Tuesday, September 21, 2010

Kelakar la awak ni

Salam,hi readers :)

Lately, jiwaku rasa lapang kurang kocakan lautan bergelora ape tu semua maka selalu berlapang hati menulis dekat blog ni. Setiap hari senang hati on fb, blog pun kurg bersawang selalu ku update tiba-tiba ada sejenis makhluk perosak perasaan ni telah merosakkan mood. Aku tak suka nak marah-marah, angin-angin satu badan Okay, entri ni cuma sekadar pendapat aku untuk kau. Jangan disalah anggap pule.

Apa tujuan kau buat fb?

Bukan ke facebook tu tempat mencari kawan, berkawan dan carilah mana yang terpisah2 tu. 
Jejak2 kasihlah kat situ. Bukan ke begitu?

Habis tu yang kau add aku lepastu remove. Apa motif?

Buat fb mmg takyah comment dgn org lain, kena comment dgn gf/bf kau sorg je kan :)

Kau like status dia,dia like status kau. Entah apa-apa la kau ni -.-"

Macam tu baik kau kwn dgn gf/bf kau sorg je. Buat apa add and lepastu remove kwn2 kau yang lain. 
Tak gituuu?

Jangan rasa hidup kat dunia ni kita hidup dengan bayang-bayang kita je brader. Keliling kau tu masyarakat, berkawan, beramah mesra dengan jiran tetangga,mempunyai hubungan baik dengan semua org tu adalah digalakkan dalam kehidupan kita sebagai manusia. 

Kalau setakat nak ada fb bukan untuk berkawan tapi kumpul musuh, serupa lu pergi duduk buat rumah atas paya kawan dengan biawak je. Budget sgt pun tak style gak, sbb kita sama je. Bf/gf kau hensem ke cantik gila nak mati ke, dr mana dorg dicipta? Tanah jugak kan? Sama macam orang lain. Jadi toksah la nak bermegah sgt dengan apa yg kau ada tu.

Sememangnya tak pernah terlintas pun aku nak marah atau memperlekehkan orang lain. Aku masih sedar berdiri duduknya aku kat dunia ni bukanlah sesiapa, cuma manusia biasa yang cuai selalu buat silap dan takkan mungkin pernah menjadi yang sempurna.

p/s : Kalau betul ada yang kau marah atau terasa hati, sampaikan padaku. Bukan seperti cara halus yang kau gunakan sekarang. Bukannya apa, aku bimbang kalau-kalau cerita yang selalu kau sampaikan pada orang lain tentang aku tu tak betul. Kau tak cukup kenal aku lagi jadi jangan sesekali cuba nak menimbang segala macam apa yang kau lihat pada luaran sahaja. Maka jangan cuba menambah pekung di dada, sama-sama lah kita kurangkan dosa masing-masing, berusaha menambah pahala.

Moga kita semua selalu ada dijalan yg dirahmati Nya. InsyaAllah :')

Mari mengumpul saman

Salam, hello readers <3

SAMAN KESALAHAN LALULINTAS

TARIKH : 20 & 21 SEPT 2010
MASA : 5PM & 7.54AM 
( 7am? Bapak awal pak guard ni start menyaman. Gilaaa mengada! )

KESALAHAN : TIADA PELEKAT UITM SESI 2010/2011.

DENGAN INI ANDA TELAH MELAKUKAN KESALAHAN SEPERTI TERSEBUT DI ATAS. ANDA DIKEHENDAKI BERJUMPA DENGAN KETUA PEGAWAI KESELAMATAN SEBELUM 
28 SEPT 10. SILA BAWA SAMAN INI BERSAMA-SAMA. ( Bukan setakat bawak saman bersama-sama, akan ku bawa juge kuih biskut dan segala macam juadah hari raya untuk dijamu bersama T_T )

Masalahnya sekarang yang pakcik saman sy kenapa? Kan sy dah tampal sticker uitm 2009/2010 tuu. Chill la pakcik, 2010 tak habis lagi dah sebok nak saman2 suruh tampal yg 2010/2011. Apesal tak buat je sticker tahun 2000 hingga tahun 2999, sy akan jadi pelajar pertama yang pergi beli dan tampal sticker tersebut. Huhhh -.-"

Setiap hari kena saman mau tertanggal ginjal dibuatnya.

Setiap hari dapat satu saman, kumpul dan menang wang tunai.

Siap terkoyak2 lagi kena hujan saman ni. Kesian.






Nikmatnya la haihh

Class ampai 12.30pm. Wahh memang baik la mood aku harini.Gembira dapat tidur. HAHA
Before tidur main-man bersama webcam, bajet tidur akan lebih lena kalau bermesra dngan webcam sebelum tidur. Sangkaanku meleset sama sekali. Ni dia muka mood baik gembira dpt tidurrr

Senyum sampai mata hilang. Rasa cool sgt macam ni

Lepas je mengada-ngada depan webcam aku terussss tidur. Hujan pulak tiba-tiba, bertambah bahagia la aku rasa HAHAHAHA

Tidak lama selepas aku tidur, aku mimpi jongos! Iyaaaa jongos! Euw euw geli ketiak kenapa entah mimpi si siak ni. Hish spoil-mood-tidur-dalam-hujan-terasa-hilang- bahagia betul lahh. Aku tau kau sedang membaca entri aku ni, jangan lupa copy then print. Buat folio tebal2 lepastu bagi report ni dekat tuan kau ok? :DD

Semoga bergembira selalu ya kawan-kawan, Mwah! xoxo

Sunday, September 19, 2010

Aku nak yg hot! Yang hot okay?


Hot sgt pun tak style gak yaaaa. Memang tak salah kawan dengan org hot cuma beragak la sikit kan. Kawan memang perlu pilih bulu agar tak tersilap pilih kawan tapi jangan sampai menghina mereka yg kurang rupa.Hot tu tak kemana pun, tua kelak semua tu kerepot jugeee. Ingatlah wahai teman, apa yang kita ada sekarang hanya pinjaman semata-mata. 

Kawan awk yang hot tu baik sgt ke budi pekertinya? Belum tentu lagi kan? Awak sendiri pun tak cukup sempurna segalanya jadi kita ni sebagai manusia biasa diminta bersyukur dengan semua yang Dia dah beri. Bersyukur sgt la ni ade hidung ada mata telinga tangan kaki tu semua. Yang cantik,yang hot tu semua bonus je bagi mereka. Itu pun bonus sementara.Hanya didunia semua tu jadi ukuran. Akhirat kelak? siapa tahu nasib masing-masing? -.-"







Saturday, September 18, 2010

Tiada lagi

Alhamdulillah sekarang hidup lebih tenang. Moga mereka yang sohsehsohseh sibuk perihal org tu cepat la bertaubat ;p

Aku bukan kisah pun kau nak cakap apa, sbb aku ada family yg sayang aku and kekasih hati yg selalu ada susah and senang. Aku tumpang simpati dekat kau sbb kau kurg kasih syg jadi tidak hairanlah kau sibuk hal org. Post byk2 sikit dekat bog kau, Aku suka benar membacanya :DD

Friday, September 17, 2010

Cuti raya

Cuti raya dah hampir habis. Jadi silalah kemaskan barang && bersiap sedia pulang ke shah alam. Arghhh, dulu benci kedah sekarang benci shah alam. UiTM Cawangan mana  pulak lagi aku nak benci lepas ni? phewwh -.-

Satu sebab je aku suka s.alam hahahahaha. 'Ilmi! Yeaaaa, sbb dia seorg je aku suka s.alam. Suka sikit la. Kalau takde dia mmg aku tak suka nak balik s.alam ahahaha. Jahatnya rasa*


Lapar & Malas. Bila bergabung =x

Why don't refrigerators have a milk dispenser next to the water in the door? You could just hold your cereal bowl under it and push the button -.-"

Thursday, September 16, 2010

Hari Raya & Isnin

Salam ,
S E L A M A T   H A R I   R A Y A 
buat semuaaa <3

Kononnya cuti raya kali ni macam panjang kan? Ahh, macam la sangat. Minggu ni dah nak habis, habiskan sisa-sisa bergembira di hari raya kau cepat ye frh. Lepasni kau nak merasa hidup di 'syurga' (bengkel) IDE puleee.

Setelah menyelogkar lappy ni rupanya ade sedikit koleksi gmbr sewaktu cuti, meh saya nak shareee :)

Tatkala muka teruja pulang ke kampung mama, Muar Johor ;D

Adik beradik raya tak pernah baju sama warna. thehehe

Up : Afifah, Mai ( mengada suruh blur) , Baiti, Frh, Azimma
Down : Adibah and her lil brotha, Kamal.

Mohd Shakip tk pakai baju raya. haih -.-

Sisters <3
Jangan risau dib, tak lama lagi awk msti tggi mcm kite ;p

Mairuz with her cotton candy, zimma ;)

Wahidah, Mai, Zimma, Fifah
Muka teruja ke kampung abah pulee, Hello kuala kubu bharu

ET with her big brotha
Ichmal, frh dan miza merangkap nenek kebaya <3
Aziq ku syg, knapa comel? Nak kna lempang ke? comel sgt. Eee!
Muar dah, Kuala Kubu dah, Kuala Selangor dah. 
Maka hari2 selebihnya ni ku habiskan dirumah sahaja. 

Bukan sila panggung dan bukan juga goyang kaki mahupun punggung, frh k.e.n.a  b.u.a.t  a.s.s.i.n.g.m.e.n.t. Assgmnt tu kerja sekolah ye adik-adik, bukannya sejenis perayaan yang disambut kaum bumiputera. Budak bernama frh tak suka buat assgmnt sbb dia pemalas. Tapi apa kan daya, boyf dia akan marah kalau dia terus malas sepanjang hayat dia.

Jadi, dia cuba lah buat sikit2 mana yang rajin. Terima kasih boyf! Sebab ni saya sayang awk, awk seorg pendorong yg sgt comel dimata saya  <3

Hari ini khamis, esok jumaat lepas tu sabtu lepastu ahad dan dan dan lepastuuuuu I-S-N-I-N!
Ya Tuhannn, Banyak tak siap dan banyak tak faham. " I <3 Monday. Yeahh betul-betul <3 Monday! ". Berdoa lah selalu ye frh moga Isnin nanti menjadi hari yang baik buatmu ;')

Usaha siapkan semuanya, Siapkan atau Mateyyyy  ='X




Boleh buka ladang ulser

ULSER !
ULSER !
ULSER !
ULSER !

Since 1st day raya kau tumbuh dan bercambah dengan pesatnya dalam mulutku ini wahai ulser. Nak makan susah nak minum susah, nak kunyah makanan terkunyah kau wahai ulser. Tidakkah kau tahu bahawa aku seksa menahan pedih. Please ulser please, pergi lah main jauh2, jangan main dalam mulutku. 

Gambar hiasan*

Hiasan ni sebijik je, yang tumbuh dan membiak dalam mulut aku ni 3 4 bijik. Dah boleh bukak kilang dah ni*


Kata orang Ulser ni sebab kurang minum air dan jarang mandi
Ewah ewah orang ni, sedap je kan main kata-kata pujangga begitu. Aku minum bergelen2 air sampai perut bulat sama saiz dengan dada ni apa cerr? Mandi ikut time la kan, takkan pulak nak suruh aku mandi setiap 5min sekali mandi. Macam takleh blah pulak macam tu -.-"

Dari mula raya aku duk menhitung hari berapa lamakah ulser ni akan menetap dalam mulut. Ingat dia nak singgah kejap je :'(

T-E-N-S-I-O-N betuuuuulllllll. Haishh

Budak ni cool kan? HAHA  Rileknya dia umpama menang mothor dr power root.
Ubat? Oh setakat bonjela tu dah disapu setebal jalan tar dah. tak elok2 juge ye kawan2. 
Hahh, Apa dia? Garam?

Iyaa, ini lah garam. Bubuh garam dekat Ulser, bukan gula.
HAHAHAHA memang silap besar la kalau aku nak guna garam untuk ulser kesayangan ni.
 No No No No! Anddddd Never!

Maka kau tunggu je lah ulser kesayangan kau ni baik sendiri ye frh ye ;DD

Wednesday, September 15, 2010

Hello, baru lagi

Tiada yang mustahil bukan ? Ya benar. Setiap perlakuan manusia atau lebih tepat lagi, diri saya sendiri, perlakuan yang buruk itu tak semestinya selamanya begitu.


Jadi tak hairanlah jika farah ataupun sesiapa sahaja ingin berubah dalam hidup mereka, itu bukan kejadian aneh.

Renew thyself completely each day;
do it again, and again, and forever again. 


Salam, hi hello hello ini belog baru frh. Dia buat belog ni untuk kali yang ketiga. Takpe banyak peluang lagi boleh buat belog yang  entah keberapa ratus. Thehehe ;p