Wednesday, December 29, 2010

Inilah balasannya

Asslamualaikum, hellohello semua :)

Bunyi hello dua kali tu mcm-gembira-je-kan =D

Okay yang pertama aku nak bagitahu perasaan aku. Perasaan yang datang tak diundang ni. Jangan nak berbelit sangat farah, kena tendang nanti* Rasa macam tak percaya, sukar nak terima dan $%^&*#! Dulu kala masa muda-muda aku rajin duk gelakkan kipas susah mati pelakon korea / jepun. Masa diploma dekat kedah dulu aku mula la terjebak sikit demi sikit dengan cerita korea /jepun yang bila kite tengok bak berada di awang awangan. Auwww-kau-sungguh-mengada-lah-farah. Orang lain tak rasa terbang pun kalau menonton cerita korea/ jepun. kau seorang je yg berperasaan luar kebiasaan manusia. Tak payah nak terbang sangat la kan wahai si gemuk pendek + hitam. Bagaimanalah budak seberat farah ini boleh ade perasaan terbang terbangan di awan tinggi. Mustahil mustahil T_T

Ok, kesimpulannya aku dah mula menyelitkan diri aku dalam kalangan kipas susah mati cerita korea/jepun tu. Hishhh ape ni farah, berpegang teguh la sikit dekat pendirian kau masa muda dulu tu. Tak tak, disebabkan ketampanan wajah si hero, kecantikan wajah si heroin maka aku berpaling tadah. Maaf, manusia boleh berubah. Jadi aku berubah meminati benda yang aku tak minat dahulunya. Bukannya salah pun kalau nak jadi peminat mereka, aku takkan dipenjara seumur hidup kan kalau meminati mereka? Tak kann? Okay dah, semua patut diam. Secara rasminya aku terasa diri amat-mengada-kerna-meminati 'jang geun suk'. <3




Eh dah dah. Minat tu minat je la, takyah over sampai nak pergi korea nak pergi melamar mamat ni pulak kan. Sah-sah la kena reject.  ;p




Tuesday, December 28, 2010

fb OH fb!

Assalamualaikum, hi readers :)

Demam fb dah berlalu, kalau suatu ketika dulu pakcik makcik atuk nenek pun turut serta mendaftar laman web sosial yang sememangnya percuma ini tetapi tidak lagi sekarang. Fb kian membosankan. B-O-S-A-N sgt sampai boleh main delete-delete account dan buat baru jika rindu. Masa terluang sebelum tidur semalam ku isi dengan menyelak mag kosmo. Mata yang dah separuh sepet ni terlintas di ruangan 'cosmo rules',

aku terbaca 10 Perkara Jangan Lakukan Di Facebook :

#01
Status mengatakan kamu seorang diri di rumah/pejabat. Bukan tu je,malah kamu siap beritahu berapa lama kamu berseorangan. Bahaya betul!


#02
Gambar helaian dokumen sulit seperti penyata akaun. Bukan saja kamu bakal dituduh " suka menunjuk ", tanpa sedar kamu juga sebenarnya mendedahkan butiran peribadi yang tak sepatutnya diketahui org lain.


#03
Upload gambar " terlampau", walaupun hanya orang tertentu saje yg boleh melihatnya. Bayangkan jika mereka sebarkan foto tersebut!

#04
Merungut perihal kerja walhal majikanmu juga ada dalam senarai temanmu di FB, ia pasti akan menjejaskan reputasi kerjayamu.

#05
Syok sendiri. Kamu suka " Like " dan komen pada status dan gambar kamu sendiri.

#06
Beripandangan peribadi mengenai perkara yang menyentuh sensitiviti teman FB kamu yg berlainan bangsa dan agama.

#07
Katakan sesuatu yang belum pasti seperti, "saya dapat kereta mewah bulan depan!" , malangnya bank tak luluskan pinjamanmu.

#08
Status marahmu. Walau sedang panas, elakluahkannya di FB. Ada potensi untuk orang yang tak berkenaan pula yang terasa. Kamu juga akan dilihat sebagai mat/minah baran.

#09
Butiran lengkap seperti nombor telefon dan alamat rumah. Kamu memudahkan penjahat merancang sesuatu yang tidak baik.

#10
Jawapan telus. Apa saja yang ditanya, kamu pasti akan jawab. Termasuklah angka gaji. Kamu mesti bijak rahsiakan sesetengah perkara di laman web sosial ya! :)

Dalam 10 perkara ni ade jugak yang terkena batang hidup sendiri. HAHA

euw,copycat -__-

Assalamualaikum , oh hye -__-

Rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Kalau didepan, pijak semut pun tak penyek. Kalau dibelakang,wahh kemain lagi. langgar gajah pun boleh sawan dibuatnya gajah tu.

Beginilah ye 'si copycat yang kurang bijak', jadilah diri anda sendiri. Kerna sememangnya setiap orang itu ada kelebihan masing-masing. Jangan banyak sangat membuang waktu dengan cuba meniru orang lain. Itu tidak bagus. Tidak, tidak bagus sama sekali.

Monday, December 27, 2010

saya cair tengok dia

Assalamualaikum, hi readers :)

Sesungguhnya ingin aku nyatakan disini aku teramatlah kagum dengan SALAH SATU Pinjaman yg Allah S.W.T berikan pada manusia iaitu wajah yang cantik. Heningnya suasana petang, berdiri pula seorang gadis di bahu jalan yg memasang niat hendak melintas. Betapa luasnya mulut si gadis ternganga disaat dia terpandang seorang gadis lain yang sgt cantik diseberang jalan sana. Berbaju kurung hijau muda, kulit yg cerah ++ mulus serta ketinggian yg sederhana hebatnya bagi seorang gadis. Melangkah sopan dengan senyuman paling manis pernah aku lihat. Begitu kagum aku dengan ciptaan Allah yang indah ini. Yang lebih membuatkan si gadis itu indah pabila dia membuka mulut bertanya jalan, pabila dia tersenyum mengucapkan terima kasih, pabila dia berpaling memberi salam sebelum beredar. Kalaulah aku boleh mencontohi dia :'(

Cantik pertuturannya, cantik rupa parasnya, Betapa gadis bertudung siang tadi membuat aku cair ibarat aiskrim yg keluar dr peti ais 8 JAM yang lepas. Gadis tadi menjadi penyuntik semangat untuk aku memperbaiki diri. Biarpun tak banyak yang dapat ku baiki, sedikit pun dah memadai :')

Sunday, December 26, 2010

Farah curang!

Asslamualaikum, helloooooh readers :)

Tajuk entri macam gatal benar je bunyinya. 'Ilmi b. Rosli, anda tidak perlu resah gelisah gundah gulana kerna saya bukanlah curang dibelakang anda. Curang disini antara saya dan Mr. Clinique happy heart saya -__-

Kalian semua tidak tahu betapa  aku mengasihi Mr. C. Dari zaman hingusan ( takyah nak berhingus sangat la kan farah) okay okay tukarlah, sejak dibangku sekolah aku selesa dan amat setia memakai Clinique happy Heart. Biarpun harganya tidaklah semahal perfume orang lain, tetapi wangian menusuk peparu tu amatlahhhhh sesuai dengan jiwaku. Sedang hangat aku bercinta dengan Mr. Clinique aku tu, muncul puleeee True Star Tommy Hilfiger cuba menggugat kesetiaan aku terhadap Mr. C. OK fineeee ahhh, aku mmg tak mampu menahan getaran bau true star tersebut maka tercuranglah aku terhadap Mr. C. TER okayy? Tak sengaja. Biasa laa aku kan insan biasa, tak lari dari kesilapan  -__-

Satu sem aku bersama True Star, tiba-tiba TERinduuu clinique. Sekali lagi aku berpaling tadah. HAHAHAHA rilek la kan, baru tukar dua kali. Belum 2 puluh juta kali. Err, 20juta kali curang? Durjana benar bunyinya*

Pertama dan bukan yang terakhir. Kasihan kau kan -_-

Eih ape ni pink lagi ni. Farah, tabiat ini sungguh menggeli gelemankan okay T_T

Kusangka panas hingga ke petang, ohhh tidak sampai rupanya.  Lepas lunch dia hujan. Kasihannn T_T
Tukar lah tukar. Beli balik clinique happy heart aku tuu. Beli banyak-banyak nak simpan bawah katil atas meja tulis dalam laci almari dannnnn kabinet. Takmau yg lain dahhhh. Kali ni mesti betul-betul kena setia terhadap yang satu ni. Ehemmm. 

Bertahun tahun tahun punye tahun lamanya aku duk mengheret Mr. C kesana kemari, duk sembur sana sembur sini akhirnya aku sedar rupa-rupanya hati aku tidak tetap. Aku sukakan Be Delicious DKNY,



&& aku sukakan Tresor in loveeee :)

Okay yang ini nak bagi <3 <3 <3 banyak-banyaks!
 Wanginyaaaaa dia, rasa  mcm nak kawen je dengan tresor.
Nasib baik kau ni perfume. Okay gatal*

Okay habis dah, thanks baca belog saya! <3

Lamanya rasa

Assalamualaikum, hai readers >:-D

Setelah sekian lama tak bertemu dengan organ penting dalam tubuh, ( fatin yang dimaksudkannya*) bertemu jua akhirnya. Meluap-luap rasa rindu didada. Terasa lapang kepala pabila bersua muka dengan si dia. Wah berbunga ayat si farah, siap tumbuh daun melilit-lilit lagi. Kalau begini, segera nak menukar cita-cita lah. Boleh jadi guru sastera ;DD

Dah farah dah, banyak sangat merepek ni. Jangan menyimpang dari tajuk sebenar. Entri ni cuma nak tunjuk betapa gembira dan terubatnya rindu di paha, ehh takkk. Di dada pabila bertemu dengan wanita penting dalam hidup <3

begini la farah mengajar fatin meneran T_T



Saturday, December 25, 2010

Takmau malas lagi

Assalamualaikum, hh haii readers,

Punyalah lama tak on9 tak bukak lappy tak baring-baring bergolek ats katil macam gajah malas. Punyalah lama kannnn. Kerja kerja kerja. Pagi sampai petang balik-balik memasak pulak, bila malam dah penat jangan cakap nak pergi menonton wayang ke apa, nak tengok tv kat rumah pun rasa macam tak sempat je. Rasa mcm perlu tidur bergulung-gulung dalam selimut sambil mengepit bantal.

Melampaunya penat budak ni, mcm la kerja buruh kasar buat bangunan*

Cuti sem yang tinggal sisa-sisa je ni perlulah dimanfaatkan sepenuhnya. Lepas tengok result yang keluar haritu, syukur Alhamdulillah. Next sem usaha lagi ye farah, tak semestinya kau makin gemuk kau tak boleh jadi pandai kan ? ;p

Tak kisah la nak gemuk ke apa, nanti pandai-pandai la aku sedekahkan lemak ni. kalau la boleh kan* Sit up malam-malam sampaai mengah lepastu gelak sorang-sorang tengok perut sendiri. Takpe, takpeeee farah, gemuk boleh kurus. Tapi malas susah nak rajin. kan? kan ? -___-

Ini berdasarkan pengalaman,
Kalau orang malas memang takde ubatnyeeeee. Maka biarpun badan berisi ke apa, paling penting hidup mesti rajin. Bila malas, takde ape yang dapat dicapai. Duduk la kau diam-diam situ dekat rumah online sampai hari tua. Kekalkan sikap malas lalu mewariskannya pada anak cucu cicit. Bukankah hebat begitu? Jika kau rasa malas itu hebat, ape salahnya kalau jadi pemalas. Cuba lah kalau nak merasa jadi insan tak berguna  ;p




ipoh ; wedding abg shah ; gua kek look tong

Assalamualaikum, hey readers :)

Entri ipoh ni aku malas menaip. Jari lenguh, nanti bengkak habislah jari aku yang gemuk pendek ni. Maka aku hanya mempamerkan foto dan sedikit ulasan. wahhh keman lagi ulasan kau kan farah*

Perjalanan ke Ipoh dimulakan dengan bacaan Bismillah dan doa naik kenderaan. Baru 5min dalam kereta mata dah kuyu. Berat sungguh mata biarpun tidak memakai sebarang bulu mata palsu. Kalau macam ni elok tinggalkan je budak nama farah ni dekat rumah. Kuat betul tidur giant seorang ni  -__-

Entah datang dari mana kereta banyak ni, nak aje aku amek kereta-kereta ni simpan dalam kotak.
 Orang nak balik kampung dia nak  jugak. Heishhh. tiba-tiba emo*

KL 101. Haih MR 'H' comelnya awk ni. Tak tak, bukan lori sebelah tu.
 'H' yang hitam gagah tu ;)

Baik sungguh, 110km/j pun tak sampai. Ini terpaksa*

Tak dapat Mr. 'H' tu, 'H' yang ini pun jadi la kan :'(

Sampai-sampai terus pergi gua, cari kelawar la buat sambal tumis ;p

kenapalah budak ni -.-"

serasi bersama, jemput hadir ke perkawinan poyo dan joe :p

gajah geli ketiak

cubalah matang sikit

bubu, diri sini bu ;D

eh eh mengada tergelincir pulak. nasib baik gajah tak himpap boyf dia -_-"

dakwat camera habis dah

yang ini juge

hilang kesopanan bila kena candid

mengumpat sikit-sikit

r-a-b-u-n. okay ni tipu*

takyah berlagak perwira la  ye syg. perwira x pakai seluar jeans ahh ;p

kemain semangat lagi budak ni bercerita.Ya kawan-kawan, bercerita.
 Ini bukan gaya menyanyi atau berpantun.

Pasar pagi, aku lupa nama pasar tu



rempit tu beraksi depan bas pulak kan*

orang pakai biru aku je magenta. 

kite sayang awk. lebih banyak dr duri kaktus awk ;D

depan masjid pun jadi

baby tu, kalau  aku dpt lambung dia.
 aku lambung tinggiiii tinggiiii sampai tersangkut kat ats. grr grr



tokmoh jangan rapat2 moh, nanti ilmi amek gambar bergegar2 sebab jeles. HAHAHAH

<3

emma & shah. Bukan, bukan shah yg kahwin.
abg dia, dia pakai mengalahkan pengantin. confuse tetamu dibuatnya*

Satu class

Alahai terbang-terbang kain. Igt seksi sgt la tu? ceit -.-"

jangan curi telur saya, jangan curi! tolongg, imi pencuri telur. =O

terimakasih ye shah :)

mana ade camera kat pp ilmi, apsai pandang situ. gatal nohhh ang ni farah
kek look tong

megaminddddddd ;p

banyaknya ikan. goreng boleh, asam pedas boleh,masak lemak cili api nak buat dua periuk.
 hmmmm. masak ape lagi yeee #$%*()(*&

muka sebelum balik

okay bye gua, bye ipoh and bye bye bye ikan.
tak boleh dah berangan nak masak mcm2 lauk :'(
Macam panjang je entri aku kali ni, kalau ade 400 gmbr dlm camera tu 400 400 tu aku upload. punye la pemalasnya nak menulis kannn -.-"

Jumpa lagi, till then. salam. xoxo <3

Saturday, December 11, 2010

akanku buang sawang yang ada

Assalamualaikum semua, hi readers :D

Saje menjenguk nak buang sikit-sikit sawang yang ada. Saat gembira bersama bubu sayang dan rakan-rakan di Ipoh minggu lepas akan ku update nanti. Tak punyaaa waktu yang cukup. Till then, tc,salam! :)

eceh, bukti kononnya -___-

Thursday, December 2, 2010

auww, banyaknya pink!

Assalamualaikum, dan hello :)


Semalam istiadat konvokesyen uitm telah diadakan di Dewan Sri Budiman. Terasa lama tak bertemu jantung hati. Akhirnye berjumpa jua dua si becok farah dan najwa. " Rindu gila kat U ok bit, dah lama tak tidur menghadap lubang hidung dengan U. Tehee "


Susun punya susun folder gambar dalam lappy ni terjumpa pula gambar akhir-akhir sem tempoh hari. Bilik sepah macam kapal karam / tongkang pecah. T_T


Tak kisah lah, mak mertua tak duduk sebilik dengan kitorang dekat seroja. HAHAHAHA ;)

Ahhh takpe takpe, yang penting kitorang bukan pengotor. Bukan, bukan.

Tadaaaaaaa, ini dia muka najwa sedang mengemas barang sebelum berangkat pulang ke U AS YOT ( tak sangkanya aku menaip dalam german )



Walaupun U tak pernah mengaku dengan I, U suka pink tapi dlm gambar ni dah tunjuk segala-galanya dengan jelas bit. I tau dah sekarang -.-"

Shweetzzzzz shangattttttt ;DD

Sehingga bertemu lagi lepas u balik dr German, take care ye babygurlzzzzz. Nak pelat lagi ke dah cukup gurlzzzzz dah ni?  ;p

tak tergugat pun

Aku percaya diri aku boleh buat lebih baik dari apa yang kau fikirkan. Terima kasih la ye, aku mmg tak rasa tergugat pun. Sekurang-kurangnya aku ada kehidupan sendiri yang perlu dijaga, bukan sibuk menjahit tepi kain orang, kain sendiri terkoyak rabak habis benang berbulu-bulu keluar :')

Wednesday, December 1, 2010

Balai Seni Lukis Negara

Assalamualaikum, hello readers :)

Minggu lepas bubu terbang dari kuantan ke KL kerna beliau ada urusan dengan Balai Seni. Bukan urusan main doktor-doktor atau main mak-mak dengan balai seni, ini urusan yang lebih penting. Tahniah saya ucapkan atas kejayaan dia dan rakan-rakannya. Saya ada satu permintaan, sila bagi saya sijil yang awk dapat tu. Takde sijil, takmau keluar dating 6 bulan. Ini peringatan terakhir yg berbaur ugutan dari saya untuk awk ye imi ;p

Saya malas nak cakap banyak ( susah nak percaya bukan?) , bagi saya sijil awk. Baru saya pulih seperti sedia kala -.-"

mengada. lempang sikit boleh?


lukisan tu takde la tinggi sgt syg oi

hebatnya pelukis ni :'(      jeles*

Kiri lukisan, kanan gergasi. 


dah dah la tu yangg

etc

Famili besaq

Makan sapu tangan pun jadik la

20sen 


Ok, dah selesai upload gambar yang seciput :') 
thanks imi sayangggg, terima kasih juga buat si pengambil gambar-gambar <3