Tuesday, August 16, 2011

Yang ini mmg kena pakai pendakap.

Assalamualaikum, hello readers :)

Buat pengetahuan awak-awak, gigi depan saya memang berbentuk pagar taman perumahan. Maksudnya 'jarang'. Kasihan terhadap diri sendiri rasa rendah diri bila nak menggedik depan camera. T_T
Sepanjang belajar di kedah, aku tak pernah lupa pakai kad matrik bila keluar. Ahh skema tak skema la kan, sbb gambar dekat matrik kad tu comel je la aku pakai dia. Lain pulak ceritanya dengan kad di s.alam ni. Aku rasa gigi aku tersangatttttttttttttt la cannot go untuk kad matrik ni di gayutkan kat leher aku. tehehe. Tapi lama-lama aku rasa, takpelah. Gigi jarang tu comel apa. wah kemain nak sedapkan hati*

Tadaaaaaaaa! ^_^

Bila nak pakai pagar besi ni ;o

Alahai hostel

Assalamualaikum, hi readers :)

Diam tak diam dah setengah bulan kita menjalankan ibadah puasa kan kan? Esok lusa dah raya, yehheyy ;)
Dah 4 tahun aku tak berpuasa penuh dekat rumah sendiri. Dulu dekat Kedah lepastu S.alam. Memandangkan kerajaan M'sia ni baik bagi kitorg cuti 4 bulan, maka dapatlah berpuasa dengan abah dan mama tahun ni.
Belek punya belek gambar lama, ade pulak terselit gambar hostel. Rindunya nak duduk bergumpal dengan najwa dekat Masria & Seroja.. Rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu gilaaaaa. Berebut-rebut bilik air, menahan nak maki muka org memekak dekat luar bilik, rindu nak kena kejar monyet masa lepas mandi. Phewhhhh. Dah duduk rumah sewa baru aku sedar betapa perasaan rimas tu ada segenap ruang hati aku. Kan best sem depan boleh apply kolej balik :'(

macam ni  lah dia, anak dara tak kemas. on9 je keje

Eleh takyah nak purple sangat la

shaishh _-_

bik, tolong kemas bik

Budak AD mana pernah guna meja tulis. huu ;p

Gambar akhir2 sem berkemas nak balik la ni, tak kisah la macam mana sepah pun bilik tu hakikatnya aku rindu kehidupan kolej dan bukannya rumah sewa. Kalau duduk seroja lagi, monyet seroja nak kejar sampai bilik pun takpe. Aku tak kisah hahahaha. Jemput dia masuk makan-makan kacang kat bilik pun takpe :)

Monday, August 8, 2011

Ops, I dah ada anak.

Assalamualaikum, oh hello lo lo readers :)

Saya tak tau nak tulis apa kat sini sebab terlalu teruja dengan anak angkat. Keh2. I dah ada anak kay kawan-kawan. Nama dia Bellarissa. Comel kan? Tehehe ok I tipu, takde rissa. Nama dia bella je :)










Pertemuan tak disengajakan terus angkat jadi anak. Tak main la adik angkat-adik angkat. Takyah nak beranak angkat sangat la kan, berangan teruk si faya ni. Tu la banyak sangat menonton tv. Saje main2 suruh bella jadi anak, berangan nak ada anak comel mcm dia. Heheh. Umur baru 5 tahun tapi senyuman dah mampu bunuh aku. Ciss budak ni dia, nak je aku lambung-lambung biar tersangkut kat pokok. Apesal la comel sgt  ^_^

Terpaksa mengaku T_T

Assalamualaikum,hi readers

Pernahkah anda menjadi pelat? Jawapan yang tentunya tak berapa pasti. Mungkin kerana malu segan dan sebagainya. Ini kisah pelat, Bukan pelat semulajadi tapi pelat yang sengaja mengada dibuat-buat sehingga berjaya menimbulkan rasa menyampah dalam kalangan orang sekeliling si pelat.
Ada sorang kenalan MySpace ni dulu kalau menaip, habis pelat ahh. Selagi takde satu pun yang tak pelat dia rasa macam dia bukan ahli MySpace. Kehkeh. Tak perlu nak pelat sampai lidah aku terikat  tocang kot membacanya.Tahu tocang tu apa? Ikat rambut silang-silang pastu pakai riben comel2 masa pergi sekolah dulu-dulu.  Konon dah habis kemas la pergi sekolah bertocang / berekor kuda masa tu..
Aku teringat pasal orang cakap pelat ni bila tengah selak-selak buku sekolah dulu kala, ternampak pulak hasil karya aku menyonteng masa  dalam class miss Lucia, conteng punya conteng baru aku sedar kenapa aku mengeja sedikit cacat pada masa itu. Tak kisah pun pasal lukisan buruk ke apa, tapi masalahnya aku tak boleh terima hakikat sebenarnya aku pun tergolong dalam golongan pelat melat shamiaw miaw tuuuuu. T_T

Ini baru sikit tergeliat lidah, tu tu yang kat comment myspace aku dulu tu. Lebih  kejam pelatnya.


Baca balik comment dekat MySpace, Ya Tuhannnnnnn malunya. Apesal aku boleh pelat macam tu, serius annoying gila perangai aku comment pelat-pelat dengan orang. Sheshhh. Nasib baik lah myspace aku dah takleh Login, (Tom yang tak bagi login, bukan aku taknak*) kalau  tak aku print scrn bubuh dekat sini berkongsi comment pelat bersama kalian semua. Thehehe nasib baik takleh login nasib baik, fuhh*

Friday, August 5, 2011

kali ni dah berwarna!

Assalamualaikum, hello hello readers :p

Gua nak share doodle berwarna gua. Buat pertama kalinya gua main kaler-kaler. Kalau kaler tu buruk tak menepati citarasa yang terlibat, maafkanlah diri ini ya. Tapi gua buat tu Ikhlas mengisi masa lapang sambil teringatkan kalian :)

lepasni buat lagi striking kehkeh

Puasssssnyaaaaaaaaaaaaaaa rasa thehe :)

To my fav.

Assalamualaikum, hello readers :)

Tak banyak saya nak merepek sebab keletihan harini, idea saya pun letih. Dia taknak keluar. Ada 2 3 4 keping gambar gembira saya bersama fyna tempoh hari. Thanks nie untuk semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa layanan istimewa birthday aku haritu. ILY <3


moga makin matang dan bersikap lebih baik :)

Monday, August 1, 2011

Happy Fasting :)

Assalamualaikum, hey readers :)

Hari pertama puasa dengan cabaran ulser bercambah dekat dinding pipi. Apapun tu tak menjadi penghalang keterujaan aku untuk berpuasa cuma harini aku jadi seorang pendiam sampai mama rasa pelik kenapa aku begitu baik buat hal sendiri tanpa banyak bersuara. Mama pesan jangan berkelakuan pelik begini selalu, ini buat dia risau. Kehkeh. Ingat senang ke aku nak tahan diri dari tidak bercakap, ini pun sebab ulser je aku jadi pemalu dan pendiam. Kalau tidak, memang @#$%^&* lah.

So petang ni aku terasa taknak membazir lalu ajak mama main masak-masak dekat dapur. Buat jus sendiri takyah beli, masak makanan berbuka sendiri tanpa menerbangkan duit di bazaar ramadhan yang makanannya kadang-kadang indah rupa dari rasa. Esok bermula la hari dimana aku akan menguli2 tepung, memutar2 telur dan membakar-bakar diri, ehh takkk bakar kek dan biskut. kuih raya palinggg utama perlu belajar,
T-A-R-T N-A-N-A-S!  
Fav bubu. Hehe. Terasa mengada pulak* Nanti rajin, sy update lagi. Till then, muah! Bye <3