Wednesday, April 6, 2011

no no no no, it's ok,i understand.

Assalamualaikum.  salam to all :)

It's 3 am in the morning n i'm here, still wide awake.  Why, u ask? well, for a particular reason, of course.  didn't meant it, but my silly fingers just HAD to click on this 'special' person's blog.. not that it has a very catchy layout (eww!) or whatsoever, just that there are very few, significant sentences that draw my attention.  yup. the ones in English. haha. pity you.. let me ask u,dear..how long did u take to create those few,very bad sentences? i can bet u,dear.. the toddlers from shah alam's kindergarten have far,better grammar than you! :D but i wonder, how can a so-called *educated person like you ( *based on sources, but i'm preetty sure they're wrong) have very low level of English compared to those cute kids? haha. OK, by now, i can tell that someone is there to help u calm down...and finish reading this off. OH! i pity that fella... hope he/she doesn't have to involve in carrying you up from the floor or anything like that,coz if they do,, PHEWHH.. can they do it?i mean,u know :-/ hahahaha. u can say all u want about MY english, coz i know YOUR level, dear :) Oh my dearie,dearie love.. i know u love me:) you're here to check out my updates right? which panties im wearing u ask? ok sayang, the red one..the red one tonight :) Stalk me all u want,dear.. while you're at it, why not watch Jack and the Beanstalk?  get it? Stalk?Beanstalk? hahaha. oh.. not funny u say? send in your jokes,then.. get some help from those cute kids..i'd be very happy to read. GuguGaga! :Pp

Sunday, March 27, 2011

Todayhhhh -__-

Assalamualaikum, Morning readers! :)

Today I don't feel like doing anything. Tapi pagi-pagi lagi kena bangun awal pergi KFC buat draft German bersama teman seperjuangan kelas bahasa ketiga. Balik nanti rumah rasa nak telentangkan diri pura-pura pejam mata sehingga tertidur nyenyak.
Aku mengantuk lah sebenar benarnyaaaa -__-
Pagi tadi awal pagi drive dengan muka mamai banyak pulak eksiden dekat Highway. Habis hilang mamai aku sekejap tengok van remuk teruk tersadai tepi jalan.

Sekejap lagi la baru fikir nak buat apa harini. Kerja banyak sangat sampai tak tahu yang mana nak dimulakan dulu T_T

Thursday, March 24, 2011

Belum sampai jodohnya lagi

Assalamualaikum,ehey hello-hello readers,

Bila dengar orang bercakap pasal jodoh, mesti mata aku jadi tak mengantuk. Mata jari kurang berkelip. Rasa teruja tu macam membuak2 tebiat. Ehh tak, itu membuang tebiat. Maksud aku tadi membuak-buak tu macam    " Ishhh nak tahu, nak tahu!" teheee. Camtulah punye semangat aku suka dengar pasal jodoh ni. Tapi tu lah kan, sebab sekarang aku sayang uitm, belajar pun tak habis lagi malas la nak tunjuk kegatalan nak berkahwin aku sangat HAHA.

Jadi yang aku nak tulis harini bukan lah perihal jodoh untuk masa depangggg. Cuma nak meluahkan rasa tak senang hati, gusar, bimbang dan perasaan tak tentu hala sebab tak jumpa-jumpa lagi designer furniture yang betul-betul hebat hingga mampu melopongkan mulut pensyarahku. Itu lah jodoh yang aku cari buat masa ni. Jodoh assignment kuuuuuuuu -____-

Ade seorang designer tu, eh tak dia arkitek. Eh bukannn bukannn dia sebenarnye arkitek dan juga seorang industrial designer berasal dari Baghdad. Masya'Allah cantiknya design dia. Sangat sangat sangat mengagumkan. Setiap line, setiap sudut, setiap lenggok designnya buat aku rasa macam bila lah aku boleh design seperti hamba Allah seorang ni. So sekarang aku sedang berusaha mencari seorang designer yang ade ciri-ciri design aku sem ni. Boleh la aku belajar bagaimana designer tersebut menghasilkan sesuatu. Moga cepatlah bertemu jodoh aku dengan designer tuuu. Aminnnn :')

Wednesday, March 23, 2011

Sila rehat, tak boleh paksa diri.

Assalamualaikum, oh hello readers! :)

I woke up extremely late today but could you really blame me? I mean i haven't gotten enough sleep this whole week. Berani betul si gemuk ni tidur walaupun kerja tidak dibereskan. Sketches tak disusun, tak bertampal, tak apa lagi yang tak? Ughh.

Menggelabah cacat jugak la tadi pergi print pergi bind pergi amek 3D. Rasa macam, wohoooo okay taubat taubat. Taknak macam ni dah! aku yakin ini janji palsu, dari sekolah lagi dah cakap bende yang sama hahaha*. Okay tak mengapa, Yang penting kerja furniture sudah siapsss, soooo yayyyy untuk mata. Malam ni boleh rehat-rehat mimpi indah pergi Disneyland ke apaaa. Hmmm ^__^

Oleh kerana terlalu gembira macam dah takde benda nak buat, terlintas pulak dinner AD 2 apr nanti. ehhh apa temanya?

Najwa akan cakap terbalik bila dia penat ;p

N : Eh apa tema dinner?
Me : RANGOLI. I tau dah u mesti pakai pelangi-pelangi kan? Tehee
N : Ehh serius RALONGI? Tak sabarnya!
Me : Heyyy bit bukan ralongi lahhhhh -__-
N : Kehkeh, sorry silap. LARONGI eh eh? HAHA okayy tersasul-sasul pulaks teruja sangat.
Masih silap*  o_O
Me : Ya Tuhannnn, Engkau ampunkanlah kawan aku ni.
 kenapa la dia bila penat mesti cakap kena terbalik-terbalik T_T
N : Hahahahahaha silap lagi ke? Keh keh sorry I mengantuk la sebenarnya, tapi nak bercakap jugak. 


Teruk benar rasanya bila tak tidur. 
Silap haribulan roti xpired ada cendawan pun rasa sedap macam baru keluar dari oven -__-

Tuesday, March 22, 2011

Mama bawak balik lagi ?!

Assalamaualaikum, hello dan selamat petang semua pembaca belog :)

Harini aku rajin nak menaip. Bagus lah syukur Alhamdulillah takde la velog ni rasa dipinggirkan dari hidup tuannya sendiri ;)

Okay okay farah tak boleh mengarut banyak sangat, kerja sekolah banyak. Lepas entri ni kena buat kerja.Ok promise promise! Sabtu haritu mama pergi Cheras lepastu kannnn mama bawak balik ket. Ket kaler orennn. Isk! Aku dah la kurang gemar kucing kaler oren + putih-putih.
Tak meow meow lansung ah cemnihhh -___-

Redha jela kena bela si buah oren tak masak nih. hmmmmmm*

Mulut bising si buah oren ni. Cita-cita nak jadi apa la agaknya @_@

Takpela kan rennnnn, kami akan anggap kau macam adik beradik sendiri. Tak perlu bimbang lah yeee :)

Mengantuk tersenggut-senggut cari drive thru

Assalamualaikum, hahaiii readers! :)

Mood Pagi selasa yang agak baik. Eceh konon je baik. LECTURER-DAH-PROCEED-KERJA-MEMANG-LAH-HATI-SENANG-KAN. Pagi tadi before pergi kelas menggelupur cuak macam ibu kucing hilang anak. Dari semalam pulun buat sketches walhal takde la banyak mana pun dia nak tapi kerna aku buat kerja ala-ala menggunakan siku memang sampai subuh tadi la tak tidur kena mengadap sketches sampai muntah kertas. Euwhhh sangat kan.  -___-

Muka tak tidur minum coffee banyaks -__-


Azab kerja tak siap belum lagi berakhir dah pasang angan-angan pergi McD. Tulah padan muka.  Sape suruh tak siap kerja keluar pergi McD cari-cari cheeseburger pulokkk. Mengada sangat nak makan fries kan macam takleh tunggu esok-esok bila dah siap kerja je. Shaishhhh -__-

Memandangkan najwa and iema mengantuk, secara otometiknya aku mengeheret dorang makan angin pagi dekat s.alam ni. Keluar bertiga dengan najwa and iema. Punya lah malas nak tukar baju. Semua keluar berbaju tidur. Rela tu keluar cari makanan siap dengan najwa berbaju kelawar. Yelah kan perut dah lapar kena lah makan, nanti pitam pulak budak gemuk dua org ni kang. Alasan hebat kan? *eh takkk,iema tak terlibat. Dia kuruihhh.

McD Sec 2 tutupppppps! Okay memang best. Aku memang dah agak da dr dulu lagi la kannnnn. Mmg bulan Mac macam ni McD nak tutups. Memang dorg pernah bagitahu aku dah dulu. Tsk  T_T
Apehal la main chak-chak pulak McD ni. Cari punye cari McD drive thru seketul pun takde yg dekat-dekat sini. Semua kena turun pergi Q dekat kaunter untuk order. Hoish ini gila ke apa?! Belum pernah lagi aku nampak orang pakai kaftan pergi McD. Tak tak. Tak pernah lagi. Kalau labuh tu style jugak la nak keluar. Ini kaftan atas buku lali okay. Sobs. T_T

Pilihan terakhir McD Sec22. Yayyyyyy! Mereka ade drive thru, maka kami tak perlu turun Q di kaunter lahh. hihi. Dapat jugak makan cheeseburger. Memang p-e-r-u-t dan t-e-k-a-k kena berterima kasih dekat aku lah drive jauh2 semata2 memenuhi permintaan lapar kalian tu. kehkeh ;p

Monday, March 21, 2011

aku-hairan-betul

Assalamualaikum, hello mello wello readers!

Akhirnya kan. Akhirnyaaaaaaaaaa TERupdate jugak blog ni. Kasihan dia seperti di-anak-tiri-kan. Hari yang memenatkan rasa macam nak pergi suruh kawan-kawan urut pijak-pijak badan sampai tulang mengeluarkan bunyi.

Takmau bebel panjang-panjang mengarut macam takde penghujungnya. Cuma nak share sikit kehairanan aku bila tiap kali orang menyebut aku dengan najwa kembar. Ehhhh kembar sangat pun tak style jugak sebenarnya. Muka najwa tajam-tajam sikit muka aku bulat lat lat segala benda. Najwa cerah tapi aku gelap. Mata Najwa panjang tapimata aku Bulat. Macam mana lah boleh nampak seperti kembar ini. Kalau seorang sahaja insan yang cakap memang tak ku kisah la kann, tapi ini entah yg keberapa ratus yang menyebut.

Pada suatau petang di dalam kelas furniture,

En Zul : Haa okay buat macam najwa punya tu kay farah. 
( *Sambil tunjuk ke arah aku )

Ehh ape bergurau En Zul ni yang dia tengah duk bagi arahan tu kan najwa, yang dia tunjuk ni si farah.

Amboih En Zul. Ehem! Bila dah dua dua menjeling En Zul...

En Zul : Ehhh silap! Silap! Buat macam yang farah punya tu ok najwa? HAHAHA I konfius betul la dengan muka You berdua ni. Selalu je silap. Apesal macam nak dekat sama je? Hehe

Peliks benar bunyinya. Dah naik jenuh aku duk memikirkannya, Entah tang mana yang serupa mungkin cara pakai tudung telur merupakan faktor kekembaran kesiamans kitorang kot.

Lipsetik Mai.


Okay readers, thanks sudi baca. Bye!  xoxo