Wednesday, December 14, 2011

Kampoang

Dasar berasal dari lembah kuno, orang lain menang benda kecil pun kau nak jealous ke? Nak jealous pun kau punya pasal la, daddy kau tak bagi aku makan pun kan. Masalah sekarang ni kau yang mmg lifeless tu berusaha gigih sangat cari salah aku dah kenapa lah? Aku pakai baju banyak corak kambing gurun ke, colour harini ni matching sgt dengan kasut ke, aku suka makan maggi goreng dengan telur ke kau susah apa? Nak kutuk, kau kutuk jelah dengan geng kampoang kau tu, sampai telinga aku ni dengar ingat tak sakit hati ke? Aku ni bukan malaikat dari atas sana boleh kawal perasaan amarah aku sehabis tenang mungkin. Aku kan manusia, manusia biasa yang makan nasi macam kau jugak la jendul.  Usaha jela bagi diri tu menang, orang lain memang kau jadi cacing kepanasan taaaaapi kerja kau memang harram buruk nak mam***. Ops sorry la tercakap work kau teruk pulak kan. hakikat*

Aku tak suka nak post benda macam ni, buat kedut muka je. Tapi aku memang betul-betul tak bisa tahan dengan perangai kau yang #$%^&* tu, habis hormon keperempuanan aku lari dari tarikh sebenar bulan ni. Since kau block aku dekat fb so apa kata kau baca dekat blog aku ni je apa aku tulis. Kreatif kan aku?

Wednesday, November 23, 2011

Interpersonal communication

Assalamualaikum, hello readers -_-

Gua rasa sangatlah lemau bila tak dapat jawab soalan 15- 20 INC test tadi. Study bagai nak buasir dengan najwa, yang gua TERskip tulah dia nak tanya banyak-banyak. Hmm, Tunggu je lah En. Selamat bagi markah nanti, mesti guling-guling gua depan foyer meratapi apa yang dah jadi. Takpelah, at least gua usaha jugak nak study. Dari orang belakang gua ni, bukak buku terus salin sebijik-sebijik noktah koma semua tak tinggal. Dah la meniru,dia boleh pulak memekak belakang gua kan. Iya, memang semua orang tau kau dapat A+ nanti, jangan risau. Semua org memang tahu tu. Sia-sia je  belajar dekat sini. Pergi mintak borang berhenti belajar je la. Lagi best duduk rumah, boleh baring depan tv tunggu orang datang meminang je. Kan? Wops, layak ke nak dipinang?

Marry me

Assalamualaikum, hahai readers <3

Gedik benar bunyi tajuk entri ni ye dok? sebenarnya takde lah gatal nak kahwin lagi. Aku dah jenuh mencari perfume yang diberi nama" marry me ". Kalau perfume aku suka mesti susah je nak ada. Memang diorang nak aku busuk bau keldai je ke apa? Bukannya perfume harga beribu-ribu pun. Jual je lah dekat kedai tu banyak-banyak. Siapa suruh buat bau wangi-wangi. Bila orang dah nak, dia takde pulak. Eee tak puas hati betul la aku.

aku mmg tak puas hati dgn kau sebenar benarnya. apesal kau wangi?

Gigih dah aku cari. Nampak gayanya kena tingkatkan lagi lah usaha sekarang ni. hmm -_-


Monday, November 21, 2011

Hello Monday

Assalamualaikum hi readers! :D

Kira punya kira, aku baru minggu ke-9 rupanya. Ingat dah ke 14 keeeeee. Minggu ni rumah sewa aku ni bakal jadi wad Lukemia la jawabnya. Berguguran rambut-rambut stress. Sorry lah kak ina yeh, nanti saya vacuum -_-

Mon - Test German
Tue - Timeline Hoosier En Abu yang berlambak lambaks, Sketches Dato'
Wed - Test INC. Bacalah beratus-ratus slide baru lulus
Thur - ETP pun samaaaaa. Test lah sampai tersembul biji mata, Kerja product submit dekat Pn. Salwa.
Fri - Pre Assessment. Okay aku benci yang ni.

Takpelah, nak grad punya pasal. Gunung Daik sanggup ku daki apatah lagi setakat test celah-celah gigi ni.


 Good Luck farah! :D
 Good Luck farah! :D
Good Luck farah! :D
 Good Luck farah! :D



Takyah duk ulang sangat pun takpe. Gigih la sikit usaha minggu ni. Bungkus sikap malas tu dalam paper bag lepas tu pergi buang dalam sungai. Bagi buaya makan. Biar Buaya tu pulak malas. xo! <3


   

Saturday, November 19, 2011

Berpenyakit

Assalamualaikum,hello readers! :)

Maaf terlalu lama biarkan blog berhabuk-habuk. Sekarang musim nak asses ni, makin menjadi-jadi penyakit lama ni. Makin MALAS. Malas yang tiada maaf bagi mu dah ni. Kalau menaip, saya memang malas, Jadi saya dengan rajinnya nak upload gambar di pameran mewarna tempoh hari. Tak nak mencarut panjang-panjang, nanti rajin sy tulis entri baru. Till then,take careeee. xo!

Tak payah teropong sgt pun takpe sebenarnya

Agnes II

Tak follow dah?

Ecceyh tak follow dah? dulu, kakak suruh adik follow supaya boleh meniru. Sekarang tak dah? Haha saya ni seorang yang ambil berat kan? kehkeh

Saturday, November 12, 2011

ihatechuuuu

Saya tahu tak baik nak benci-benci orang ni tapi tu lah kan nak buat macam mana dah TER-benci ops! sorry. sangatlah tak sengaja. -__-

Bukan dalam exam je dilarang meniru tau, dekat mana-mana pun toksah la gigih sangat usaha tu nak meniru orang. Pedih ulu hati saya dengan tabiat buruk awek sorang ni. Adoi kasihan sungguh awek ni terpaksa berhempas pulas lakukan semua ni. Sobs* T_T

Saturday, October 29, 2011

LDK katanya

Assalamualaikum, hello readers :)

Selamat bergembira dihujung minggu!:)
Rasa tak ikhlas sangat mengucapkan selamat bergembira tu sebab aku sendiri tak gembira pagi2 dah kena pergi LDK. Tskkk. Latihan Dalam Kumpulan? setiap sem dari 4 tahun lepas kena buat benda yang sama. Kadang-kadang rasa nak teriak kuat2 mintak LDK dihapuskan. Hapuskan LDK, Hapuskan LDK! Dengar ceramah sampai punggung cair dekat kerusi, dapat group yang emm emm  %^&* haihhh. Buat la kau mindmap, pastu buat balik, buat lagi dan terus buat sampai la muntah keluar biawak -_-

Pukul 6 la baru habis azab. Huuuu

Thursday, October 27, 2011

copy paste

Assalamualaikum, hello readers :D


I wanted to write something meaningful for this post, on a topic that's been on my mind since early this year. But,I've been sitting here for the last fifteen or so minutes and can't really come up dengan apa-apa punnnnnn. Menguap tu jangan cakaplah, bukan ratusan kali. Jutaan kali dah agaknya. Mengantuk petang-petang ni lah perkara yang paling bisa ditanggung Tsk T_T

Sambil duduk menggoogle-google dalam hujan lebat ni, kononnya nak buat lah sketches yang dah 60 helai tertangguh. 60 tu bukannya sikit, entah apalah aku nak merepek mencarut-carut dalam sketches ni ahai.

Tenung punya tenung layout pad ni aku rasa bila-bila masa je dia boleh terbakar dengan sendirinya. Takde idea ni takde idea, celah mana aku nak korek idea time2 hujan mcm ni. Kerja banyak,kena jugak siapkan walau terpaksa meredah hujan dan lautan belantara. Eccey belantara sangat kan.

Google punyah google, akhirnyaaaa.Tadaaaaaaa. Terjumpa baby gemuk badan gempal dempak shameow meow. Pandai betul si pereka 'copy paste' ni la. Tak terlintas pulak selama ni ade idea simple tapi best mcm ni :)


Haa sekarang ni otak dah rasa tak berapa bersawang sangat setelah tengok makhluk comel diatas. Alhamdulillah, Boleh lah start cari idea untuk sketches. Dengan nada bersungguh-sungguh* ;D




Tuesday, October 18, 2011

Juling tiba-tiba?

Assalamualaikum, hey readers :)

Hari yang begitu haru biru. Nak print kerja, printer problem tiba-tiba*. Nak pergi class, uitm jam gila nak mam*** tiba-tiba*, parking kereta jauh gila sambil berlari2 anak gajah pergi ke class. Habis class, habis azab. Pukul 12 tengahari terpacak terik matahari atas kepala. Berasap tumit kaki berjalan ke tempat parking kereta. Ini baru panas dunia, belum kat 'sana' lagi.sobs T_T

Lunch aku harini dihabiskan dekat JPJ. Dua bulan dah lambat renew lesen. Haaaaaa lesen sangat kannnn. Apa lah nak jadi budak ni dia. Kenapa tak cukupkan 9 bulan lewat baru nak renew. huu. Imi kata kena bawak gambar berukuran pasport. Hish. Yang ni aku tak berapa nak berkenan ni, tang tang gambar pasport ni aku berbulu sikit. Muka kalau tak macam mangsa banjir dalam gambar tu mmg tidak sah lah. Nak pulak pergi bergambar dekat peti yg otometik tu. TERIMA KASIH LAH PETI, muka saya kelihatan cantik menarik kau mmg debom la.  Banyak lah kau punye debom. Memang tak ahhhh kan. Hina sangat tau hasilnya, muka terkejut. Mata ke atas, siap ketengah sikit, senang cerita juling la kan.
Kat kaunter tu, macam biasa lah kan pekerja tu mintak lesen lama & gambar pasport peti tak boleh blah tadi tu.

kakak jpj : Ehhh. 
me : Err kenapa kak? salah size ke gambar sy tu?
kakak jpj : Takdelah, betul dah size ni. Tapi, teruk jugak juling mata awak eh? Tengok depan2 tak berapa nampak pulak eh julingnya.
me : Huwahhhh tak tak, itu semua mesin peti automatik kat bwh tu punya pasal. 1st time guna mesin kodiii tu, terasa sgt jakun :'(
kakak jpj : Ala takpela, takde siapa nak belek lesen pun.heheh
me : Oh hahaha tu lah kan. *eleh gelak-gelak konon dalam hati mendidih terasa betulkah mata aku ni juling.

Okay apa-apa pun dah rasa lega boleh drive dgn tenang bila dah renew lesen ni. Takde lah  rasa macam penjenayah bawak van seludup bunga api ke negara jiran dah lepas ni.

Saturday, October 15, 2011

Kacang spendah.

Assalamualaikum, oh heyyyy readers :)

Entah apa lah agaknya yang korang fikir entri spender aku ni kan.. Spender? Sangat euwwwhhh bunyinya. Hehe bukan nak cerita spender brand apa ke, ade renda-renda ke tidak. Bukan, bukan. Yang membuatkan aku nak melalut dalam entri ni sebab tadi aku pergi pasar malam. Cari kacang rebus abang roda tiga tu. Jangan main-main, walaupun motor dia roda ada tiga, kacang dia sedap nak mateyyy. Aku boleh dikira ketagih kacang rebus setiap kali pasar malam sabtu. Bila tak dapat, mata merah2 hidung mcm beringus. Hikhik. Okay, okay sangat menipu* O_o

Takde lah sampai mcm penagih tegar pulak rupa aku bila tak dapat kacang tu. Cuma tu la, muka kelat sikit kalau tak dapat kacang rebus spender. Haaaa, kenapa lah spender namanya?

Mama : Eh ini apa asyik makan kacang rebus je ni. Asal sabtu je, berlari kau ke pasar malam cari kacang ni.
Faya : Sedap la maaaaa, lembut lemak manis dan mengasyikkan!
Mama : Memang la asyik, dia bubuh spender dalam timbunan kacang rebus dia tu. Tu lah kau asyik sgt dgn kelembutan kacang dia HAHA. Eeee kakak sangat sebati dengan kacang spender ;-p

Itulah ayat mama tiap kali aku pergi pasar malam cari kacang tu. Asyik2 dgn teori spender dia.. HAHA mama suka bergurau yeh ma. Mentang-mentanglah kalau kat kedai makan asal sedap sikit mula la ade orang ckp letak spender la boxer la baju dalam la, eh apa lagi lahhh nak bubuh dalam makanan tu? Takkan la kena bubuh singlet pagoda dalam makanan tu baru boleh sedap? haih merepek sangat okay.

Nasi? Erhhh.

Assalamualaikum, hello readers :D

Macam dah lama je tak main timbang-timbang. Ohh bukan timbang takraw tu, ini hal timbang berat badan aku yang tak tau boleh di panggil badan ke tak ni. Makin berlemak dan terus berlemak, Goshhhhhh apa ni, sangat menakutkannn.  ~__~'

Bukanlah aku nak salahkan nasik ke apa aku dah gemuk ni, entri ni saje nak potpetpotpet luahkan rasa bosan aku terhadap nasi. Fui aih, dari kecik sampai besar asyik mengadap nasik, mahu biul otak aku M-U-A-K  terhadap nasi punya pasal. Bukan tak bersyukur dapat makan nasi, bersyukur sangat Alhamdulillah. Cuma tu lah, tekak manusia ni mmg begini. Apa salahnya kalau setahun ni tukar menu pulak kan. Bukan makan batu, makan potato. Potato yang lembut anddd empuk mcm pondan. Awww sedap nyiewwwww :-p

Bagi seguni pun aku telan potato ni. 

Hampir 3 minggu tak jumpa nasi, rindu? Aloloh belum rindu nasi lagi setakat ni ;)
Tak kisah la apa pun kita makan, jangan lupa mengeluarkan peluh sedikit yeh kwn-kwn. Kalau kurus pun tapi tak badan sihat tak best jugak kannnn. Okay thanks sudi baca entri ni, tc. Muah muah! bye <3

Friday, October 14, 2011

Mari menjahit ;)

Assalamualaikum, hello readers. It's fridayyyy yohh.

Happy nyaaaaa la kan hari ni jumaat, heaven sangat. Tea time dengan safia najwa, lambat pergi experimental construction. Dah sampai studio TERserempak dengan Cik Linda, dengan cargasnya rasaksa berdua ni  termengah-mengah lari selamatkan diri sebab pergi tak pakai baju sukan. Nak main baling-baling telur katanya kannnn, takkan nak pakai vaa-vaa voom cenggini, oh cannot cannot.

*Macam dah terlari tajuk je ni, ok ok sorry tak sengaja termelalut. Biasa la dah seminggu tak balik jumpa mak bapak. Weng sikit otak ni.

Semalam la kan, kelas ETP. Haaa, ETP tu kelas bisnes-bisnes gituuu. Kau jadi CEO, aku kuli, andddd dia bahagian marketing. Disebabkan kepala kitorg ni dah sebati dengan pen and pencil, tiba-tiba Prof Sherry nak kitorg mengira. Guna calculator ye Prof ye? Haaa memang guna siku la aku tekan calculator tersebut. Biar cepat sikit habis kiranya, takyah guna jari yang 'runcing' ni ;p

Sedang enak telinga mendengar Prof Sherry menyanyi.. eh tak, mengajar kat audi. Orang belakang aku yang kononnya dept. Fash**n ni berbuih-buih mulut berborak dengan kawan dia. Wah bukan main rancak ha-hu-ha lagi dia berpesta kat belakang aku. Nasib baik lah aku tak bawak spray nyamuk, kalau tak.. dah lama aku spray lubang hidung sekoq-sekoq biaq mampuih. Aardvark sangat, penci ai tauhhhhh. +_+'

Tak kira la dept. apa pun, siapa kisah? Kalau boleh belajar design sana sini, kenapa susah sangat nak belajar hormat orang dalam class. Korang tak nak belajar tu kau punya pasal la kan, Go die wehhh go die. Tapi aku yang tak berapa bijak ni, memang perlu bagi tumpuan masa dlm class. Well, aku kan 'tak pandai'. Kena lah usaha lebih sikit, korang lain lah. Memang otak genius tak terkata. 'Genius' sangat kan, tah berapa kali repeat aku pun tak tahu lah. Bengap takleh nak di ajar dah, tahu nak bercakap je sampai putus urat leher pun tak sedar. Eeeeiiihhhh, tak faham betul aku la mulut pungung ayam gred apekah ini. Alang-alang dah menjahit-jahit lah apa bagai tu kan, meh la sini aku tunjukkan sikit skill menjahit aku meh. Tapi taknak la jahit kain, bosan dah la. Jahit bibir pun style jugak kan? ;D

Tuesday, October 11, 2011

Bila si mamai menggosok baju

Assalamualaikum, hi semuah -_-

Hari selasa yang tak berapa nak mengundang rasa gembira di hati. Sketches tak siap malam tadi boleh bantai tertidur dengan nyenyak siap peluk-peluk bantal cium-cium siku najwa bagai. Ya Rabbi, macam mana lah boleh terlelap. Siapa yang dah bagi aku ubat tidur ni? siapa? *ok farah tipu. o_O

Celik je mata pukul 5.08AM terus tercacak melompat turun katil pergi cari mana pen and sketches. Sketch la kau situ sambil mata macam kena gam, fuhh garis lurus aku dah macam pembaris rosak. Apalah, cannot go betul buat sketches mata tutup dengan garisan pen yang begitu pondan. Haih T_T

Sementara tunggu najwa mandi, aku pun menggelabah cacat la pergi iron baju. Kononnya nak pakai mustard yellow la kan nampak ceria meria sikit harini ade presentation. Dari beli nak pakai, tapi takde tudung yang match, so bila dah jumpa tudung yang match otometik baju tu jadi baju paling aku gemar dan sayang lah kann kann. Baju baru tak pernah pakai pulak tu, dengan usaha gigih aku nak menggosok baju tersebut tiba-tiba iron tu panas sgt sehingga mampu menghasilkan lubang yang begitu BESARRRRRRR dekat baju aku. Oh baju aku terbakar dan berlubang rupanya. Eh, apa? berlubang? Inilah hasilnya kalau aku bercita-cita nak gosok baju masa mamai bangun tidur O_o

ARGHHHHHHHHHHHHHHHHH! Tensionnya! Kasihan baju kesayangan :'(

Orang tua-tua selalu cakap kalau kita syg sgt, nak sgt kat benda tu. Macam ni lah jadinya, moral dia. Jangan nak beriya-iya sangat.

Monday, October 10, 2011

Aww, coralnya.

Assalamualaikum, hello readers :)

Hari isnin yang mulia, dengan keadaan 'bulan mengambang' ni memang cukup perit untuk aku meng-stabilkan mood ya. Tapi takpe, malas nak emo-emo macam badak menggelupas kulit kakinya. Aku kan farah, farah = girang. Ceyyy kemain kau lagi kan girang bagai.

If muda-muda dulu aku rasa aku suka warna turquoise, tapi terasa diri ni dah hampir nak jadi pengkhianat pulak. Sekarang aku suka biru dan coral. Uhuhu coral sangat kan walaupun mmg sedar diri sendiri tak berapa nak cerah untuk memakai si coral -_-





Alah alah, rasa nak picit-picit je kaler ni. Picit sampai penyek* Eh warna boleh penyek ke.

Mana hilangnya idea?

Assalamualaikum, oh hey  good mooooorning semua! :)

Pagi yang kenyang di McD, mengantuk nak mam*** tapi apakan daya, hidup mesti diteruskan. Takde apa aku nak taip sebenarnya, update blog cuma nak sihatkan biji mata yang konon-konon bila mengadap kerja ni dia jadi mengantuk. Ha tengok tu, tutup je report proposal sir Erwin bukak je blog orang tiba-tiba dah hilang semua penat lelah. Cehh -_-

Thursday, October 6, 2011

I don't need to know.

Awak suka saya ke, tak suka ke, menyampah tahap nak gergaji leher sendiri ke, meluat hingga mampu muntah keluarkan seekor gajah  cacat dari tekak ke apa bagai. I don't need to nohhh!

 " Go die lah kau ", kata Mai.

Sleeping Sickness

Assalamualaikum, hi readers!



Sepatutnya mata yang ku sengkang sejak semalam tak tidur ni memang aku rela menyengkangnya demi kerja procuct Pn. Salwa. Tapi apakan daya tiba-tiba class C-A-N-C-E-L. Fuhh mak haih, berjoget laga-laga punggung lah aku dgn najwa. Class ptg pun takde, sangat lah heavennnnnya kan. Nak balik rumah yayy!

Bukan senang nak faham 'orang'

Assalamualaikum, hello lo lo readers :)

Dah kenapa lah sekarang ni aku rasa malasssssssssssssssssss yang teramattttttttt sangat! Kalau buat kerja tu, sehabis lembab la aku siapkan. Kalau nak keluar makan tu, selagi ada maggi la aku habiskan. Dah habis maggi dalam cabinet tu baru lah konon-konon terpaksa berusaha cari makanan dekat cafe bawah. Dalam hati menyumpah seranah malas nak keluar. Nak pergi mandi pun rasa nak cipta robot boleh mandi-mandikan urut2 kepala shampoo wangi-wangi. Tudddddiaaa pemalas sgt aih.

Mungkin sebab terlalu stress. Begitu stress sehingga mengakibatkan penyakit malas aku betambah serius. Tsk. Bila dah malas, letih, stress aku cuma perlukan 2 terapi. Ya, memang aku perlukan terapi. Tak perlu pergi shopping menerbangkan sejumlah wang sehingga mengeringkan poket, tak perlu pergi ke restoran mahal lalu order makanan paling tak mampu nak di bayar.Tak, aku tak perlu buat begitu. Aku cuma perlukan :-


   1. Camera / phone / webcam.

 Aktiviti ini selalunya aku lakukan bersama rakan segumpalan, ataupun seorang diri di rumah. Lebih tepat lagi di depan webcam dan terasa sangat bonus jika di rumah ade lighting yang sangat bagus untuk beraksi syok sendiri di hadapan webcam kesayangan. Gembiranya aku bila boleh bergambar-gambar walaupun tahu webcam aku memang selalu menipu. Yang tak cantik boleh jadi cantik, bhahah magic sangat.

ai noh ai noh, muka sgt lebar -_-

mesti org perasan agnes sebelah aku ni je, kasihannya pd diri sndri*


2. Berkunjung ke mana-mana gedung tekstil

Okay terpaksa mengaku terapi yang kedua memerlukan sedikit wang. Pergi ke gedung kain, bau kain yang konon-konon macam baru je di cetak sebentar tadi, selak sana selak sini. Begitu banyak kain berwarna warnehhh, Terasa macam diri ni Alice Farah in wonderland pun ada. Puasnyaaaaa.Tak kisah la beli ke tak, aslkan dpt tgk kain yang banyak bergulung-gulung berdiri depan mata, 2 cara ni cukup puas dapat merehatkan otakku yang dah nak berderai ni.

kasik la diskaun 99% ke. mcm style jugak
Tiap-tiap orang ternyata mempunyai cara dan terapi yang berbeza untuk menhilangkan stress, kadang-kadang diri kita sendiri pun sukar kita fahami kan, camno lah pulok ade yang confident sangat kata yang dia begitu memahami orang lain :)


Wednesday, September 28, 2011

eceyh hati jelly ni dia

Assalamualaikum, hahai readers :)


Leganya hati bila berjaya maafkan orang. Kan? Bukan dapat apa pun gaduh-gaduh tarik rambut cukur-cukur kening bagai. Kalau gaduh-gaduh boleh jadi cantik macam megan fox ke, style la jugak. Memang aku jadikan bergaduh ni sebagai hobi fav. sepanjang zaman la. Kehkeh,
Apa pun, sekarang dah 0-0. Meh laga pipi,muah!  :D

Sunday, September 25, 2011

Yehheyh yeh yeh!

Assalamualaikum, hi readers! Happy sunday :)

Dua minggu dah bermulanya semester baru, bunga indah tumbuh di segenap ruang hati. Gembira yang tak boleh di ungkap dengan kata-kata. Mungkin boleh guna bahasa isyarat -_-

Akhirnya pindah jugak rumah, yehheyhh! Bye Sec 7, Hello Nuang Hills, eee Nuang sangat kan. geli sungguh dengan nama tempat tinggal baru ni. Apa kata panggil je Sec 8. theheh.

Ha tengok, saya dah pindah. betul. mana ade tipu.

Eh tak, ni bukan rumah sewa baru aku dan najwa.

Jalan pergi rumah dah macam highway nak balik kampung

Taddaaaa, ini lah syurga baru aku dan najwa :)
Biarpun bukan Banglo 4  tingkat mahupun Semi D dekat Jelutong, tapi apartment baru ni berjaya menimbulkan rasa selesa buat aku dan najwa. Biarlah mereka di sec 7 hidup aman dan damai tanpa gangguan  2 ekor rasaksa ni.

Wednesday, September 21, 2011

Sorry

Assalamualaikum,oh haaaaaaiiiii. panjang kan? yelah lama tak menekan kibod. Gugup rasanya*

Taknak merepek panjang berjela-jela, kerja banyak macam menjadi penghalang tegar untuk aku berpoya-poya di blog hicau ku. Nanti kalau dah tiba saat fantasia bulan madu. Aku menceceh la panjang-panjang sampai berdarah mata siapa yang TERbukak blog ni. Sehingga bertemu lagi nanti, jaga diri. muah! Bye <3

Sunday, September 4, 2011

Ah-hah.

Assalamualaikum, hey there :)

Cuti sem yang bahagia ni bakalan berakhir seminggu saje lagi. Kena lebih gigih manfaatkan masa yang ada ni. Lepasni mana ade heaven-heaven nak tidur siang berjaga malam dah. Terhapuslah kerjaya aku sebagai mak guard. _-_

Memang takde kerja sangat la aku godek-godek cd lelama dalam bilik ni. Kemas punya lah kemas, aku terjumpa cd BLUE. hahahahaha okay aku teringat darjah 6. Kipas susah mati Blue, BSB, westlife, Nsync apa tu semua. Gila okay westlife pun buat rambut mcm tomok. Rambut M. Aku pun apa lagi, konon macam nak imbas nostalgia darjah 6 dulu. dengarlah balik sampai terlelap aku dengar suara simon. Bukan merdu pun suara tapi mampu melelapkan aku. Haih apelah yang merasuk aku masa muda dulu jadi kipas susah mati diorang. Duncan pujaan hati. Woahhh masa tu rasa macam duncan la makhluk ciptaan Tuhan yang paling handsome walaupun hakikatnya tak pun. kehkeh. Biasa la kanak-kanak nak amek UPSR, tengok handsome sikit, penyanyi rambut M pun jadi. Bajet macam kalau minat dorang boleh hilangkan stress belajar la. theheh.

Friday, September 2, 2011

thank you sayangs

Assalamualaikum, oh hai readers :)

Bagaimana sambutan hari raya aidilfitri kalian tahun ni? Mesti meriah hangat meletup-letup gituuuu. Kan? Lain orang, lain jugalah suasana raya mereka. Bagi aku yang memang tiap2 tahun ambil tender cuci pinggan mangkuk dekat kampung tu, tahun ni dapat pulak berehat. Rehat je bukan bersara. Tahun ni faya sangat gembira beraya bersama Snoogums-Boogums beliau. Baju memang terang-terangan tak matching la kan. Tidak mengapa, bukan takde semangat BFF. Cuma baju last menet beli dah siap susah sikit nak cari size. Maklumlah, yang besar terus membesar tak pernah mengurus. Yang slim maintain pulak slim. Oh, hmm..tak bersedih pun, sedang berfikiran positive ni. Kalau angin kuat nak tiup kawanku yang selim melim. Sekurang-kurangnya aku ada untuk jadi tempat berpaut. Terasa hebat bila dapat selamatkan kawan sendiri. Tak kira la size apa pun semua orang berhak bergembira menyambut hari Mulia ni :D

SELAMAT HARI RAYA
Maaf Zahir & Batin 
ya kawan-kawan :) 


umur 22 dah tak boleh tinggi dah

yang ini pun sama, tak boleh tinggi dah

mungkin budak zigzag ni berpeluang lagi kalau nak tinggi

mami benang pun bolehhhhh

kemain bahagia berjemur

faya kau kalau tak menyibuk memang tak bahagia hidup kau kan

tahu la putis melepaks

beraya dalam ladang kelapa sawit

nie, aku suruh snap dari ats kan? apesal tepi? mesti sengaja ni*

agnes nak start menyanyi kena kipas-kipas dulu

awas : kain mudah terbelah

angin boyan meroyan
Ahhhhhh, sungguh lah penat bergambar-gambar tanpa membawa sebarang bekalan makanan. Sekian, ini saje entri raya bersama sugar mugha.. k bai :D

Monday, August 29, 2011

Tak seharusnya begini lah!

Assalamualaikum, Hello readers :)

Ini bukan lagi kisah dongeng mahupun hikayat sang kelembai. Semalam aku berjalan kaki untuk sampai ke mid. Adik hantar sampai abdullah hukum. Jam katanya. Alasan yang lebih kukuh sebenarnya dia nak kakak dia kurus. Ahhhhh, jalan sehari tu takkan kurus tiba-tiba lah gila* Tapi sekarang ni, benda paling utama yang nak aku sampaikan bukan lah hal aku nak kurus mahupun perihal terpaksa berjalan kaki sampai berpeluh. Tapi, ini perasaan terkejut buat kedua kalinya. Aku rasa amatlah terkejutnya bila di celah pokok bunga dekat tepi bangunan yang diberi nama Robbinsons tu ade seorang lelaki usia lewat 40an sedang membuang air sambil berdiri bersiul keriangan. Kau nak berdiri sambil korek mata sendiri pun aku tak heran, tapi dia bersiul sambil membuang air. Aku tak nampak sikit pun tanda tulis *sila lah kencing disini jika anda tak mampu untuk menahannya*. Situ laluan pejalan kaki, penuh dengan pokok bunga. Longkang pun takde, rilek je dia membuang dekat situ. Aku sendiri tak pasti sama ada dia gila, atau tak mampu menahan apa yang nak dibuang atau, moral dia memang dah runtuh sejak sebelum masihi lagi. Aku lalu jeeeee. Dia terus pusingggggggg. Okay-encik-kenapakah-pusing-sedangkan-seluar-anda-tak-berzip-aktiviti-anda-tak-kesudahan-lagi-dan-saya-tertengok! Eeeeeeeee, org tua ni dah kenapa lah. Aku sangat geli. Kalau tak TERnampak takpe, ini betul punya clear dia diri sebelah aku mak haih habis gugur bulu roma dekat lengan-lengan aku ni. Berlari bersungguh-sungguh aku nak sampai ke Boulevard mid tuh. Fuhh nasib baik deodoran dicipta kat dunia ni, berpeluh pun takpe. Thehehe. Inilah dia kali kedua tertengok. Dulu sekolah rendah ada seorang uncle tu buat show ats motor dia. Maklumlah kecik lagi mana tau apa kan, aku pergi cerita dgn driver bas kat sebelah dia suruh tutup mata. HAHAHA rupanya tak patut tengok. Masa tu kecik lagi, Manalah aku tau ada org gila macam tu dalam dunia ni. Lahaihhh. Apalah silapku sehingga terpaksa lihat benda teruk sebegini rupaaaa '(

Putus ketiak

Assalamualaikum, hahai semua.

Ramadhan bakal berlalu pergi, shawal dah tak sabar menanti. Ingatkan esok nak raya harini dah setel la takde kuih lagi nak di bakar. Mama tiba-tiba teringat kuih bahulu arwah nenek pulak. Sekali pecah telur 20biji kau. Isk, aku ni bukan pernah amek kursus pukul telur sampai kembang. Ini guna cara tradisi okay pukul dalam pasu bahulu tu guna spring besar gajah mak oi putus ketiak aku. Pukul punya pukul akhirnya dia mengembang semerbak hasil gabungan telur dan gula tadi. Fuyoh terasa perlu guna tempayan pula. Pasu macam dah tak cukup besar. Banyak sungguh.  Inilah pengalaman pertama menggunakan spring gajah buat bahulu dalam pasu selama 22 tahun aku hidup di muka bumi. Putus pun putus la ketiak ni, asalkan mama happy :D

Saturday, August 27, 2011

Entah mengapa.

Assalamualaikum, hi there :D

Sedang semua orang enak dibuai mimpi indah, aku pulak sibuk menatap gambar-gambar lama. Bajet kalau tengok gambar tu, boleh la pergi zaman tu balik. Kau ingat kau dengan doraemon tu kawan baik ke farah, dia ade pintu ajaib, kau mana ada*

Entahlah wahai hati, rindu yang menggunung saat bergelar pelajar di uitm kedah. Masa 3 tahun dekat kedah aku rasa sangatlah lama. Benci dan menyampah dengan bau getah, kelat tekak nak makan kalau angin sekali lalu bawak bau getah. fuhhhh, menyengat tak ingattt punyah! -_-

Bila tengok foto umur 18thn - 21thn proses nak membesar semasa dikedah, mahu aku gelak sampai berjurai air mata. Rupanya part 1 masa baru daftar di merbok, aku seorang yang kurus. HAHAHAHA aku pernah kurus rupanya ;p

part 6, class furniture. 10 ketul je acuannya. comel kan? ;)

Tapi janganlah pulak aku cakap rindu kedah, ada di antara kalian yang memasang niat nak bukak ladang getah depan rumah aku supaya aku boleh bau getah buku hari-hari. Takkk takk, aku rindu uitm kedah je. Ladang getah dia aku tak rindu. huu. Tak kira la betapa menyampah dan bencinya aku masa tu selalu tak sabar nak balik kl, rindu kl, rindu rumah kan. Yang aku benci tu lah yang aku sayang sebenarnya. hmm :'(

Bukan mudah ya.

Assalamualaikum, hahai readers :D

Jalan raya, shopping mall, segala macam tempat berjual beli yang ada dekat muka bumi ni pastinya sangat sesak, riuh dan meriah dengan kerenah penjual dan si pembeli. Kalau dekat KL ni  anda mempunyai harapan membeli barangan raya dekat masjid india ke jalan tar ke apa macam tu semua, silalah bawak bekalan kesabaran dari rumah. Jangan lupa, situ tempatnya ramai orang dan perlu berasak-asak. Laga-laga punggung bagai, siku menyiku. Dengan jamnya, parking tak berapa nak adanya. Nak beraya pakai mengelip-ngelip tu bukan sesuatu yang mudah ye. Jadi kalau berlaga bahu dengan mat-mat romeo dari banglalesh janganlah pulak pergi buat police report nak saman mereka. Itulah adat resam di jalan sesak seperti jalan tar saat nak tibanya raya. Kalau dekat shopping mall memang sejuk takde masalah panas kena berhimpit, tapi kena berebut-rebut. Size dengan mereka yang tidak kita ingini. Hanya sebab diskaun. Yelah kan nak raya diskaun semua bagai nak gila, lagi gila la kepala org yang duk berebut-rebut barang ni. Yang tak raya pun turut serta takmau ade rasa  ketinggalan untuk berebut dan menghabiskan duit mereka. Haishh apekah*

Sehari menghabiskan masa bersama mai dan fyna dekat jalan tar cukuplah boleh buat aku pergi registerkan diri dekat hospital sebagai pesakit semput tegar. Kalau diorang nak buat Jalan Tar tertutup and ada aircond pun takpe sebenarnya. Tsk T_T

biar senget asalkan selamat -_-

tak bepeluh lagi boleh la peluk2 kan

ini sabotaj ke apa _-_

terasa diri begitu kurus ambil gambar di celah-ceah begini ;p

teruklah kalau sabotaj sampai dua kali T_T

dah kenapa la bunga di taman astakona ni

cita-cita aku nak lebih tinggi dr dia tak pernah padam dalam diri ini.
 tapi apakan daya $*()(*%$#!

bukan main pout lagi kau ye nie ;'p

bila dah panaih berpeluh, takde lah peluk2 dah. berdiri jarak2 sikit haha 

Tengahari sampai tengah malam baru pulang, berduri telinga dengar ceramah free mama. Takpelah yang penting happy sehari bersama insan-insan gila seperti mai and fyna. Berduri sikit pun apa salahnya kan? Baru sexy bhahaha. kbai :D

Friday, August 26, 2011

kehidupan aman makmur

Assalamualaikum, hi readers :)

Sekarang rasa macam mimpi aku berjaya buat kuih makmur. Bukan kerna kuih tu susah ke apa, hidung aku yang begitu poyo ni tidak tahan dengan dengan bau minyak sapi. Bau minyak sapi yang begitu likat pekat melekat ni buat aku loya mengalahkan wanita hamil. Tapi lain pulak ceritanya bila kuih ni dah siap dibakar, aku lah hantu makmur. Jadi lepasni buat kuih makmur sepit hidung lagilah, alang2 buat kuih boleh mancungkan hidung aku yang penyek ni sekali haha.

Wednesday, August 24, 2011

Udah udah lew tuww

Awak remove, block terus, lepastu stalk melalui blog saya. HAHAHA. Awak igt saya tak tahu. Udah udah ler tu, takmau la kita gaduh-gaduh lagi di bulan baik ni. Takkan nak tunggu dah beranak 5 6 baru nak berdamai.

Tuesday, August 23, 2011

Bak sini satu lori mercun.

Assalamualaikum, Hi readers :)

Harap anda semua sihat selalu, sentiasa berhati-hati bermain mercun sementara menanti hari lebaran ni. Biarpun main mercun papan dan bakar menggunakan hujung gigi, tapi anda semua masih perlu berhati-hati. Berlagak seperti pro sedikit tak mengapa. Jangan bakar tangan sendiri, pergi bakar tangan org lain. Thehe eh tak, saya bergurau* Aku ni sebenarnya entah haih susah nak gambarkan sakit perut ni. Memulas memintal dan me segala me lah. Budak-budak pulak main mercun macam Eh-bak-sini-mercun-tu-aku-nak-bakar-rumah-kak farah. Kemain lagi pung pang pung pang depan rumah aku la haih. Kalau la atuk aku tauke kilang mercun, aku mintak dia selori biar aku pergi main tepi telinga diorang. Tak takut betul budak2 ni la tengok berita tangan putus sana sini. Bukan tak bagi main, tapi benda bahaya macam tu kalau takde pengawasan org lebih dewasa kan ke bahaya namanyaaaa. Mereka bukan sekadar berani, mereka juga kreaaaatifffff. Si pemain mercun mampu  melahirkan hasil karya pada pokok bunga jiran tetangga. Bakar corak-corak yang kadang2 menyerupai naga patah kepaknya, kadang2 corak polkadot yang tak berapa nak perfect bulat dotnya dan pelbagai lagi idea kreatif mereka. Hmm, entah la. Nak bising marah-marah pun tak boleh sebab mereka beli mercun guna duit mak bapak mereka, jadi aku hanya mampu lihat mereka gembira main mercun. Tapi tolonglah adik-adik sekalian, MERCUN TU AMATLAH BAHAYA. Ini bukan kisah duit siapa awak-awak semua guna untuk beli mercun tu. Ini soal keselamatan diri, nyawa anda tu tak ternilai harganya.

Bersama-sama kita hindarkan diri dari bahaya mercun ya?  :)


Ini mulut orang bukan mulut kambing.

Assalamualaikum, hi there ;D

Begini la ya, saya ni tak suka cari gaduh ke apa. Dah membesar sihat tubuh badannya, akal pun dah panjang  kalau nak dibandingkan dengan 7 tahun lepas dimana saya budak hingusan lagi. Jadi saya secara rendah hatinya, berharap janganlah timbul isu hak ke apa dekat sini. Sebab, ini blog saya. Saya yang bayar bill internet, laptop pun saya beli guna duit mama, bukan duit awak ke apa. Tak manis lah kan kalau kita baca blog orang lepastu sesuka hati nak menceceh dekat orang lain. Tak salah nak bagi pendapat, tapi isu hak ke apa tu tak berapa nak best la. Sbb ikutkan hak, saya pun ada hak nak menulis mahupun bersuara. Sebab saya manusia jugak, mulut manusia memang susah nak tutup wakkkk. Kalau kambing lain lah cerita. Senang je saya tapekan mulut dia. Takde mengembek-ngembek dah. Kan kan? Kalau lah ada apa-apa saya TERguris mahupun TERobek hati dan juga perasaan awak, di bulan yang mulia ni saya minta maaf ya. Lepasni janganlah penat-penatkan diri lagi baca blog saya kalau tak suka. Nanti tercetus pulak lagi idea HAK kerakyatan awk tu. Eh kerakyatan pulak,  hak menulisssss. Nak rasa tak puas hati biarlah bertempat ya :')

Lepas sahur buat apa?

Assalamualaikum, hello readers :)

Dengan gembira dan sihatnya aku meng-updet blog tanpa tidur. Bahaya sungguh coffee ni, terang benderang biji mata aku tak mahu lelap. Fyna dah hanyut di pukul ombak lautan buatan sendiri. Tinggal la aku seorang diri kesunyian tanpa tempat menumpang kasih. Tettttt! Dah kenapa lah merepek ke menumpang kasih bagai ni. -__-

Ok ok, biar saya bercerita di jalan yang lurus. Tak bengkok dan tak berlopak-lopak. Lepas sahur, perut kenyang..kita buat apa? Pergi main guli dengan anak tok imam la wehhhh, ajak dorg pergi kutip cherry keras ke buat peluru senapang kayu nak main perang2 siang nanti. Gila apa, guli pun tak pernah pegang ade hati pergi main guli dalam gelap buta subuh-subuh macam ni. Cacat sungguh* Kehkeh, sekarang 22 tahun la kak bukan darjah 3 lagi. Selalunya lepas sahur, solat dannn Yehhheyyy saat yang paling indah aku melayan lena di atas kapal mewah tengah-tengah laut air warna biru kehijauan. Mama dah naik jenuh nasihat jangan tidur lepas subuh. Time tu org keluar cr rezeki. Sorry ma, kakak belum kerja lagi. Ni tengah cuti sem, jadi tidur lah kejap sementara boleh. Dah kerja nanti, tak buat dah. Thehehe ;p

Harini sahur mcD terasa sedikit bertambah lemak-lemak terkumpul di bahagian perut. Tiba-tiba mendapat kesedaran untuk pergi main basikal di Pj dan mengeluarkan sedikit peluh dengan berlari-lari manja di tepi tasik. Nak kejut Fyna tersa hati ni tak cukup kejam lagi untuk menganggu si cantik ni tidur. Maka bertekad la aku pergi seorang diri seperti sebelum ini. Eceyh mcm la hari-hari kau jogg kan* Jogg ni bukan untuk kurus, mmg tak lah kannnnn. Aku cuma mahu badan yang sihat supaya aku boleh buat pelbagai aktiviti kesukaan :)

Jumpa lageyyyyy di entri akan dtg, till then, bye! Muah.


Mahu tapi malu.

Tak boring ke kau tengok blog aku ni? Aku risau nanti kau muntah _-_

Monday, August 22, 2011

Katy Perry sangat kan.

Assalamualaikum, hello readers! happy mondayh.

Saat semua orang sibuk mengecat rumah, beli-beli sofa baru, buang tv lama amek tv besar dinding rumah ayah dia, tukar-tukar langsir aku pulak sibuk ber-fb. Bising mama tu dah dianggap lagu raya yag menyapa telinga aku sambil on9.

Fa : Babe, baju raya warna apakah?
Najwa : Baju i semalam pegy jalan tar ade kaler Peach, Limau terang, Orange.
Fa : Fuyohhhh.
Najwa : Semua warna-warna panas. Biasalah. HAHAHAHA. I tak perasan.
Fa : Hot la i duduk sebelah u.
Najwa : Lepas i beli semua baru perasan baju-baju tu warna panas.
Fa : HAHA baju i semua sejukkkk. Baby blue, Biru tak berapa nak dark and turquoise HAHAHA
Najwa : Okay la tu HOT & COLD. HAHA barulahh Katy Perry. Alamak u kena siap nak pergi beli brg dengan my dad.
Fa : Okay sugar, take care. Muah!
Najwa : Take care spice. Sugar& spice. Thehehe ;)

I happy kawan dengan you since diploma bit, tak kisah la selera kite tak pernah sama ke apa. Thank you sugar! Reasons why i love you, I love yr intelligence and I loveeee the way u spark my creativity and imagination. Love yah! xo.

Desserts, thanks to Jhia.

When you r feelin stressed and about to breakdown, just remember STRESSED is just DESSERTS spelled backwards. It's a piece of cake!


Sorry telinga, kau terpaksa dengar.

Assalamualaikum, hi there :)

Since aku dengar 'stereo hearts', terus tersuka. Eh ter pulak, kasihan dia bunyi seperti aku terpaksa suka je. Maka  lagu tersebut terus aku download bagi melengkapkan koleksi lagu kesukaan pengubat jiwa ketika lara. Lara sangat pun tak boleh jugak faya.tsk* Kalau ikutkan hati dan perasaan, memang taknak dengar banyak kali sebab takut muntah akibat muak dengar lagu yang diulang berjuta kali. Tapi entah kenapa aku boleh dengar lagu dia 94kali. Yelah kannnn, siapa suruh iTune ni sibuk nak bagitahu dah berapa juta kali aku dgr lagu ni. Parah parah. Kasihan telinga aku menderita, kalau merempit ats jalan raya ni dah koma agaknya.

Sunday, August 21, 2011

Lepas trend Hana, Trend apa pulak ya?

Assalamualaikum, hi readers.

Hari sabtu yang indah semalam dapat pulak keluar membeli belai, eh belah. Lebih indah lagi pabila mama yang belanja semuanya. Thank you ma!  Sheishh- penat jari jemari yang gempal lagi pendek ni nak membelek barang-barang kesukaan. Tapi apakan daya, keluar dengan Tenaga Penjimat Kewangan Keluarga sekali, memang terhad la paper bagnya kan adik kan? Tapi takpelah, aku bersyukur ada adik yang sayangkan wang kakaknya. Alhamdulillah, bagus adik kakak. Kepada Oh Asmara, Aku yakin kau pasti rasa sangat euwhhh lepas baca ucapan terima kasih ikhlas dr kakak ni. THEHEHE

Punya lah ramai Ha** Taji** yang keluar KL semalam, aku pun macam wahh-fuyohh-apekah* Aku boleh main kira-kira dengan adik lagi walaupun tanpa guna calculator sebenar aku ni tak lah ngek sangat maths kannn, jadi aku rasa dalam 100 orang aku nampak, 90 dari gadis tersebut berhanahhhh tajimah. Betul punya ikut trend ni HAHAHA. Aku je ke yang pakai tudung outdated kelepet2 kat muka lagi ni. Tsk.

Ada comel,ada cantik ada yang macam terpegun aku tengok mereka, fuhh* Subhanallah lawanya. Haa macam tu lah. Tak kurang hebatnya jugak yang pakai warna tak matching. Tapi takpe, saya kagummmmm. Mereka memang berani. :)

Dah penat, tak larat nak melayan nafsu, Tekak pun kering bak kemarau 50 tahun, dua beradik ni mencapai kata sepakat untuk pulang awal supaya farah tak banyak mencarut bila bawak kereta melalui jalan jam bersama pemandu lain yang macam $%^&*!

Mai : Rilek Fa, kita puasa ni. Jaga pancaindera, jaga pertuturan. HEHEHE
Farah : Memang jaga pancaindera la kan weh, kau tu tadi pergi pegang kasut pig skin tu dah kenapa. Tu tak jaga tangan la tuuuuuuu. Cepat balik, kena samak. alah alah kau ni dik, cari penyakit.

Nanti aku hapdet lagi yo! xoxo, babai :)

Friday, August 19, 2011

Susah sangat nak faham.

Dah ambil hak orang tu, sila lahh sedar diri. Hidup aku dah cukup okay la ni kau tak payah datang buat onar.

Wednesday, August 17, 2011

Nie nak dodol. Eh tak, dia mintak doodle :)

Assalamualaikum, Hi readers :)

Happy birthday Nie sayang! Lambat sikit postnya la haih. Sorry. Babe, kau dah tua. sebaya aku dah. Jangan dikau perasan muda beberapa hari dari aku. Terpaksa aku akui makin tua makin cantik si putih melepak bak tepung cap sauh ni dia. Sorry sayang, takde hadiah special dari hamba yang lemah ni. Mintak simpati*

Subuh-subuh aku dengan baiknya tak tidur lepas solat, golek-golek atas katil mencoretkan lukisan omey buat sang pari-pari yang turun ke bumi menjadi teman dunia akhiratku. Ini dia doodle untuk birthday guwrlz           ( HAHA takpe ke babe aku eja guwrlz macam ni? Mesti tersiat-siat kan hatimu membacanya )


Eceh siap on lampu tu bukti lepas subuh lah konon

Frame pink yang omey ni khas untuk si penggeli pink macam Fyna rashidah Tengku Dian

True friends are like diamonds, precious and rare.
False friends are like leaves, found everywhere.
 

Happy Birthday BFF! :)

Tuesday, August 16, 2011

Yang ini mmg kena pakai pendakap.

Assalamualaikum, hello readers :)

Buat pengetahuan awak-awak, gigi depan saya memang berbentuk pagar taman perumahan. Maksudnya 'jarang'. Kasihan terhadap diri sendiri rasa rendah diri bila nak menggedik depan camera. T_T
Sepanjang belajar di kedah, aku tak pernah lupa pakai kad matrik bila keluar. Ahh skema tak skema la kan, sbb gambar dekat matrik kad tu comel je la aku pakai dia. Lain pulak ceritanya dengan kad di s.alam ni. Aku rasa gigi aku tersangatttttttttttttt la cannot go untuk kad matrik ni di gayutkan kat leher aku. tehehe. Tapi lama-lama aku rasa, takpelah. Gigi jarang tu comel apa. wah kemain nak sedapkan hati*

Tadaaaaaaaa! ^_^

Bila nak pakai pagar besi ni ;o

Alahai hostel

Assalamualaikum, hi readers :)

Diam tak diam dah setengah bulan kita menjalankan ibadah puasa kan kan? Esok lusa dah raya, yehheyy ;)
Dah 4 tahun aku tak berpuasa penuh dekat rumah sendiri. Dulu dekat Kedah lepastu S.alam. Memandangkan kerajaan M'sia ni baik bagi kitorg cuti 4 bulan, maka dapatlah berpuasa dengan abah dan mama tahun ni.
Belek punya belek gambar lama, ade pulak terselit gambar hostel. Rindunya nak duduk bergumpal dengan najwa dekat Masria & Seroja.. Rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu gilaaaaa. Berebut-rebut bilik air, menahan nak maki muka org memekak dekat luar bilik, rindu nak kena kejar monyet masa lepas mandi. Phewhhhh. Dah duduk rumah sewa baru aku sedar betapa perasaan rimas tu ada segenap ruang hati aku. Kan best sem depan boleh apply kolej balik :'(

macam ni  lah dia, anak dara tak kemas. on9 je keje

Eleh takyah nak purple sangat la

shaishh _-_

bik, tolong kemas bik

Budak AD mana pernah guna meja tulis. huu ;p

Gambar akhir2 sem berkemas nak balik la ni, tak kisah la macam mana sepah pun bilik tu hakikatnya aku rindu kehidupan kolej dan bukannya rumah sewa. Kalau duduk seroja lagi, monyet seroja nak kejar sampai bilik pun takpe. Aku tak kisah hahahaha. Jemput dia masuk makan-makan kacang kat bilik pun takpe :)