Sunday, November 28, 2010

Seorang yang pelupa

Salam, helloh readers.

Entri ni aku nak share perasaan aku yang bisa disamakan dengan buah-buahan dalam pengisar yang nak dijadikan jus. Benar, aku tak tipu. Bezanya perasaan aku saat ni tak boleh lah nak ditapis macam air buah tadi tu ya -.-"

Pada awalnya senyuman puasku sampai ke hujung cuping telinga kerna berjaya membeli selendang yang ku cari. Terima Kasih abg penjual dekat uptown sbb bg diskaun walaupun hari ini hari minggu. Walaupun muka tak rela nak bg diskaun yang banyak, tapi takpe. Abg dah berjaya lakukannya. Teheeee ;p

Habis semua lorong aku dan wahidah jelajah, tanpa tercicir satu pun lorong. Bukan main hebat lagi berjalan tak sakit kaki kan kalau shopping punye pasal. Cuba kalau cikgu suruh ambil file dekat pejabat guru besar, tiba-tiba je buku lali boleh terkeluar dengan sendirinya tanpa dipaksa. T_T

Aku jumpa selendang, Ok im happy. Aku jumpe cekak comel nak mateyyy! Ok, im happy. Aku jumpe inner colour yang superrrrrr geli comel gilak! Ok ni pun happy jugak. Sampai lah bila balik dah duduk dalam kereta, baca doa naik kenderaan. Tiba-tiba terpandang roadtax. Ahhh ahhh ahhhh tak mungkin. Mata mata aku silap. Kena pakai spec ke apa sebenarnya ni? Tak farah, wahidah pun nampak benda yang sama.

R-O-A-D-T-A-X kau dah mati. Eh siapa yang bunuh roadtax ni? macam mana dia boleh mati? Soalan ni jangan tanya aku k wahidah. Mengundang padah betul anda ni kannnnnn    -_________________-

Ok ahh fine, balik ni aku bawak berhati-hati. Aku takkan bawak laju, aku akan bawak yang paling lembut dijalan raya. Kau pasti akan rasa macam naik awan bergerak, lembut dan mesra alam tanpa henjutan lagi. Kereta belakang hon pun takpe, aku takkan hiraukan. Ok kan wahidah? Pangggggg! Ok pelempang free hadiah istimewa sempena sambutan jubli emas uptown.

Sampai brickfields kan kan kan, aku nampak ade baju kilat-kilat tepi jalan. ( dekat dengan longkang ) Aku igt DBKL saja buat kerja malam-malam sebab sejuk menusuk tulang hitam. Tak panas, kesian dorg sunburn teruk betul. Itu yg aku pikir* Tapi rupanya, mereka polis. Bukanlah DBKL yang sedang menjalankan tugas tanpa sinaran matahari. Kali ni perut aku dah kecut macam span cuci pinggan, jantung aku berdegup di hujung siku. Ahhhhhh aku tak boleh  nak gambarkan cuak aku camne nanti polis tu tanya aku nak jawab apa. Takkan nak jawab, bapak sy pinjam roadtax sy tampal dekat kereta dia kejap. Kejap jee.Hishhh cuakkkkkkk  T_T

Tulah kau kan farah, tadi bukan main happy dapat banyak barang. Sekali nampak kelibat baju kilat polis tepi jalan, biru terus bibir kau hilang darah. Ghehehe ;p

Lain kali tolong jangan lupa, Abah dah pesan jangan bawak kereta tu kalau nak keluar. Bawak kereta mama. Tu lah budak bertuah ni dia umur baru 21 kemain pelupa lagi haihhhh. T_T

Saturday, November 27, 2010

Perut aku dah pecah

Salam, hi readers :D

Entri gembira buat aku dan zida. Tehee. Dia yang selalu busy aku yang seringkali sibuk memang susah nak bersua muka. Bukan setakat batang hidung tak kelihatan, malah bayang-bayang baju di ampaiannya jugak tak ku nampak. Perut aku pecah, ini semua kerja azida. Dia yang buat. HAHAHAHAHA aku betul-betul happy gelak sampai rahang aku dah lenguh. Tangan lembik susah nak pegang stering lori. Eh takk, kereta* ;p

Semalam lepas zida balik office aku terus kidnap dia bawak pergi shopping kasut. Maklum lah orang selalu pakai kasut flat, flipflop mana la ade koleksi pelbagai  wedges dan heels terbaru di pasaran. Kasihan zida melayan kerenah aku yang cerewet nak mam*** ni. Cari punya cari sampai ke malam takde pun yang berkenan. Bila ade yang mampu buatku teruja dengan designnya, pasti kecewa datang menjenguk. Size takde! Yaaaaa, size takde okay T_T

Dari petang sampai larut malam asyik gelak sampai lenguh segala saraf. Sepatah aku cakap, 5 6 baris zida gelak. Selangkah aku berjalan, 7 8 baris zida gelak. Ya ampunnnnn, ni la padahnya kalau 2 2  masuk air. Tak boleh dibiarkan lama budak 2 orang ni, nanti tertidur tepi traffic light sbb penat gelak. Bila dah puas gelak dari dalam kereta, keluar kereta, dalam shopping mall, balik masuk dalam kereta semula sampai ucap selamat tinggal pun gelak lagi. Sampai je rumah, aku gelak sorang-sorang dalam bilik mandi. Perut dah pecah, otak pula mereng. Kasihan farah*

Kalau rupa aku yang pakai, dah macam sakai turun bukit la ni -.-"
5 6 inch tu fav adik aku si mairuz, aku sebagai kakak lebih selesa rendang-rendang macam pokok bunga kertas je :'p

Thanks zid sudi teman aku <3

jangan terasa lah ya

Bruno Mars

"Easy come, easy go
That's just how you live, oh
Take, take, take it all,
But you never give.
Yes, I would die for ya baby, But you won't do the same"

Terima kasih ye bruno mars yang bersuara sexy. Saya sangat bersetuju dengan lirik lagu awak yang ini. Awwwww ;)



berusahalah selagi mampu

Salam, hi awak semua :')

Ya, saya tahu ni entri kedua harini. Biasalah, sawan saya dah datang. Sawan rajin datang memang macam ni, nak menaip je semua yang saya rasa. Kalau tak menaip nanti perut sakit. Ok yang ni farah menipu*

Aku terbaca surat khabar pagi tadi, err TER? nampak sangat budak ni malas baca surat khabar hari-hari*  T_T
Anak gadis berumur 15tahun lari mengikut boyfriendnya. Dulu umur 13tahun dah buat perangai, tak sekolah sebulan hilang. Jumpa balik hilang balik. Eh dah kenapa semua budak-budak hingusan ni? Nak jadi biskut ke apa? Kasihanlah parents yang penat cari duit nak bagi makan anak, nak sekolahkan anak-anak, nak bagi semua yang terbaik. Memang diorang akan bising marah-marah itu ini. Itu tandanya mereka sayang dan ambil berat. Darah muda macam kita yang selalu tak boleh terima hukum alam memang kalau marah tande sayang ibu bapa terhadap kita.

Kita dah diberi peluang, pergi sekolah untuk cari ilmu. Bukan untuk ibubapa, dorang just nak anak-anak mereka boleh hidup dengan sempurna bila mereka dah takde kelak. Bukan banyak diorang mintak, sikit je. Mereka nak kita berjaya, Yessss, tu je. Kalau sampai ke menara gading tu lagilah menyejukkan perut si ibu bapa.

Berusahalah membuat amal ibadat dan segala kebaikan
Berusahalah mencari ilmu
Berusahalah berkerja kuat mencari rezeki
Berusahalah selagi mampu.


Ini bila disuruh belajar, M-A-L-A-S. Bila disuruh kerja juga M-A-L-A-S. Ape je yang rajin sebenarnya? Oh kalau dating dengan gf/bf rajin la kan? Berkepit 24/7. Kejap-kejap SMS, jap lagi call pulak. Malam nanti wall-to-wall fb pulak, before tidur borak lagi. Bila mak bagi nasihat dituduh membebel. Kalau bf/gf cakap/nasihat/marah laju je dengar dan patuh. Bf/gf kah yang bagi kita makan? Diorangkah yang menanggung sakit perit lahirkan kita? Memang sukar nak nafikan zaman bercinta indahnya macam buat rumah atas bintang.  Tapi kalau tak diingatkan pada diri sendiri, yang cinta sahaja tidak cukup maka segsaralah satu hari nanti. Kalau sekadar couple untuk lafazkan i <3 you, you <3 me. Lupakan je lah. Tapi kalau nak merasa makan rumput ke batu kerikil ke, okay fineeeeeee, tak payah la fikir masa depan. Duduk je melayan perasaan pasangan. Takyah buat apa-apa, tak keluar peluh setitik pun kan ;)




4 days to go!

Salam, hey hey <3

Graduasi. Yesssss, yes. 4 hari lagi tibalah hari konvokesyen. Usaha memaintainkannnn.. ehh tak, cuba untuk meningkatkan pointer waktu di UiTM Kedah takkan bisa dilupakan. Bagi sesetengah orang, mungkin kerja yang dihantar kedai  terus siap dah cukup puaskan hati mereka. Tapi tidak bagi aku. 3 tahun bertungkus lumus dengan bantuan kawan-kawan yang sangat sangat sangat baik hatinya dan lecturer yang membantu aku menyiapkan kerja-kerja yang cukupppp memuaskan hati, aku dilahirkan dengan sifat cerewet yg terrrrr amat sangat. Jadi tak hairanlah kalau aku sememangnya buat kerja TERlalu lembab. Bukan lembab sikit, tapi lembab banyak. Kawan-kawan bisa stress dengan perangai cerewet aku ni. Sorry ye korang, aku susah nak ubah tabiat cerewet ni  -.-"

Atas apa aku berdiri, sudut mana aku duduk, kerusi mana aku bersandar harini semua atas ketentuan Allah S.W.T. Hanya DIA yang mampu menentukan segala yang kita usahakan berjaya atau tak. Alhamdulillah :')

Mama abah, kawan-kawan.T H A N K S  KORANG SEMUA! <3

Moga kita sesama manusia bisa berkongsi apa yang kita tahu dan mencari untuk menambah apa yang kita tak tahu. Aaamin.



Tuesday, November 23, 2010

Jangan risau

Salam,hi readers <3

Aku percaya Allah s.w.t itu Maha Adil dan Maha Mengetahui.
Aku percaya setiap apa yang kau beri, kelak kau akan terima balik.
Takde seinci pun yang bakalan terlepas.


p/s : Aku berdoa moga setitik kesedaran mampu melekat dijiwamu :')

Monday, November 22, 2010

sisa sabar masih ada

Salam,hi readers :'(



Harini merupakan hari yang mungkin boleh dikira hari menguji perasaan aku. Luaran mungkin lah aku kelihatan mcm budak yang mmg takde masalah hidup yang serius. Tapi kalau diikutkan perasaan yang dipendam rendam lama yang dah lunyai dan remuk kdalam hati ni, takde istilah yang boleh digunakan untuk menggambarkan keadaan aku.

Dalam hidup yang serba gembira ni, Aku ade family yang selalu dgn aku, mama dan abah yg selalu penuhi permintaan, ade bf yang penyabar dan memahami dan ade juga kawan baik yang aku selesa bersama. Mama, abah, Shakip, mairuz, 'ilmi, fatyn, zyda, najwa and muhammad nasri. Mereka lah manusia penting dalam hidup aku.

Hari ke hari aku membesar dan belajar banyak perkara. Hal remeh, hal serius, hah ape je yang aku tak cuba faham.  Tapi baru harini aku sedar, tak semua orang yg kita sayang, yang kita ambil berat yang kita anggap penting dalam hidup ni lakukan hal yang sama pada kita. NO, NO,NO. Memang aku silap. Tak semua :'(

Aku mengaku aku buta dalam menilai orang yang aku sayang. Mereka yang aku syg cukup sempurna pada mataku. Disebabkan perasaan terlalu sayang tu la aku jadi tak kisah. Di sebabkan tak kisah tu la aku jadi manusia yang cuma berani merintih dalam hati.

Apa je yang jadi, semuanya bersebab. Sebabnya banyak. Kita je yang tak pasti, jadi aku akan cuba ubah salah and silap aku. Aku akan buat apa je untuk tengok kau bahagia, tengok kau tersenyum senang. Moga kita boleh perbaiki hubungan sekarang menjadi lebih baik kelak.

:)