Tuesday, September 21, 2010

Kelakar la awak ni

Salam,hi readers :)

Lately, jiwaku rasa lapang kurang kocakan lautan bergelora ape tu semua maka selalu berlapang hati menulis dekat blog ni. Setiap hari senang hati on fb, blog pun kurg bersawang selalu ku update tiba-tiba ada sejenis makhluk perosak perasaan ni telah merosakkan mood. Aku tak suka nak marah-marah, angin-angin satu badan Okay, entri ni cuma sekadar pendapat aku untuk kau. Jangan disalah anggap pule.

Apa tujuan kau buat fb?

Bukan ke facebook tu tempat mencari kawan, berkawan dan carilah mana yang terpisah2 tu. 
Jejak2 kasihlah kat situ. Bukan ke begitu?

Habis tu yang kau add aku lepastu remove. Apa motif?

Buat fb mmg takyah comment dgn org lain, kena comment dgn gf/bf kau sorg je kan :)

Kau like status dia,dia like status kau. Entah apa-apa la kau ni -.-"

Macam tu baik kau kwn dgn gf/bf kau sorg je. Buat apa add and lepastu remove kwn2 kau yang lain. 
Tak gituuu?

Jangan rasa hidup kat dunia ni kita hidup dengan bayang-bayang kita je brader. Keliling kau tu masyarakat, berkawan, beramah mesra dengan jiran tetangga,mempunyai hubungan baik dengan semua org tu adalah digalakkan dalam kehidupan kita sebagai manusia. 

Kalau setakat nak ada fb bukan untuk berkawan tapi kumpul musuh, serupa lu pergi duduk buat rumah atas paya kawan dengan biawak je. Budget sgt pun tak style gak, sbb kita sama je. Bf/gf kau hensem ke cantik gila nak mati ke, dr mana dorg dicipta? Tanah jugak kan? Sama macam orang lain. Jadi toksah la nak bermegah sgt dengan apa yg kau ada tu.

Sememangnya tak pernah terlintas pun aku nak marah atau memperlekehkan orang lain. Aku masih sedar berdiri duduknya aku kat dunia ni bukanlah sesiapa, cuma manusia biasa yang cuai selalu buat silap dan takkan mungkin pernah menjadi yang sempurna.

p/s : Kalau betul ada yang kau marah atau terasa hati, sampaikan padaku. Bukan seperti cara halus yang kau gunakan sekarang. Bukannya apa, aku bimbang kalau-kalau cerita yang selalu kau sampaikan pada orang lain tentang aku tu tak betul. Kau tak cukup kenal aku lagi jadi jangan sesekali cuba nak menimbang segala macam apa yang kau lihat pada luaran sahaja. Maka jangan cuba menambah pekung di dada, sama-sama lah kita kurangkan dosa masing-masing, berusaha menambah pahala.

Moga kita semua selalu ada dijalan yg dirahmati Nya. InsyaAllah :')

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.