Tuesday, June 28, 2011

Bila faya jumpa pen

Assalamualaikum, hello readers :)

Bila cakap pasal doodle mesti semua orang tau wujudnya benda comel tu kan. Masalahnya sekarang ni aku mengalami penyakit doodle yang teruk. Bila aku jumpa pen hitam pelbagai size mata, aku segera teringat doodle. Masa untuk doodling! <3

Sampai satu saat, James minta setiap seorang Design Logo Checkmate. Dah berhelai-helai / keping-keping yang lain lontarkan hasil idea mereka. Aku baru dua muka surat. Bila James datang menjenguk ke dalam bilik menggelupur tercampak-campak pen aku ke lantai konon-kononnya tengah tekun dan sungguh berusaha  mencari idea untuk Logo checkmatenya. Sobs! Ini semua doodle punya pasal la. Lepas siap satu aku buat lagi satu, lepas siap buat satu lagi. Lama-lama kumpul dah boleh buat wallpaper dekat rumah nenek dah ni. Sheshhh -__-

Doodle yang paling jujur aku suka bila kanak-kanak yang lukis. Semua yang diorang lukis and tulis, jujur. Biarpun kepala lebih besar dari badan, Alien tu mata dia kuyu sebelah, kaki Gajah tak cukup satu, Kepak burung macam terpenyek sikit TAAAAPPIIIII, semua hasil yang diorang lukis semuanya ikhlas dari hati. Alahai tak sangkanya faya suka benda omeyyyyyy >_<!

Tadaaaaaaaaaaaa, ini dia yang faya conteng :)

seronok layan benda alah ni


Yang ini Happy ke s-e-d-i-h?

Assalamualaikum, hai readers!

Akhirnya selesai sudah project DiGi dan Lenkote Australia dengan negara jiran kita iaitu Indonesia. Sangat lama rasanya menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Fuhh dedikasi sangat sampai cirit birit aku 4 hari. Ingatkan cirit birit boleh kuruskan badan, ternyata salah. Lepas sihat aku pergi melantak macam hantu raya dapat tuan baruuuu, memang kiamat hidup balik pun takkan kurus la kan kalau macam tu.

Semalam co. buat dinner dekat Sime Darby Convention Centre. Demam-demam pun aku berusaha gigih untuk menghadirkan diri. Eceh kalau pasal makan, gigih bagai nak gila. Ini lah dia farah, Yes farah fatinnadia memang begitu menghargai makanan. Baik kan dia? Begitu menghargai.

Selesai makan, mula la aku terasa sakit kepala. Terasa macam ada seorang budak berumur 5 tahun duduk atas kepala sambil main lestik-lestik kepala aku. Ini semua kek durian yang aku makan tanpa sengaja tu. Ku ingatkan cheese cake rupanya duriannn. Makan tak guna deria bau macam ni lah pakai nak telan je. -____-

Sekarang datang office doodling je kerja aku, design-design meja sikit, pastu james mintak logo pastu makan jalan-jalan makan balik pergi toilet buang air. Tinggal lah lagi 3 hari dah nak habis praktikal ni rasa sedih la pulak. Tsk. Dulu bukan main happy lagi tinggal lagi 2 minggu kononnya, sekarang tinggal 2 3 hari konon-konon kelopak mata nak bertakung air pulaks. sheshhhhh T_T

Seksa-seksa banyak kerja pun before ni hakikatnya aku enjoy sebenarnya dengan semua orang dekat sini. Iyaaa, enjoy benar sampai sekarang rasa nak sambung je lagi kerja sini. Fuyohhh ni cakap dalam sedar ke ngigau ni*

Lepas ni kalau orang tanya aku buat apa masa praktikal, senang sikit aku jawab. " Banyak benda aku buat, sekurang-kurangnya aku bukanlah duduk depan mesin photostat je selama 2 bulan ", nada berlagak  hidung ditinggikan walaupun tak memiliki hidung yang mancung.

Sekarang masing-masing tengah giat menggerakkan otak sikit demi sikit mencari idea dimanakah tempat untuk bercuti bersama teman-teman bagi menghilangkan semua kuman dan habuk yang melekat dicelah otak sepanjang kami berhempas pulas di office dan factory. Till then, take care! Muah. Bye-bye

Sunday, June 5, 2011

Comelnya kau ni o_O

Assalamualaikum, hello readers :)

Minggu ni aku cuti sabtu and ahad. Fuyoh berpeluh-peluh aku nak percaya aku cuti lebih dari sehari. Ya Tuhan jakunnya aku bila dapat cuti*

Okay okay aku malas nak tersasar, dua hari lepas aku pergi watson beli night cream yang dah habis. Macam biasalah aku memang pengguna setia Olay. Dari hujung rambut sampai hujung kuku aku pakai Olay. Disebabkan kulit aku dengan Olay memang serasi maka aku malas lah nak berpaling tadah. Tengah duk belek-belek produk dekat watson tu aku terbelek pulak pelembap M****** R***. Yang aku teringat dalam Nona dedulu aku tengok minah tu pakai bersih gila kulit dia, terdetik jugak la nak try. Nak try sangat, macam la kulit sekarang ni tak cukup ok. Tu lah dia ikut sangat perasaan, aku beli and cuba produk tu. Baru pakai sehari, esok pagi bangun terus ada musuh ketat bertapak dekat pipi kiri. Ahhhhh ahhhhhh sungguh ku menyampah. Kenapa benda comel ni tumbuh dekat muka?! kenapa tumbuh kenapa?! Ini lah padahnya kalau tak tahu nak bersyukur dengan apa yang ada. Kay ahhh lepas ni aku setia dekat Olay je. Kahwin dengan Olay pastu beranak pinak keluarkan pulak produk Ole-ole.

Thursday, June 2, 2011

alahai warna.

Assalamualaikum, hi readers :)

Kebanyakan orang impikan kulit yang cerah bersih putih putih melepak gitu kan. Aku pernah terfikir idea,basuhkan muka je time muka bepeluh-peluh.jadi akan ada panau..panau tu putih dan bila panau tu merebak muka aku akan putih..tapi,abaikan je la..Tapi kalau difikirkan balik elok-elok, tak semestinya yang gelap tu buruk. Tuhan jadikan kita pelbagai warna. Dari paling cerah hingga paling gelap. Bersyukur la warna yang kita ada kerna ada sebab Tuhan jadikan begitu. Untunglah ada warna kulit yang normal, daripada kulit warna electric blue ke. Mahu? Jadi disebabkan aku ni kategori yg bukan terlalu cerah dan bukan terlalu gelap, aku suka bermain congkak. Ehhh tak, bermain dengan warna. Apa sahaja yang dipakai, kombinasi kaler aku mesti nak ku tonjol-tonjolkan. Entah la kenapa mungkin kerna warna ku yang tak berapa nak cerah ni kot.
Ada kawan yang tanya soalan yang tak sepatutnya ditanya,

Kawan : Eh, aku tak pernah tengok kau pakai kuning pun? Bukan kau suka kaler2 'fuhh' ke?
Aku : Cuba kau tengok betul2 kaler kulit aku ni sweetheart? kau rasa kuning tu amt sesuai dgn aku ke?

Setakat ni warna kuning satu-satunya warna yang belum pernah ku cuba. Mungkin takkan pernah kot, bila kulit aku dan kuning bersatu, maka orang sekeliling pasti sukar bezakan aku dengan alien dari planet lain. Bayangkan jelah kulit aku yang gel gel gelap ni kannnn. Kuning tu warna yang sangat cantik! tak sampai hati aku nak membuat onar pada warna tersebut dengan memakainya.Takpelah mungkin satu masa nanti aku jatuh cinta dengan kuning pulak siapa tahu? Saat tu lu suruh gua pakai sut power rangers kuning pun tadek hal punye. ;D