Friday, April 26, 2013

Gembira bukan kepalang

Assalamualaikum, heyyo readers :)

Salam jumaat buat semua. Aku baru perasan, kalau aku update blog hari jumaat kan mesti aku berkobar-kobar mendebarkan. Kobar mendebarkan? Ughh tak sedapnya bunyi! Tak boleh jadi cikgu bahasa ni. Mesti kena demam denggi malaria semua student aku ada cikgu macam ni.

Yang sebenarnya aku nak coretkan rasa gembira di hati. Gembira bukan kepalang. Serious sampai sekarang aku tak faham kenapa mesti gembira bukan kepalang. Bila tanya mama, mama cakap malas lah nak explain sebab dia terror sangat. Malas nak tunjuk kehandalan bahasa. Kay foineeee maaa -__-

Mmm, lantak la gembira bukan kebatasan ke kepalang kuning ke. I don't care. Wooopssss. I don't care I don't care perlahan sikit. Nanti ada orang terasa, tak pasal-pasal TL twitter dia penuh makian hamunan cacian pasal aku. Namo namo, titew tak shukew cawik gaduh dengan kakak-kakak kawasan. HAHAHAHAHA. Takpe akk-akk semua boleh guna ayat I DON'T MIND dengan DO I CARE kalian tu. titew plomish tak bahan dah lepas ni. kekekeke

Haaa tengok tu, merepek sampai 3 paragh. *lempang muka sendiri sampai biru. Aku gembira bukan sebab apa, cuma sebab jualan shawl kami boleh habis satu batch less than 20mins! ALHAMDULILLAH. Rasa lepas ni macam nak buat beli 3 shawl free 1 shawl. Hmm, kena nantikan hasil perbincangan dgn najwa and fatyn ni hihi. Beautiful ladies out there, kitorang ni bisnes sebab nak kalian kelihatan pwettayyyyy selalu dengan pattern and design yang kitorg carikan. Happy gila kot bila tengok wanita sarungkan hijab yang cantik di kepala. Haih. Susah nak describe perasaan ni. Tapi memang kalau nak bagi satu ayat untuk perasaan aku terhadap bisnes yang kitorg jalankan.

 "KAMI SANGAT GEMBIRA KALIAN KELIHATAN CANTIK BERHIJAB"

wahhh, kami sangat gembira gihtewww. hihi. Yes tu lah yang aku rasa saat ni. Bila kita pilih corak tu eventho ada mata org nampak tak cantik tapi yang paling penting niat dekat hati memang pilih corak shawl tersebut untuk semua orang yang memakainya nampak cantik. 

Kepada semua customer yang setia and percaya dengan we ols, berjuta lemon terima kasih aku ucapkan. Muahhhh! Thank you sayang-sayangku :-*

Ok nah nak share gajah comel banyak warna sedang mempamerkan diri di sunway pyramid. Beranikan diri try warna yang tengah in. Lets lets!





Friday, April 19, 2013

Budak sekarang dah advance

Assalamualaikum, hi readers :)

Memandangkan esok cuti, dengan ini aku secara gembira dan tanpa sebarang paksaan membuat keputusan menhapdet blog tershayang. shayang shangat shambil nyanyi lagu shae. *vomit. Siang tadi aku pergi servis kereta dekat Perodua Jln Tandang, PJ. Ada seorg abang ni dengan anak dia tgh berborak dengan sorg pakcik ni sementara tunggu kenderaan masing-masing diservis. Ecey ayat aku macam dekat kaunter pertanyaan lanjut pulak. Tsk. Berbual punya berbual, secara tak sengaja aku tercuri dengar perbualan mereka. Pakcik tu muka penuh rasa kesal menceritakan duit dia hilang dekat mekah 2k duit malaysia. Abg tu pun bagi respon yang sungguh-sungguh rasa simpati. Tiba-tiba anak lelaki dia yang umur lingkungan 5 tahun tu dengan tenang berkata, "Pa, pakcik ni hilang duit RM2000? Kalau tak hilang tu dah boleh beli Iphone satu kan papa kan..Ish rugi betul.." Nak terkentut aku dengar budak kecik ni membebel pasal Iphong. hahaha gila wei tahun 2013 budak umur 4 5 tahun boleh tahu nak buat apa dengan 2k. Entah macam mana la zaman anak aku nanti. Hmm T_T

Menduyungkan diri

Assalamualaikum, hi readers. Salam jumaat :)

Setiap kali pergi wedding mesti aku tak ada baju majlis rasmi. Amboi. Rasmi terus u ols. Tu lah rasa sangat kasihan dengan diri sendiri, sedih jangan cakap. Sedih bukan kepalang bila lihat orang lain boleh pakai baju cantik mengerlap ngerlip pergi wedding. Walaupun lah aku memang tak bernafsu pun nak pakai liplap liplap. hewhew. Selalu kena pakai baju pergi class, eww sangat kan. Baju corak comel-comel warna taknak kalah. Tak nampak dewasa lansung. Boleh muntah sangat dah kalau belek balik gambar pergi wedding org dgn berbaju class. Yeckkkkk -__-

BUT NOW..
aku tak perlu bermuram durja lagi,

KERNA..
aku dah beli 5 helai kain mermaid untuk bekalan masa hadapan. Walaupun aku tahu ini lame and tersangat outdated tapi aku nak bagitahu jugak aku ada 5 color kain mermaid. nyohohoho.

Tuddia kawan-kawan sekolah semua dah membesar dengan dewasanya :-O

Fatyn selalu jadi mangsa peragaan. Thanks boo

Hmmm. Next..siapa punya wedding? sila jemput aku. Akan ku hadir dengan kadar segera. <3



Friday, April 12, 2013

Wai wai tell me wai

Assalamualaikum, hello readers :)

Tajuk entri macam orang kena tinggal laki. Alhamdulillah hbgn aku dgn si boyf baik-baik je walaupun aku selalu busy mengalahkan rosmah m. woops. Sebagai manusia biasa yang memang takkan pernah lari dr kesilapan, apa yang aku boleh harapkan dlm hbgn ni biarlah ia kekal hingga nafas yang terakhir. Aku tak suka  nak riak or takbur berapa lama aku dengan pasangan. berapa gembira aku dengan dia, kerna hakikatnya Tuhan tu boleh tarik semua yang kita ada bila-bila masa tak kira siapa.

Tuddia mukadimah jumaat kay chuols. Aku tak kerja today, so-oo yayyy! Niat di hati nak siapkan doodle bestfreng. Ieka lokman pasti menanti dgn penuh rasa penantian nyanyian blackrose. eh? blackrose ke?
Dalam minggu ni serious aku takde idea lansung nak conteng arang ke muka? eh. tak. Takde idea lansung nak doodling. Ieka nak minggu ni tapi tak siap laaaaaaagi. Apa aku nak nyonteng ni. sobs. Tukar getah braces ni bikin aku pusing. Gusi terasa berdenyut bahkan gigi terasa mahu tercabut. Ketat betul dr zarita dera gigi aku. Idea, janganlah cenggini. Demi bestfreng aku kau kena muncul jugak. tsk. Selalu tengah makan pun idea ada, tengah mengemop lantai pun idea doodle tu ada. Minggu ni tiba2 buntu. Ahhhh wai oh waiiii. Adakah punca ketandusan idea kerana aku telah berkelahi dengan segerombolan minah rempit? -__-


Monday, April 8, 2013

Boleh tiru. eh?

Assalamualaikum, hi readers :)

Berapa bulan aku tegar membiarkan blog aku bersendirian. Menjandalah blog ini buat seketika. Ok aku dah start tak tahu nak tulis apa. Tadi masa mandikan kucing masa tgh struggle cuci punggung dia aku rasa macam banyak idea nak menulis. Habis cuci punggung kucing terus lenyap segala idea. T_T

Oh, aku rasa manusia zaman ni tentu sekali tahu instagram tu apa kan? Yes yes tempat manusia mengupload koleksi foto masing-masing. Ada yang tak nak kalah, upload gambar muka bersinar-sinar cahaya keimanan flawless gila sebiji hama tak berani lekat dekat muka. Ok rupanya camera 360 haha i ols guna camera tu jugak okay. Hari hari terasa diri ini menipu. Ughh. Tapi apa kan daya, diri ini tak dapat menolak camera tersebut.

Selain hari-hari busy dengan sediakan karipap. Aku bersama si gedik tapi cantik muh babyboo najwa and fatyn berganding bahu jual shawl secara online.  Material yang  dipilih paling senang nak pakai, selesa, panjang and lebar. SERIOUS. tak tipu. Camera 360 je yang suka nipu. thehehe.

Sooooo, ladies out there follow eh instagram titew to get the latest update on sales <3



Bila pakai tak rasa panas and mudah bentuk. Yes ladies,material shawl ni viscose kay uols. Viscose tu tak cepat kedut and tak perlu iron. So Yeayyyy for those yang memang dilahirkan malas iron meng-iron. Bila pakai shawl selebar ni diri akan rasa sgt selamat. Boleh tutup belakang dan juga menutupi dada sekalian alam. Mmm selamat bukan?  :)

Okay rasa macam dah nak dekat last paragrph dah ni. haha melalut sampai lupa tajuk entri. Since kitorang jual jual ni, ramai pulak nak tiru. Bukan masalah tiru apa, berniaga tu standard la siapa-siapa pun boleh berbisnes tapi agak la wei kalau semua benda nak tiru sebijik bijik. Tahukah anda itu memang menjengkelkan. Before kitorg jual shawl on9 ni pun dah mmg ada berjuta lemon org lain jual shawl. Not naise sebenarnya jadi copycat. Idea boleh datang dari mana-mana. Bukan harapkan hasil dari meniru bulat-bulat cara orang lain. C'mon lah takkan jual selendang pun nak buat onar jugak? Tapi tak mengapa, semua benda dalam dunia ni boleh ditiru. Tapi hasilnya takkan sama. :)


Mmm okay taknak emo-emo. Jangan lupa follow intagram titew tauuuuu, design yang ada insyaAllah tak mengecewakan kalian. Cuma akan rasa kecewa bila kakak ipar najwa borong habis habisan. Btw, Thanks kak shima and thanks pada semua yang shopping dengan kitorg. Mwah! much love, fara. :-*