Friday, April 8, 2011

biarkan dia gembira

Assalamualaikum, hi readers :)

Dapat jugak blog ni dikemaskini, hari jumaat yang mendung begini mengundang perasaan malas kebiasaannya. Biarpun malas, sekurang-kurangnya aku ada kerja yang perlu dibuat dan dah pun terusik kerja-kerja tersebut. Minggu yang cukup perit untuk aku dan Mai tapi cukup bahagia untuk orang lain. Kita takkan dapat duga biar sikit pun apa ketentuan Ilahi. Semua yang kita plan, yang kita kecapi hingga saat ni semua atas kuasa kebesaran-Nya. Biar sakit, biar perit, pedih dan pahit, tabahlah wahai hati. Berbalah hingga ke sudah memang bukan penyelesaiannya, kalau pun itu yang mereka mahu maka biarkanlah. Buatlah apa yang engkau inginkan. Biar kau bahagia sekarang sebab belum tentu 2 3 minggu / tahun akan datang kau boleh tersenyum seperti sekarang. Saat engaku tak mampu melemparkan secebis pun seyuman itulah saat engkau sedar, Allah s.w.t itu Maha Adil dan Maha Kuasa.  
Hati tercalar, tak beerti tanggungjawab sebagai anak dan pelajar ku humban jauh begitu sahaja. Waras lagi akal dan fikiran, kerja tetap diteruskan kerna jaminan masa depanku terletak rapi di atas bahuku sendiri. Berusaha sehabis baik supaya nanti tak perlu menagih-nagih hak dari orang lain.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.