga usia cecah 60tahun, hewhew.

Ada antara kawan2 yang wish dekat instagram, antara kandungan ucapan paling menyentuh hati. Ini dia. Mak sempat screenshot je noks. Sebenarnya....entri ni cuma nak cakap yang aku seekor singa jadian. (Leo) Roarrrrr. Bunyi tak seperti singa jadian, malah lebih kepada bunyi singa pondan.


My highschool sweetheart! Lebih tepat lagi jiran setaman Hehehe. Aza cakap aku lawa? Boleh pengsan bangun semula aku baca ni. Bukan setakat pengsan, yang baca ni mesti guris tangan diorg guna pisau potong daging. Yang penting dia cakap aku jarang marah2 huahuahua sesungguhnya selama ini aku bersungguh2 cuba bersikap seperti gadis yang menghadiri kelas etika. Sedih mana pun aku cuba tak moody depan kawan2. And yeah, aza perasan rupanya benda tu. Thank you babygal! :)



Same goes to this gal! Ieka yayang titew. hiks. Thanks syg. Ucapan kau bisa merembeskan air mataku. Mungkin usia kita bersahabat tak lah sampai doploh tahun..tapi tahukah anda bahawa kenangan kita duduk sebilik, makan sepinggan, tidur sebantal di uitm kedah dulu merupakan memori yang paling berharga buat diri ini. Baik buruk aku, ieka terima semua. Gaduh manja-manja esoknya baik balik. Sahur tak lupa kejut ajak pergi dining cari nasi lauk hotdog. Leulz. Tak pernah kisah naik kancil aku yang sempit dari kedah ke perak. Alhamdulillah kita saje main pakai-pakai shawl and finally kau berhijab. Syukur aku ada kawan yang lembut hati macamni.*Eh farah, panjangnya ucapan? menulis tanpa sedar seperti berminat menyertai pertandingan menulis cerpen..* Mmm thanks sayang-sayang sekalian yang doakan benda baik untuk anak ajlan ni. Thank you so much! Moga doa yang baik akan dibalas dgn perkara baik pada kalian juga. Till we meet again. xx