Sunday, November 28, 2010

Seorang yang pelupa

Salam, helloh readers.

Entri ni aku nak share perasaan aku yang bisa disamakan dengan buah-buahan dalam pengisar yang nak dijadikan jus. Benar, aku tak tipu. Bezanya perasaan aku saat ni tak boleh lah nak ditapis macam air buah tadi tu ya -.-"

Pada awalnya senyuman puasku sampai ke hujung cuping telinga kerna berjaya membeli selendang yang ku cari. Terima Kasih abg penjual dekat uptown sbb bg diskaun walaupun hari ini hari minggu. Walaupun muka tak rela nak bg diskaun yang banyak, tapi takpe. Abg dah berjaya lakukannya. Teheeee ;p

Habis semua lorong aku dan wahidah jelajah, tanpa tercicir satu pun lorong. Bukan main hebat lagi berjalan tak sakit kaki kan kalau shopping punye pasal. Cuba kalau cikgu suruh ambil file dekat pejabat guru besar, tiba-tiba je buku lali boleh terkeluar dengan sendirinya tanpa dipaksa. T_T

Aku jumpa selendang, Ok im happy. Aku jumpe cekak comel nak mateyyy! Ok, im happy. Aku jumpe inner colour yang superrrrrr geli comel gilak! Ok ni pun happy jugak. Sampai lah bila balik dah duduk dalam kereta, baca doa naik kenderaan. Tiba-tiba terpandang roadtax. Ahhh ahhh ahhhh tak mungkin. Mata mata aku silap. Kena pakai spec ke apa sebenarnya ni? Tak farah, wahidah pun nampak benda yang sama.

R-O-A-D-T-A-X kau dah mati. Eh siapa yang bunuh roadtax ni? macam mana dia boleh mati? Soalan ni jangan tanya aku k wahidah. Mengundang padah betul anda ni kannnnnn    -_________________-

Ok ahh fine, balik ni aku bawak berhati-hati. Aku takkan bawak laju, aku akan bawak yang paling lembut dijalan raya. Kau pasti akan rasa macam naik awan bergerak, lembut dan mesra alam tanpa henjutan lagi. Kereta belakang hon pun takpe, aku takkan hiraukan. Ok kan wahidah? Pangggggg! Ok pelempang free hadiah istimewa sempena sambutan jubli emas uptown.

Sampai brickfields kan kan kan, aku nampak ade baju kilat-kilat tepi jalan. ( dekat dengan longkang ) Aku igt DBKL saja buat kerja malam-malam sebab sejuk menusuk tulang hitam. Tak panas, kesian dorg sunburn teruk betul. Itu yg aku pikir* Tapi rupanya, mereka polis. Bukanlah DBKL yang sedang menjalankan tugas tanpa sinaran matahari. Kali ni perut aku dah kecut macam span cuci pinggan, jantung aku berdegup di hujung siku. Ahhhhhh aku tak boleh  nak gambarkan cuak aku camne nanti polis tu tanya aku nak jawab apa. Takkan nak jawab, bapak sy pinjam roadtax sy tampal dekat kereta dia kejap. Kejap jee.Hishhh cuakkkkkkk  T_T

Tulah kau kan farah, tadi bukan main happy dapat banyak barang. Sekali nampak kelibat baju kilat polis tepi jalan, biru terus bibir kau hilang darah. Ghehehe ;p

Lain kali tolong jangan lupa, Abah dah pesan jangan bawak kereta tu kalau nak keluar. Bawak kereta mama. Tu lah budak bertuah ni dia umur baru 21 kemain pelupa lagi haihhhh. T_T

Saturday, November 27, 2010

Perut aku dah pecah

Salam, hi readers :D

Entri gembira buat aku dan zida. Tehee. Dia yang selalu busy aku yang seringkali sibuk memang susah nak bersua muka. Bukan setakat batang hidung tak kelihatan, malah bayang-bayang baju di ampaiannya jugak tak ku nampak. Perut aku pecah, ini semua kerja azida. Dia yang buat. HAHAHAHAHA aku betul-betul happy gelak sampai rahang aku dah lenguh. Tangan lembik susah nak pegang stering lori. Eh takk, kereta* ;p

Semalam lepas zida balik office aku terus kidnap dia bawak pergi shopping kasut. Maklum lah orang selalu pakai kasut flat, flipflop mana la ade koleksi pelbagai  wedges dan heels terbaru di pasaran. Kasihan zida melayan kerenah aku yang cerewet nak mam*** ni. Cari punya cari sampai ke malam takde pun yang berkenan. Bila ade yang mampu buatku teruja dengan designnya, pasti kecewa datang menjenguk. Size takde! Yaaaaa, size takde okay T_T

Dari petang sampai larut malam asyik gelak sampai lenguh segala saraf. Sepatah aku cakap, 5 6 baris zida gelak. Selangkah aku berjalan, 7 8 baris zida gelak. Ya ampunnnnn, ni la padahnya kalau 2 2  masuk air. Tak boleh dibiarkan lama budak 2 orang ni, nanti tertidur tepi traffic light sbb penat gelak. Bila dah puas gelak dari dalam kereta, keluar kereta, dalam shopping mall, balik masuk dalam kereta semula sampai ucap selamat tinggal pun gelak lagi. Sampai je rumah, aku gelak sorang-sorang dalam bilik mandi. Perut dah pecah, otak pula mereng. Kasihan farah*

Kalau rupa aku yang pakai, dah macam sakai turun bukit la ni -.-"
5 6 inch tu fav adik aku si mairuz, aku sebagai kakak lebih selesa rendang-rendang macam pokok bunga kertas je :'p

Thanks zid sudi teman aku <3

jangan terasa lah ya

Bruno Mars

"Easy come, easy go
That's just how you live, oh
Take, take, take it all,
But you never give.
Yes, I would die for ya baby, But you won't do the same"

Terima kasih ye bruno mars yang bersuara sexy. Saya sangat bersetuju dengan lirik lagu awak yang ini. Awwwww ;)



berusahalah selagi mampu

Salam, hi awak semua :')

Ya, saya tahu ni entri kedua harini. Biasalah, sawan saya dah datang. Sawan rajin datang memang macam ni, nak menaip je semua yang saya rasa. Kalau tak menaip nanti perut sakit. Ok yang ni farah menipu*

Aku terbaca surat khabar pagi tadi, err TER? nampak sangat budak ni malas baca surat khabar hari-hari*  T_T
Anak gadis berumur 15tahun lari mengikut boyfriendnya. Dulu umur 13tahun dah buat perangai, tak sekolah sebulan hilang. Jumpa balik hilang balik. Eh dah kenapa semua budak-budak hingusan ni? Nak jadi biskut ke apa? Kasihanlah parents yang penat cari duit nak bagi makan anak, nak sekolahkan anak-anak, nak bagi semua yang terbaik. Memang diorang akan bising marah-marah itu ini. Itu tandanya mereka sayang dan ambil berat. Darah muda macam kita yang selalu tak boleh terima hukum alam memang kalau marah tande sayang ibu bapa terhadap kita.

Kita dah diberi peluang, pergi sekolah untuk cari ilmu. Bukan untuk ibubapa, dorang just nak anak-anak mereka boleh hidup dengan sempurna bila mereka dah takde kelak. Bukan banyak diorang mintak, sikit je. Mereka nak kita berjaya, Yessss, tu je. Kalau sampai ke menara gading tu lagilah menyejukkan perut si ibu bapa.

Berusahalah membuat amal ibadat dan segala kebaikan
Berusahalah mencari ilmu
Berusahalah berkerja kuat mencari rezeki
Berusahalah selagi mampu.


Ini bila disuruh belajar, M-A-L-A-S. Bila disuruh kerja juga M-A-L-A-S. Ape je yang rajin sebenarnya? Oh kalau dating dengan gf/bf rajin la kan? Berkepit 24/7. Kejap-kejap SMS, jap lagi call pulak. Malam nanti wall-to-wall fb pulak, before tidur borak lagi. Bila mak bagi nasihat dituduh membebel. Kalau bf/gf cakap/nasihat/marah laju je dengar dan patuh. Bf/gf kah yang bagi kita makan? Diorangkah yang menanggung sakit perit lahirkan kita? Memang sukar nak nafikan zaman bercinta indahnya macam buat rumah atas bintang.  Tapi kalau tak diingatkan pada diri sendiri, yang cinta sahaja tidak cukup maka segsaralah satu hari nanti. Kalau sekadar couple untuk lafazkan i <3 you, you <3 me. Lupakan je lah. Tapi kalau nak merasa makan rumput ke batu kerikil ke, okay fineeeeeee, tak payah la fikir masa depan. Duduk je melayan perasaan pasangan. Takyah buat apa-apa, tak keluar peluh setitik pun kan ;)




4 days to go!

Salam, hey hey <3

Graduasi. Yesssss, yes. 4 hari lagi tibalah hari konvokesyen. Usaha memaintainkannnn.. ehh tak, cuba untuk meningkatkan pointer waktu di UiTM Kedah takkan bisa dilupakan. Bagi sesetengah orang, mungkin kerja yang dihantar kedai  terus siap dah cukup puaskan hati mereka. Tapi tidak bagi aku. 3 tahun bertungkus lumus dengan bantuan kawan-kawan yang sangat sangat sangat baik hatinya dan lecturer yang membantu aku menyiapkan kerja-kerja yang cukupppp memuaskan hati, aku dilahirkan dengan sifat cerewet yg terrrrr amat sangat. Jadi tak hairanlah kalau aku sememangnya buat kerja TERlalu lembab. Bukan lembab sikit, tapi lembab banyak. Kawan-kawan bisa stress dengan perangai cerewet aku ni. Sorry ye korang, aku susah nak ubah tabiat cerewet ni  -.-"

Atas apa aku berdiri, sudut mana aku duduk, kerusi mana aku bersandar harini semua atas ketentuan Allah S.W.T. Hanya DIA yang mampu menentukan segala yang kita usahakan berjaya atau tak. Alhamdulillah :')

Mama abah, kawan-kawan.T H A N K S  KORANG SEMUA! <3

Moga kita sesama manusia bisa berkongsi apa yang kita tahu dan mencari untuk menambah apa yang kita tak tahu. Aaamin.



Tuesday, November 23, 2010

Jangan risau

Salam,hi readers <3

Aku percaya Allah s.w.t itu Maha Adil dan Maha Mengetahui.
Aku percaya setiap apa yang kau beri, kelak kau akan terima balik.
Takde seinci pun yang bakalan terlepas.


p/s : Aku berdoa moga setitik kesedaran mampu melekat dijiwamu :')

Monday, November 22, 2010

sisa sabar masih ada

Salam,hi readers :'(



Harini merupakan hari yang mungkin boleh dikira hari menguji perasaan aku. Luaran mungkin lah aku kelihatan mcm budak yang mmg takde masalah hidup yang serius. Tapi kalau diikutkan perasaan yang dipendam rendam lama yang dah lunyai dan remuk kdalam hati ni, takde istilah yang boleh digunakan untuk menggambarkan keadaan aku.

Dalam hidup yang serba gembira ni, Aku ade family yang selalu dgn aku, mama dan abah yg selalu penuhi permintaan, ade bf yang penyabar dan memahami dan ade juga kawan baik yang aku selesa bersama. Mama, abah, Shakip, mairuz, 'ilmi, fatyn, zyda, najwa and muhammad nasri. Mereka lah manusia penting dalam hidup aku.

Hari ke hari aku membesar dan belajar banyak perkara. Hal remeh, hal serius, hah ape je yang aku tak cuba faham.  Tapi baru harini aku sedar, tak semua orang yg kita sayang, yang kita ambil berat yang kita anggap penting dalam hidup ni lakukan hal yang sama pada kita. NO, NO,NO. Memang aku silap. Tak semua :'(

Aku mengaku aku buta dalam menilai orang yang aku sayang. Mereka yang aku syg cukup sempurna pada mataku. Disebabkan perasaan terlalu sayang tu la aku jadi tak kisah. Di sebabkan tak kisah tu la aku jadi manusia yang cuma berani merintih dalam hati.

Apa je yang jadi, semuanya bersebab. Sebabnya banyak. Kita je yang tak pasti, jadi aku akan cuba ubah salah and silap aku. Aku akan buat apa je untuk tengok kau bahagia, tengok kau tersenyum senang. Moga kita boleh perbaiki hubungan sekarang menjadi lebih baik kelak.

:)

Sunday, November 21, 2010

Sila nyatakan permintaan

Salam, hey hey hey :)

Ok, aku tau ni entri kedua untuk harini. haha.Ni la jadinya kalau dah rajin. Bila sampai sawan malasnya,Ya ampunnn, mmg benar-benar pemalas budak ni.

Bila ingat balik malam aku keluar dengan fatyn and zida tu pasti senyuman aku lebar melebihi cuping telinga. Bukannya apa, cuma aku happy sgt berborak sampai nak putus urat leher ni. Semua bebanan kat kepala ni hilang bila jumpa bestfriend yang paling disayangi.

The best mirror in the world is an old friend.

Kalau diminta sila nyatakan satu permintaan buat sahabat, saya akan minta semoga fatyn, zyda and najwa kekal menjadi sahabat sejati saya buat selamanya. Aaamin. Untuk kawan2 yang lain, saya sayang kalian. Terima kasih atas segala pertolongan dan pengorbanan awak-awak semua  <3


xoxo. frh <3




usia dan kematangan

Salam, hi readers :)

Sejak cuti aku dah mula busy dengan segala macam hal, tup tup minggu ni aku dikunjungi manusia yang tak dikehendaki. Tetamu yang tak dijemput pengundang segala macam perasaan macam kau ni eloklah duduk diam-diam dekat lorong gelap yang takde orang. Kalau bohsan jalan-jalan la sikit pergi lorong haji taib ke. Bersenam la sikit kan keluarkan peluh, daripada kau ganggu hidup aku, fatyn and adik aku mairuz.

Di sebabkan kau dah block kitorang dekat fb, maka aku tulis surat kat blog aku je la ye? :)

Aku d-a-h  d-u-a  p-u-l-u-h  s-a-t-u tahun Okay? Bukan kanak-kanak yang bisa kau pijak-pijak kepalaku guna wedges rempit kau. Aku dah berazam tahun ni taknak dah meletuskan peperangan walau dgn sesiapa pun. Tapi kau memang mengundang kan? Cari penyakit, cari nahas. Bercakap sambil lipat lengan baju mcm mak2 nak ganyang org*

Benda yang dah lama lepas yang kau sibuk ungkit and tokok tambah lagi tu kenapa? Apa yang kau simpan dalam hati and benak fikiran kau tu sebenarnya? Memang tak boleh eh kalau kau tengok orang lain, kawan-kawan kau senyum happy je semua? Kenapa? Kulit kau menggerutu gatal2 ke kalau tgk org lain happy? Ke, kau boleh terkena buasir kalau tgk org lain bahagia? Kawan jenis apa kau ni kalau bukak pekung and aib kawan sendiri. Memang takde manusia yang perfect dalam dunia ni, termasuk aku & kau. Jadi faham-faham lah bahasa aku ni wahai bangang.

Kau senang-senang maki-maki kawan aku cakap itu ini. Kau tu pandai sgt ke? Tinggi sangat dah ilmu dekat dada kau tu? Dada kau tu aku tengok makin membesar. Jangan cakap orang bodoh kalau kau sendiri yang memang 2 3 4 5 kali ganda bodohnya. And please, jgn kerna faktor usia kau tu, kau boleh berkelakuan mcm orang tak berakal. Tak perlu nak tunggu umur 30 tahun baru nak matang. Sekarang pun kau patut fikir yang kau bukan lagi budak umur 5 6  tahun yang berebut mainan and menangis kalau tak dapat.

Kalau kau tak puas hati dgn fatin and aku. Cakap terus, tak payah guna pekerja gemuk hitam ke apa semua tu. Tak, tak perlu lansung. Aku berterima kasih kerna kau bersusah payah mencari pengikut2 kau yang tak bergaji tu. Kau dengan kawan kau memang taknak nikmati kehidupan korang sebaik mungkin eh? Memang korang mintak kena rejam ke apa ni? C'mon la weh, kalau hidup ni nak dihabiskan dgn jeles and busuk hati sesama sendiri sama je kalau kau jangan teruskan hidup. Matlamat hidup pun takde, ade hati lagi nak menggedik tak habis-habis. Kalau gedik tak ganggu hidup orang takpe, ni gedik menyusahkan aku! Takdak akai punye orang!

Sekali lagi kau dengan kawan kau tu bersikap tak sopan dengan aku dan fatin, tau lah nasib korang nanti. Aku mandikan kau dengan air dr gunung himalaya. Buang sikit penyakit perangai cacat kau tu. Ok?

Tolong bagi aku dengan kawan-kawanku hidup tenang. Kitorang belajar, kitorang kerja, kitorang keluar meronggeng, kitorang shopping sampai lutut tercabut, kitorang happy macam ni. Kalau kau tak suka takyah buat apa-apa, cuma perlu pergi cari seorang rakan dan pergi buat mcm kitorg buat. Baru bahagia hidup, busuk hati takkan bawak kau kemana-mana.

Ok aku dah puas menulis khas buat budak IT yang bijak ni <3

Thursday, November 11, 2010

xoxo!

Salam, hi readers!

Semenjak dua tiga menjak ni entri aku berbaur emo. Ok la tu emo, pasni aku teringin try jadi skinhead pulak ahh.  O_o

Ok tak tak, tak jadi skinhead ah. Cancel, cancel. Kang ilmi tepuk dahi aku. Harini la kan seharian suntuk mengemas bilik,konon nak clearance lah kan. Banyak lah kau punya clearance, habuk kipas tu pun kau nak lap tak sampai kan farah kan. Bila dah fedap mengemas, aku campak penyapu yang dah macam misai tu. Penyodok tu kalau bukan hak uitm dah lama aku patah-patahkan pastu anyam buat sampan. Benci betul bekerja dengan habuk. Kipas kemain tinggi, nak lap tak sampai. Tangga pun takde,diorang ingat aku ni tinggi sangat ke apa?  Ahh ahhh, fedap!

Lalu aku pun pergi jumpa jantung hati hempedu ginjal peparu aku. Ok, nampak je janggut dia. Hati sejuk membeku. Terasa berasap-asap je hati ni sejuk sgt. HAHAHAH melampau kan penipuan budak ni*

Cuba la ambil gambar tu biar macam budak2 normal yang lain. Iskk -.-"

Ni apa main tebuk-tebuk ni? Makan elok-elok. Amboih, buasnya.

Ilmi kena terima farah seadanya. HAHAHA thanks syg!

Akhirnya, kita berdua ada gambar normal. ghehehe ;)

I miss u soooo much when we apart and even when we are together, I miss youuuu!

Ilmi, My sweetheart, my lover, and of course my friend... by reading this I hope u understand that  u are the only one for me and always will be, there's only room for one boy in my heart and in my dreams and that's u! Thank you for being the wonderful guy that u are. I love u for being urself and I must be the luckiest girl alive. Kan sayang kan ? hehe perasan*

All my love always and forever. Muah! <3



Wednesday, November 10, 2010

Bagi lah saya putar balik masa, please.

Salam, hi u ols :)

Harini pagi-pagi dah berjumpa dan mengadap muka orang yang kita sayang, mood otometik jadi manis dan sangat mengada. Hilang semua tension letih ngantuk bila tengok giz dengan janggutnya yang seciput. HAHA. Siap ah kau nanti aku gunting ;p

Rindunya rasa nak bersua muka dengan kawan-kawan yang aku rindu and sayang. Pagi-pagi subuh dah jumpa, pergi sekolah sama-sama, ponteng then semua balik rumah aku makan sampai kenyang and online and tidur balik. Berkepit macam belangkas, Geng berry! Hahaha terasa comel pulak. Farah memang mudah perasan*

5 sebab aku suka zaman hingusan sekolah

1) Aku dapat kawan dengan azida, fatyn and fyna.
2) Kalau fail banyak subjek pon mcm takde effect apa-apa. HAHA
3) Makan mee kari paling sedap dekat kantin sekolah
4 ) Bila sukan boleh menjerit paling kuat sampai terkeluar anak tekak dekat stadium, memang takkan ade orang nak marah
5 ) Balik sekolah merayap dengan geng berry sampai lunyai muka baru balik rumah, dan mama takkan marah. wuu ;)

Walau apa pun jadi,kat mana pun aku ada.Kawan-kawan yang sama membesar dan banyak mengajar aku erti susah sennag bersama ni lah yang aku hargai selama hidup aku. Patah tumbuh hilang berganti, itu yang patah and yang hilang tapi untuk aku diorang takkan pernah berganti dengan sesiapa pun. Zid, b, and nie, sekarang masing-masing busy, tapi aku tetap igt and rindu kau org, I love u guys!


xo ; farah.

Tuesday, November 9, 2010

Eh! apesal ni?

Salam Readers,

Entri kedua buat harini, rasa menyampah dah menebal dalam jiwa. Tak tahu bagaimana cara nak hakis atau kikis perasaan menyampah tersebut. Kalau boleh guna pisau hakis perasaan tersebut mcm kita selalu kikis road tax kereta dekat cermin depan tu, dah lama aku gunakan cara tu.

Aku hairan dan tidak fahan kenapakah 'engkau' suka sangat menyemak, menyamun, menyebok dan menyelitkan diri kau celah-celah kain aku? Apesal ni? 'Engkau' memang dah takde kehidupan atau apa ni weh? Semua kawan2 aku kau nak add, sebok tanya dorg pasal aku. Sebok korek rahsia aku dari diorang. Aku korek hidung pada pukul berapa setiap hari pun kau nak tahu jugak ke?  Apesal kau tak add sekali nenek, atuk,pakcik makcik aku semua? Pergi la add. wall to wall sikit dgn dorg, baru boleh tau pasal diri aku dgn lebih mendalam. Bulu mata aku ada berapa helai pun kau boleh tau kalau kau add saudara mara aku. Pergi lah add, pergi add. Duh! Bikin semak jiwa la kau nih. -.-"

p/s : Dah ade gf buat cara ade gf weh, jangan gatal flirt dengan orang lain. Kang aku sunat kau guna gergaji. Baru tau.

go farah go!

Salam, hello readers :)

Cuti sem aku dah bermula, apple pie akan pulang ke Kuantan. Kalau aku ada magic, aku nak pindahkan Kuantan letak dekat Pantai permai. Tapi ternyata, aku mmg takde magic. farah kecewa*

Takpela kan, jauh sikit cuti sem ni. Konon-konon bangkitkan rasa rindu. HAHAHA b-a-n-g-k-i-t! Fuhh, nama kuih semua masuk sekali. Ok, kembali pada tajuk entri ni. " Azam cuti sem " ececey, cuti sem pon ada azam si farah ni, rasa mcm geli je.  Aku berazam utuk kurus cuti ni. Najwa pencetus azam, terima kasih tak terhingga buat najwa sbb mengingatkan aku yang aku memang dah gemuk berisi montel gontel ape tu semua. Kalau aku gemuk comel takpe, lalu lagi lah orang nak hadap. Masalah sekarang ni aku gemuk mmg tak comel. Ok, mmg patut berazam*

Taknak turun banyak, 4kg je nak. Kurus sangat tak seksi lansung. HAHAHAAHHAHAHA alasan kan*

Time ni baru nak selak buku peribahasaaaa, " Nak seribu daya taknak seribu dalih ". Tiada lagi alasan OK, nanti apple pie bebel. Tercabut telinga siap keluar darah lagi. Ada azam, perlu juga ada usaha. Konsisten, berdisiplin, and percaya pada diri. Tolong lah wahai nafsu makan, jangan terlalu menggoda. Saya tak tahan bergetar-getar jiwa ni. Kesian kat saya ya? :'(

Good luck untuk diri sendiri! :D
 

Monday, November 8, 2010

pengaruh remptz

Salam semua ;)

Hari ini hari isnin, 8 november. Yang pastinya pukul 5 tadi dah selesai hantar kerja Autocad. Walaupun sepanjang proses menyiapkan tugasan tu pelbagai sumpah seranah yang  penuh dalam perut and dikeluarkan dr mulut tapi sekarang aku dah boleh lap peluh lega kerja dah siap. *OK, lap peluh sekarang.

Bit bersiap nak balik USJ dia. Selesai pack brg, punggah-punggah kat pagar larangan seroja kemudian bit gerak balik T_T

Sedang aku bergegas drive nak jumpa apple pie yang comel lagi baik hati yang duduk dekat pusat komersial tu,
najwa sayang hantar text selamat tinggal dia, text tersebut berbaur remptz. Takpe bit, i paham kenapa u terjebak dalam penulisan rempz. HAHAHAHAHA 

NAJWA : Fa sayang.. thankiuzz tolong angkat barang I tadi, and tolong kemas bilik. Jaga diri okaysz? Babygurlz balek dulu. Kemslm kat baby boy U. HEHE. Bye! Thankx 4 everything! Muahxz.

FARAH : HAHA babygurlz I baru topap ni. Cred takde tadi. Ala U ni, kita kan BFF, mestilah I tolong angkat2 barang. I belum ade penyakit selfish lagi setakat ni. HAHA. Take care bbygurlz, papehal bagitau. Mwah! 

Fuhhh, kemain s x z lagi kau org berdua kan. babygurlz lah, thankiuzzz la, Muahxz, okaysz. Hahaha gila, ni akibat terpengaruh terlalu  banyak gelakkan penulisan remptz.

Sunday, November 7, 2010

A k h i r n y a

Sekarang hidup dah kembali pulih, tiada lagi sawan-bangun-tidur-terkejut-terkejut-kerja-tak-siap-assessment-dah-dekat. 

Tiada lagiiiii. 

Perasaan yang sukar dikawal, rasa nak menjerit-jerit. Tapi apakan daya, mama kata suara aku kalau jerit buruk benar bunyinya. Mungkin boleh digambarkan mcm suara pondan tua. *Teruknya gambaran untuk diri sendiri -.-"

Ok, dah mula merepek*

Gembira mmg gembira, sedih tetap setia melekat dekat jiwa.*fuhh ayat kau farah, mcam la lekat guna gam 3 second kan. 

Semalam, hari ini dan esok. Sama dan berulang. Belajar, buat assgmnt, pergi assessment, tolong-tolong mama and abah, kadang-kadang jadi driver adik. Terasa mcm nak beli sebuah van, jadikan van tersebut van sekolah. Tipa-tiap bulan aku pau sekor-sekor dari tadika sampai upper 6 la kan. Habislah duit aku berkepuk-kepuk nanti. Susah nak kira. Isk Tak dapat dibayangkan.

Eh dah dah, mengarut bukan main lagi.

Yang aku cuba sampaikan sekarang ni,perasaan sebelum dan selepas asses. Bukan perancangan nak beli van atau bas nak bawak budak sekolah.

Pagi before asses makan dekat cafe, semua yang lepak makan bersama muka sememeh taktidur pulun siapkan kerja malam tadi. Ni lah lumrah budak AD, kalau tak esoknya asses memang malam ni takkan siap. Sape siap tu mmg tak berapa nak diiktiraf AD sgt la. Apesal rajin sgt plak siap awl? Ahhhh takde takde, nanti tak AD la camtu. Ok farah,kau cuba menghasut ke apa ni*


Nervous sampai tak sedar makan guna 3 gerapuuuuu

Nervous lagi sampai milo rasa lain. Milo laici -.-"

mcm dlm rumah org kerdil :D

Najwa dengan peacocknya. Tahniah bit! :D

Farah bela sotong.

Kaki octapus. yeckkk =X

Hi cik Linda :D

Fuhhhhh.


:DD

Muka stress najwa produk belum asses-.-"
Yang ini baru habis furniture, product belum. Haihhhh. Product stress gila vavi nak mateyyyy. Sampai rasa menyampah untuk ambil gambar buat kenangan.Tapi bila dah habis, leganya Ya Tuhannnnn. Tak tergambar! Alhamdulillah dah setel. Ok lah, Nanti rajin updatelah lagi. Till then, jaga diri ye semua. salam! <3