Tuesday, October 26, 2010

lebam

Salam, oh hi readers <3

Final exam mood. Meh aku eja satu-satu. F-I-N-A-L  E-X-A-M  M-O-O-D.


Exam, exam, exam sampai lebam. Selagi tak lebam, jangan berhenti exam ape tu semua la okay. Budak ni memang dilahirkan untuk menjawab exam ctu dengan masa yang tak cukup. Kenapa bagi DUA JAM sahaja?! Kenapaaaaa? Banyak sungguh yang nak ditulis. Tangan ketar2 tulisan berekor-ekor dah macam berudu je. Sekejap lagi gila meroyan lah ni fikir CTU sampai nak mandi pun tak lalu. Memang begini.


Paper CTU dah lepas pun, tak payah nak mengomel banyak sangat la kan. Bersedia je la dgn paper Psycho jumaat nanti, mesti kau mampu bunuh orang kan farah kan ? -.-"


Minggu ni paper bunuh-bunuh orang, next week ATH nya lagi assessmentnya lagi. Ya Tuhannnnn, habis gugur kening aku. Tak payah duk cabut ke cukur ke apa. Kau jawab je exam pergi je asses pasti kening kau boleh gugur dengan sendirinya tanpa di paksa.


Bila sampai mood exam yang menggundah gulanakan hati ni, 


Tiba-tiba terasa rindu kat rumah. Lebih tepat lagi rindu oven kat rumah. Rindu dapur, rindu alatan memasak rindu bahan nak buat cupcake, buat cookies. Dari kecik sampai besar asyik kerja main masak-masak.


Pastu pastuu masuk U tetiba kena masuk bengkel bergelumang dgn kayu kayan dan besi-besian.Memang begini, kadang-kadang buat kerja yang kita tak suka pun boleh sampai jauh jugak perginya. Benda yang kita nak sangat sangat sangatttt buat tu tak jugak dapat buat  -.-"




Yang ini satu kepuasan.

Ok, yang ini lagiiii puassssss <3

Ahhhh, Hi choc chip. Dah lama saya tak bakar dan makan awk. grr grr

Terapi untuk hilangkan tension aku bukanlah shopping sampai urat lutut putus, aku cuma perlu duduk didapur buat cake, bakar biskut, masak2 guna senduk periuk belanga tu dah cukup buat aku berdahi luas*  Ehh tak, bukan dahi luas, tersenyum puas ;p


Monday, October 18, 2010

Cewah, main photoshop pulak dia kan.

Salam, hi readersss :D

Lamanyaaaaaaa rasa sawang kat belog tak dibersihkan. Kehidupan di S.A semakin busy sehingga tak sempat singgah dekat blog sendiri apetah lagi menghendap belog orang lain. Sementara tunggu bengkel uitm kedah ni bukak, tangan ni rajin pulak gedik2 berphotoshop tentang aktiviti aku minggu ni. Biasala, azam baru nak jadi rajin. Haaa ni rajin la ni buat benda tak berpekdah ;')

Banyak lagi benda yang perlu dibuat. Banyak sampai aku tak tau nak mula yang mana dulu. Nak siapkan yang mana, tak tau tak tau! Dah dapat merepek buat benda ni baru rasa puas. Ok dah berhenti merepek, farah pergi buat kerja sekarang.  Sambung lagi nanti, jaga diri ya kawan-kawan. xoxo ; dhaaaaa <3

                                                                                       

Friday, October 8, 2010

Bukan selalu macam ni

Salam, hello readers. ( again* entri kedua untuk harini )

Pagi yang indah, bangun awal konon bersemangat tapi kerja tak siap. Pakai cantik-cantik dgn harapan tak kena marah dgn lecturer. Bijak anak mama ni*

Selamat tengahari semuaaaaaaa. nada kenyang* Ok perut dah tersembul, buncit.

Harini class berjalan lancar macam selalu,cuma resah gelisah didada dan juga kerangka bahagian blkg badan amatlah terasa bila product tak start G.A lageyy -.-"

Bukan senang nak puaskan hati semua org, mcm tu jugak la design gigi karat perokok tegar (product ) aku ni kemain susah lagi nat start G.A. Kesian gigi* T_T

Walaupun kesian dekat gigi, hidup perlu diteruskan. Biar gigi berusaha lebih lagi*

Machammm biasa, rutin harian adalah bergambar dengan muka perasan depan camera. Perlu buat muka perasan ok, kalau tak buat nanti gambar tak jadi.

mcm ni la muka perasan. 
Ade lagi nanti sambung, maaf line mcm siput tengah koma.

Apalah nak jadi

Salam,hi.

Kadang-kadang aku pun tak faham, sukar nak faham. Bukan bebal cuma liat nak memahami. Apa nak jadi dengan masalah antara manusia yang TERLALUUUUUUUUUU suka cakap dibelakang. Sampai bila nak kumpul amalan tak baik mcm tu? Takkan sampai mati hidup semula still mulut nak macamlongkang jugak kot? Aku sendiri bukan tak pernah ckp belakang, pernah. Siapa je yang bergelar manusia biasa pasti ada cacat cela sikapnya. Tapi cacat cela tu kan boleh dibaiki. Dari hari ke hari. Manusia boleh berubah, usaha la cari jalan berubah, ini asyik cari salah orang lain. silap dan cacat cela orang lain, kelemahan diri sendiri tak pernah nak perbaiki. Tolong lah jangan rasa diri begitu sempurna sehingga boleh memperlekehkan kelebihan dan kebolehan orang lain.

Manusia ada hidup masing-masing yang perlu diuruskan, jadi jaga je la amalan dan hidup masing-masing. Kalau sekarang tak baik, bukan bermaksud selamanya tak baik. Sama-samalah kita mengingatkan sesama sendiri jangan terlalu banyak mengata dan mengumpat. Kalau selama ni ada yang aku tersakitkan hati aku minta maaf, bukan ku sengaja. Apa yang ku lalui sebelum ni adalah proses nak membesar, maka banyak silap yang telah aku buat sedar atau tanpa aku sedar. Maaf ye kwan-kawan -.-"

Thursday, October 7, 2010

bila B+L+M = ?

Salam, hello readers.

Semua yang bergelar pelajar mesti sekarang mood tonggang langgang macam kapal karam kan kan? Bersabar ya rakan-rakan. Beginilah dugaan dan tekanan yang memang kita semua wajib tempuhi. Takde lagi setakat ni aku tengok orang berjaya dalam hidup kerja dia duduk je korek-korek hidung lepastu terus berjaya mencapai kejayaan besar. Lainlah kalau ade segelintir yang memang tak hargai hidup ni kerja dia hari-hari jadi kutu rayau, hidup macam dia sehelai tisu yang bila angin tiup pergi jela mana-mana nak. Bila basah koyak, bila panas kering, bila berhujan berpanas jadi reput. Lama-lama lupus sendiri. Itu dah memang matlamat hidup dia nak jadi sampah. Sampah yang busuk selalu dihurungi lalat. Kotor dan busuk. Kita semua taknak jadi begitu kan? :))

Azam aku nak jadi orang yg rajin. Tak banyak sikit pun jadilah. Banyak faktor yang selalu buat aku jadi makin malas dan terus malas. Mama dah pesan, kalau bodoh ada ubatnya. Belajar belajar dan belajar nanti jadi pandai. Tapi kalau malas, mmg takde ubat. Lempang je sampai cacat. Baru puas hati. HAHAHHAHA ;D

Minggu lepas minggu ni busy bagai nak bunuh diri. Nasib baik waras lagi. Ingat Tuhan, ingat ingat. 
Bila Busy mulalah Letih, bila Letih mulalah Malas. Tuddddiiaaaa penyakit budak Art&Design. 

So, harini masa sidai baju aku baru terperasan rupanya kasut kat rak memang dah macam $@!&%#.




Rajin kan farah, dia basuh baju sendiri. Bukan mesin yang basuhkan. BHAHAHA


Baju semua takde bunga-bunga. Kosong je, nampak sgt dalam hati takde taman.
Ok lah banyak ni je nak merepek sebelum pergi test ATH. Sambung merepek lagi nanti, till then, salam! xoxo

Tuesday, October 5, 2010

tunggu proceed - dan - tunggu lagi

Salam, hi readers :D

Class pukul 9am TERdatang lewat pulak 9.10am. Hehehe sorry puan zack ;p
Tunggu nak proceed, muka berharap dengan penuh harapan harini dapat proceed final design. Sangkaanku meleset, kena tunggu Sir Erwin proceed jumaat nanti. Seram bila kubayangkan assessment dah dekat tapi bengkel tak ku jenguk lagi. berpeluh-peluh dahi* HAHAH mengada kan effect seram ni.

Dalam class tak buat apa padahal kerja banyak sampai tak tahu nak pilih mana nak buat dulu o_O

Pandang najwa, terbayangkan webcam. Ok, mari share gambar kabur dari webcam :D

eleh mengadanya

konon-konon nak sama.memang tak ah kan

budak ni sepatutnya dah 21 tahun, tapi mcm ni lagi

Farah kan pemalu, dia tak banyak ambil gambar. Dia lebih suka tengok foto orang lain. Lebih2 lagi kalau dalam foto tu muka lisa surihani, tak pun muka imi sayang. cakap dalam nada serius* o_O

Monday, October 4, 2010

T-E-N-S-I-O-N

Salam, ohhey readers -.-"

Ehmm, Last week dah macam apa busynya buat kerja guna lutut apa semua, this week  presentation Bel Sir suruh tambah tambah pulak lagi. Bila yg nak proceednyaaaaa Sir? Bilaaaa? :'(

Ini final presentation, semestinya saya tak nak bergurau senda bermain-main dekat halaman lagi. Lagi cepat proceed lagi cepat saya bersedia ;'(

Friday, October 1, 2010

Cantik, Alhamdulillah.

Lisa, awk ni cantik betul lah. Natural beauty. Awww <3

Setiap orang yang dicipta oleh Allah s.w.t tu cantik dan punyai nilai dan sifat mereka tersendiri, adanya rupa dan tabiat yang berbeza dr setiap orang. Ada yg mungkin tak dapat kita lihat kecantikan mereka dengan mata kasar kita. Apa yang dah diberi, itu yang perlu kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran, bukan mudah nak memiliki atau dianugerahkan cantik rupa paras dan baik budi pekertinya. Tidak, tidak. Bukan mudah. Jika salah satu impian tak dpt dipenuhi, itu semua ketentuan Ilahi. Kita sebagai hambaNya hanya perlu bersyukur ats apa yang dah diberi. Berusahalah memperbaiki diri supaya hidup ini dapat dijalani dengan tenang bersama insan2 disekeliling.